Jadi Rakan Kami Kami Memerlukan Anda - Pengamal Perubatan, Pakar Nutrisi, Pelatih Kecergasan

Di belakang Ceria Sihat adalah sekumpulan penulis berwibawa yang giat melakukan pencarian dan kajian terlebih dahulu sebelum menulis. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan anda-anda yang berpengetahuan dalam bidang perubatan atau berkhidmat sebagai pegawai perubatan profesional untuk membantu kami mengesahkan artikel-artikel kami dan memberi petunjuk untuk menjadikan artikel-artikel kami lebih berkualiti dan berinformasi.

 

Kenapa kami perlukan anda ?

Kerjasama, nasihat, bantuan serta pemantauan daripada anda adalah sangat diperlukan untuk sama-sama menyahut visi kami dalam memberi kesedaran tentang perihal kesihatan kepada rakyat Malaysia.
.
Anda boleh memilih untuk menyumbang artikel anda untuk laman kami, dan jikalau anda tidak mempunyai masa yang banyak, kami alu-alukan sumbangan anda dengan membaca dan memeriksa artikel kami sebagai seorang pengamal perubatan, Anda diminta mengubah dan menambahbaik artikel kami jika diperlukan.

 

Jom sertai kami sekarang!

Ayuh sama-sama berganding bahu dengan kami dalam membentuk masyarakat yang sihat dan juga peka tentang isu kesihatan. Hubungi kami melalui borang yang tertera untuk maklumat lanjut.

Kami Memerlukan Anda – Blogger, Influencer, Youtuber

Anda mempunyai ribuan ‘followers? Anda sering menjadi ikutan? Anda suka bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru? Jom sertai dan bersama kami di Ceria Sihat!

Ceria Sihat adalah salah satu laman web yang menjadi platform bagi informasi-informasi kesihatan dan juga gaya hidup di Malaysia. Visi dan misi kami adalah untuk memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.

Apabila kami berkerjasama dengan jenama kesihatan yang menyediakan pelbagai jenis produk serta perkhidmatan yang terbaik, ini memberi banyak peluang untuk anda menyertai projek-projek kami. Sebagai contoh, anda boleh mencuba sampel produk yang terbaru, dan berpeluang menjadi mereka yang pertama untuk membuat ulasan produk tersebut

Sertailah jaringan industri kesihatan yang terbesar di Malaysia, samada anda seorang pengamal kesihatan, pakar nutrisi, pelatih peribadi ataupun seorang Blogger / Inluencer yang ingin meningkatkan kesedaran isu ini di kalangan followers anda.

Juga, jangan lepaskan peluang untuk menggunakan platform kami untuk berkongsi ‘content’ anda untuk menarik minat lebih banyak pembaca. Kami juga gembira sekiranya anda berkongsi artikel dan video kami dengan followers anda sekalian, supaya semua rakyat Malaysia akn menjadi lebih sihat sejahtera.


BlogFacebookInstagramTwitterYoutube