Penyakit buah pinggang
Tanda-tanda fisikal menghidap penyakit buah pinggang ini agak banyak, tetapi ramai yang keliru tanda-tanda penyakit ini dengan penyakit lain. Apatah lagi, mereka yang menghidap penyakit buah pinggang tidak mengalami sebarang simtom dan hanya dapat dikesan apabila memasuki tahap-tahap terakhir, di mana keadaan buah pinggang semakin merosot ataupun terdapatnya lebihan jumlah protein dalam air kencing. Sebab itu hanya 10 peratus penghidap penyakit buah pinggang kronik mengetahui mereka menghidap penyakit ini.

Buat masa ini terdapat antara dua hingga tiga juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease) dan jumlah ini dijangkakan akan semakin meningkat.

Statistik terbaru menunjukkan terdapat lebih daripada 7,000 pesakit baru mendaftarkan diri dalam program dialysis setiap tahun. Jumlah pesakit baru itu mewakili peningkatan sebanyak 10-15 peratus. Dianggarkan menjelang tahun 2020, jumlah pesakit baru akan mencapai sehingga 100,00 orang.

Tanda-tanda fisikal menghidap penyakit buah pinggang ini agak banyak, tetapi ramai yang keliru tanda-tanda penyakit ini dengan penyakit lain. Apatah lagi, mereka yang menghidap penyakit buah pinggang tidak mengalami sebarang simtom dan hanya dapat dikesan apabila memasuki tahap-tahap terakhir, di mana keadaan buah pinggang semakin merosot ataupun terdapatnya lebihan jumlah protein dalam air kencing. Sebab itu hanya 10 peratus penghidap penyakit buah pinggang kronik mengetahui mereka menghidap penyakit ini.

Satu-satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap penyakit buah pinggang adalah dengan menjalani pemeriksaan, ada 10 tanda yang menunjukkan anda menghidap penyakit itu. Anda berisiko menghidap penyakit buah pinggang jika anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, mempunyai sejarah ahli keluarga mempunyai masalah kegagalan buah pinggang ataupun berusia lebih daripada 60 tahun. Ianya sangat penting anda mendapatkan pemeriksaan tahunan. Pastikan anda memberi maklumat kepada doktor jika anda mengalami simtom-simtom sakit buah pinggang.

1. Anda cepat letih

Terasa seperti tiada tenaga langsung ataupun mempunyai masalah memfokus pada sesuatu. Kehilangan fungsi buah pinggang yang agak teruk boleh menyebabkan toksin berkumpul dan darah menjadi kotor. Sebab itu mereka yang menghidap penyakit buah pinggang cepat letih, lemah badan dan menghadapi masalah untuk fokus. Antara komplikasi lain adalah penyakit anemia, yang menyebabkan badan cepat lemah dan letih.

2. Anda hadapi masalah sukar tidur

Apabila buah pinggang tidak dapat melakukan kerja tapisan dengan sempurna, maka toksin akan berada dalam darah sedangkan ia perlu dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Sebab itu anda akan menghadapi masalah sukar tidur. Terdapat juga hubungan antara obesiti dengan penyakit buah pinggang kronik, dan apnea tidur adalah perkara yang biasa dihadapi oleh mereka yang menghidap penyakit ginjal kronik, jika dibandingkan dengan jumlah populasi am.

3. Kulit anda kering dan gatal-gatal

Buah pinggang yang baik mempunyai banyak fungsinya dalam badan anda. Ia membuang lebihan bendasing dan cecair yang tidak diperlukan oleh tubuh, membantu pembentukan sel darah merah, menguatkan tulang dan menyeimbangkan jumlah mineral dalam darah. Kulit kering dan gatal-gatal mungkin menandakan tubuh anda menghidap penyakit kekurangan mineral dan tulang yang sering dikaitkan dengan penyakit buah pinggang yang agak teruk, yang mana ginjal tidak lagi dapat mengimbangkan kadar mineral dan nutrisi dalam darah.

4. Anda kerap membuang air kecil

Jika anda kerap membuang air kencing lebih-lebih lagi pada waktu malam, ia mungkin tanda-tanda anda menghidap penyakit buah pinggang. Apabila penapis buah pinggang terjejas, ia boleh menyebabkan anda sering terasa ingin membuang air kencing. Adakalanya ia juga memberi tanda anda mungkin terkena jangkitan air kencing ataupun terdapat pembesaran prostat di kalangan kaum lelaki.

5. Adanya darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat biasanya akan menyimpan sel-sel darah merah dalam badan apabila membuat penapisan dalam darah sewaktu proses penghasilan air kencing, tetapi jika penapis buah pinggang menghadapi masalah, sel-sel darah merah ini akan mula ‘bocor’ dan keluar pada air kencing. Selain menunjukkan tanda menghidap penyakit ginjal, darah dalam air kencing juga boleh menunjukkan adanya kehadiran tumor, batu karang atau jangkitan.

6. Air kencing anda berbuih

Lebihan buih pada air kencing sehingga anda terpaksa mengepam tandas beberapa kali sebelum ia benar-benar bersih menunjukkan tanda wujudnya protein dalam air kencing. Buih-buih ini sama seperti buih yang anda lihat sewaktu menggoreng telur mata, ini kerana albumin iaitu protein yang terdapat dalam air kencing menghasilkan protein yang sama seperti dalam telur.

7. Sekeliling mata anda kelihatan sembap

Kandungan protein dalam air kencing adalah tanda awal penapis buah pinggang anda mengalami masalah, menyebabkan protein ini keluar pada air kencing. Kesan sembap pada sekeliling mata disebabkan buah pinggang mengeluarkan banyak protein dalam air kencing, dan bukan menyimpannya dalam badan seperti yang harus dilakukan.

8. Buku lali dan kaki membengkak

Kehilangan fungsi buah pinggang boleh menyebabkan kepada pengekalan sodium, menyebabkan bengkak-bengkak pada buku lali dan kaki. Bengkak pada anggota bahagian bawah abdomen boleh juga menunjukkan tanda menghidap penyakit jantung, penyakit hati dan urat kaki kronik.

9. Kurang selera makan

Simtom ini adalah simtom am namun pengumpulan toksin yang terjadi akibat kegagalan fungsi buah pinggang boleh menyebabkan anda mengalami tanda ini.

10. Otot-otot badan sering kejang

Otot-otot badan sering kejang

Keseimbangan elektrolit dalam badan terjadi disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Contohnya, paras kalsium yang rendah dan kegagalan kawalan fosforus menyumbang kepada kekejangan otot-otot di anggota badan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/symptoms-causes/syc-20354521

https://www.kidney.org/atoz/content/about-chronickidney-disease

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/understanding-kidney-disease-basic-information#1

https://www.healthline.com/health/kidney-disease

Summary
10 Tanda Anda Mungkin Menghidap Penyakit Buah Pinggang
Article Name
10 Tanda Anda Mungkin Menghidap Penyakit Buah Pinggang
Description
Dapatkan maklumat terperinci mengenai tanda-tanda fisikal penyakit buah pinggang. Anda boleh mengesannya secara awal dan dapatkan rawatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: