Dengan kepesatan media social dan juga media massa yang semakin meluas, adalah sangat mudah untuk mendapatkan pelbagai informasi tak kira apa jua yang diperlukan. Walau bagaimanapun, masih kurang pendedahan juga kesedaran untuk masyarakat dari segi bab-bab kesihatan. Mereka seolah memandang remeh soal tersebut.
Oleh sebab itu tertubuhnya laman web Ceria Sihat untuk membantu masyarakat mendapatkan informasi-informasi berguna berkaitan kesihatan umumnya dan juga gaya hidup. Visi utama Ceria Sihat adalah untuk memastikan informasi-informasi sebegini sampai kepada segenap masyarakat.
Statistik kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian Malaysia, iaitu sebanyak 15.6% Malah, ramai yang masih muda sudah menghidap penyakit sebegini.