Nefrosis IgA
Ia adalah gangguan buah pinggang yang berlaku disebabkan deposit protein imunoglobulin A (IgA) di dalam glomeruli (penapis) pada buah pinggang

Nefrosis IgA adalah gangguan buah pinggang yang berlaku disebabkan deposit protein imunoglobulin A (IgA) di dalam glomeruli (penapis) pada buah pinggang. Glomeruli ini (glomerulus), biasanya menapis bahan buangan dan air yang berlebihan dari darah. Ia kemudian menghantar tapisan itu ke pundi kencing sebagai air kencing.

Protein IgA menghalang proses penapisan ini dan menyebabkan darah dan protein dalam air kencing serta bengkak di tangan dan kaki. Selain itu, penyakit buah pinggang ini boleh berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Sekiranya gangguan ini membawa kepada penyakit buah pinggang peringkat akhir, pesakit mesti menjalani dialisis atau menerima pemindahan buah pinggang.

Protein IgA adalah sebahagian sistem badan yang normal untuk melindungi badan daripada penyakit (sistem imun). Pakar masih tidak mengetahui punca yang menyebabkan deposit IgA dalam glomeruli. Namun, memandangkan nefrosis IgA mungkin diwarisi di dalam keluarga, faktor genetik mungkin menyumbang kepada penyakit ini.

Seterusnya, penyakit buah pinggang biasanya tidak dapat disembuhkan. Apabila unit penapisan kecil ini rosak, ia tidak boleh dibaiki lagi. Rawatan yang dibuat bertujuan untuk melambatkan perkembangan penyakit dan mencegah komplikasi. Salah satu komplikasnyai adalah Tekanan darah tinggi, yang boleh merosakkan glomeruli.

Sesetengah pesakit boleh mendapat manfaat dengan mengehadkan protein dalam diet mereka bagi mengurangkan pertumbuhan sisa dalam darah. Pesakit dengan Nefrosis IgA juga sering mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

Dengan mengurangkan kadar kolesterol melalui diet, ubat, atau kedua-duanya dapat membantu melambatkan perkembangan nefrosis IgA.

 

Simptom Nefrosis IgA

Nefrosis IgA biasanya tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Penyakit ini tidak dapat dikesan selama beberapa dekad dan kadangkala ditemukan apabila ujian rutin menunjukkan protein dan sel darah merah dalam air kencing anda pada tahap tinggi. Keadaan ini tidak dapat dilihat melainkan menggunakan mikroskop (hematuria mikroskopik).

Tanda dan simptom nefrosis IgA yang berlaku apabila fungsi buah pinggang terjejas termasuk:

  • Air kencing berwarna seperti air kola atau teh (disebabkan oleh sel darah merah dalam air kencing).
  • Situasi air kencing berwarna seperti air kola atau teh yang berulang, kadangkala juga mengandungi darah dalam air kencing, biasanya semasa atau selepas pembuangan atau jenis jangkitan lain.
  • Sakit di sisi belakang di bawah tulang rusuk anda (sayap).
  • Bengkak (edema) di tangan dan kaki anda.
  • Tekanan darah tinggi.

Punca Nefrosis IgA

Buah pinggang anda adalah dua organ berbentuk kacang dan bersaiz penumbuk. Ia terletak di bahagian tulang belakang, satu di setiap sisi tulang belakang anda. Setiap buah pinggang mengandungi saluran darah kecil (glomeruli) yang menapis sisa buangan, air yang berlebihan dan bahan lain dari darah semasa mereka melalui buah pinggang anda. Darah yang ditapis kemudian memasuki semula aliran darah anda, sementara bahan buangan itu masuk ke dalam buah pinggang dan keluar dari badan apabila anda membuang air kecil.

Seterusnya, imunoglobulin A (IgA) adalah antibodi yang memainkan peranan penting dalam sistem imun anda. Ia menyerang patogen yang menceroboh dan memerangi jangkitan. Namun begitu, dalam penyakit nefrosis IgA, antibodi ini berkumpul di glomeruli dan menyebabkan keradangan (glomerulonephritis). Ia kemudiannya secara perlahan akan mempengaruhi keupayaan penapisan buah pinggang.

Penyelidik tidak mengetahui apa yang menyebabkan deposit IgA di buah pinggang, tetapi keadaan atau faktor ini mungkin dikaitkan dengan perkembangan nefrosis IgA:

  • Gen, kerana nefrosis IgA lebih biasa berlaku pada sesetengah keluarga dan dalam kumpulan etnik tertentu.
  • Penyakit hati, termasuk ‘cirrhosis’, keadaan di mana tisu parut menggantikan tisu biasa di dalam hati dan jangkitan hepatitis B dan C kronik.
  • Penyakit seliak, keadaan pencernaan yang dicetuskan oleh pemakanan gluten iaitu protein yang terdapat di kebanyakan bijirin.
  • Dermatitis herpetiformis, penyakit kulit gatal dan melepuh yang berpunca dari intoleransi gluten.
  • Jangkitan, termasuk jangkitan HIV dan beberapa jangkitan bakteria.

Diagnosis Nefrosis IgA

Nefrosis IgA sering dikesan selepas anda melihat darah dalam air kencing atau apabila ujian rutin menunjukkan anda mempunyai protein atau darah dalam air kencing. Ini boleh menjadi tanda beberapa jenis penyakit buah pinggang. Untuk mengenal pasti masalah anda, ujian ini boleh dilakukan:

  • Ujian kencing. Darah atau protein dalam air kencing mungkin merupakan tanda pertama nefrosis IgA. Ini mungkin ditemui dalam sebahagian daripada pemeriksaan rutin. Jika doktor mengesyaki bahawa anda mempunyai masalah dengan buah pinggang, anda mungkin perlu mengumpul air kencing selama tempoh 24 jam bagi diuji untuk fungsi buah pinggang tambahan.
  • Biopsi buah pinggang. Satu-satunya cara untuk doktor mengesahkan diagnosis Nefrosis IgA adalah dengan biopsi buah pinggang. Prosedur ini melibatkan penggunaan jarum biopsi khas untuk mengeluarkan potongan kecil tisu buah pinggang bagipemeriksaan mikroskopik. Ini dilakukan bagi menentukan jika ada deposit IgA dalam glomeruli atau tidak.
  • Ujian kelulusan ‘iothalamate’. Doktor juga boleh mengesyorkan ujian kelulusan iothalamate, yang menggunakan agen kontras khas untuk mengesan seberapa baik buah pinggang anda menapis bahan buangan.

 

Faktor Risiko Nefrosis IgA

Walaupun punca sebenar nefrosis IgA masih tidak diketahui, faktor-faktor ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat keadaan ini:

  • Seks. Nefrosis IgA mempengaruhi golongan lelaki sekurang-kurangnya dua kali lebih banyak berbanding wanita.
  • Etnik. Nefrosis IgA lebih kerap berlaku pada masyarakat ‘Caucasian’ dan Asia berbanding dengan masyarakat berkulit gelap.
  • Sejarah keluarga. Dalam sesetengah kes, nefrosis IgA dilihat diwarisi dalam keluarga dan ini menunjukkan bahawa faktor genetik boleh menyumbang kepada penyakit ini.

Komplikasi Nefrosis IgA

Keadaan nefrosis IgA berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang mengalami penyakit ini selama bertahun-tahun dengan masalah yang sedikit. Sebenarnya, banyak kes masih tidak didiagnosis. Malah, sesetengah individu pula mungkin menunjukkan satu atau lebih komplikasi seperti berikut:

  • Tekanan darah tinggi. Kerosakan pada buah pinggang disebabkan deposit IgA boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi dapat menyebabkan kerosakan lebih serius pada buah pinggang.

 

  • Kegagalan buah pinggang akut. Jika buah pinggang anda tidak berupaya menapis bahan buangan kerana adanya deposit IgA, produk sisa akan terbina dengan cepat dalam darah anda.

 

  • Penyakit buah pinggang yang kronik. Nefrosis IgA boleh menyebabkan buah pinggang anda beransur untuk berhenti berfungsi. Dalam kes sedemikian, dialisis kekal atau pemindahan buah pinggang diperlukan untuk meneruskan kehidupan.
  • Sindrom Nefrosis. Ini adalah sekumpulan masalah yang boleh terjadi disebabkan kerosakan pada glomeruli, termasuk paras protein air kencing yang tinggi, paras protein darah rendah, kadar kolesterol dan lipid yang tinggi serta bengkak pada kelopak mata, kaki dan perut anda.

 

Rawatan Nefrosis IgA

Tiada ubat bagi merawat keadaan nefrosis IgA dan tiada cara boleh memastikan betapa seriusnya penyakit ini boleh berlaku. Sesetengah orang mengalami penyembuhan lengkap dan ada juga yang menjalani kehidupan normal dengan kadar darah atau protein dalam air kencing yang rendah (hematuria atau proteinuria).

Rawatan dengan penggunaan beberapa ubat boleh melambatkan perkembangan penyakit dan membantu anda menguruskan gejala seperti tekanan darah tinggi, protein dalam air kencing (proteinuria) dan bengkak (edema) pada tangan dan kaki anda.

Ubat yang digunakan untuk merawat nefrosis IgA termasuklah:

  • Ubat tekanan darah tinggi. Komplikasi biasa penyakit nefrosis IgA adalah tekanan darah tinggi. Mengambil enzim perencat ‘angiotensin-converting’ atau penghalang riseptor angiotensin dapat menurunkan tekanan darah dan mengurangkan jumlah protein (albumin) dalam air kencing anda.
  • Asid lemak Omega-3. Lemak bermanfaat ini terdapat dalam suplemen minyak ikan dan boleh mengurangkan keradangan dalam glomeruli tanpa kesan sampingan yang berbahaya. Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum anda mula menggunakan suplemen ini.
  • Imunosupresan. Dalam sesetengah kes, ubat kortikosteroid seperti prednisone dan ubat-ubatan lain yang dapat menahan tindak balas imun (imunosupresan) boleh digunakan untuk membantu melindungi fungsi buah pinggang. Namun begitu, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang serius, seperti tekanan darah atau gula dalam darah yang tinggi, jadi manfaat dan risikonya harus dipertimbangkan dahulu.
  • Terapi statin. Pengurangan kolesterol boleh membantu memperlahankan kerosakan pada buah pinggang anda.
  • ‘Mycophenolate mofetil (CellCept)’. Kebanyakan kajian setakat ini telah gagal menunjukkan manfaat penggunaan ubat ini. Namun, ia telah berjaya digunakan dalam sesetengah orang yang mempunyai protein dalam air kencing mereka secara berterusan walaupun membuat rawatan dengan ubat-ubatan yang menurunkan tekanan darah.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/iga-nephropathy-bergers

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/iga-nephropathy-shc

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iga-nephropathy/symptoms-causes/syc-20352268

https://www.news-medical.net/?tag=/IgA-Nephropathy

Tagged: