micardis
Micardis (telmisartan) memastikan saluran darah daripada mengecil, merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Pengenalan

Micardis (telmisartan) memastikan saluran darah daripada mengecil, merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah. Ia adalah antagonis reseptor angiotensin II.

Kegunaan Micardis

Ubat ini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hypertension). Merendahkan tekanan darah tinggi boleh membantu mengelakkan strok, serangan jantung dan masalah buah pinggang daripada berlaku. Ia berfungsi dengan menenangkan saluran darah agar darah dapat mengalir dengan mudah.

Cara menggunakan Micardis

Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor, selalunya sekali sehari.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Micardis

Hentikan penggunaan Micardis dan beritahu doktor secepat mungkin jika anda didapati hamil. Ubat ini boleh menyebabkan kecederaan atau kematian janin jika anda mengambilnya ketika trimester kedua atau ketiga.

Seterusnya, jika anda menghidap diabetes, jangan gunanya bersama dengan ubatan lain yang mengandungi aliskiren (Amturnide, Tekturna, Tekamlo, Valturna).

Kesan sampingan Micardis

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mendapati adanya tanda-tanda reaksi alergik terhadap Micardis seperti gegata, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah dan tekak.

Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, Micardis boleh menyebabkan kerosakan tisu otot rangka yang seterusnya mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Hubungi doktor secepat mungkin jika anda mengalami sakit otot, kelembutan atau terasa lemah tanpa sebab, terutama ketika anda demam, penat secara melampau dan air kencing berwarna gelap.

Di samping itu, hubungi juga doktor jika anda:

  • Berasa pening lalat dan ingin pengsan
  • Mengalami bengkak, peningkatan berat badan mendadak
  • Mempunyai tahap potassium yang tinggi – mual, rasa lemah, rasa pedih dan sakit-sakit, sakit dada, degupan jantung yang tidak stabil, tidak boleh bergerak

Kesan sampingan biasa mungkin seperti:

Kontraindikasi Micardis

Ubat ini dikontraindikasikan pada pesakit hipersensitiviti (contoh, anaphylaxis atau angioedema) terhadap telmisartan atau komponen lain di dalam produk ini. Jangan gunakan aliskiren bersama Micardis bagi pesakit diabetes.

Interaksi Micardis

Beritahu doktor anda tentang semua ubat yang anda gunakan terutama:

  • digoxin
  • lithium
  • diuretik atau ‘water pill’
  • NSAID – aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, atau meloxicam, dan yang lain
  • Ramipril atau ubat tekanan darah

Senarai ini tidak lengkap. Ubat lain mungkin boleh berinteraksi dengan telmisartan, termasuklah jenis ubat anlain. Tidak semua interaksi ubat tersenarai di sini.

Dos Micardis

Dos yang ditetapkan adalah berdasarkan keadaan perubatan dan tindak balas individu terhadap rawatan.

  • Hipertensi

Dos permulaan tablet Micardisadalah 40 mg sekali sehari. Dos untuk tindak balas terhadap tekanan darah adalah sekitar 20 hingga 80 mg

  • Penurunan Risiko Kardiovaskular

Dos yang disarankan adalah 80 mg sekali sehari dan boleh diambil bersama atau tanpa makanan.

– Terlepas dos

Jika anda terlepas dos, ambil ia secepat mungkin sebaik sahaja anda ingat. Jika ia sudah hampir dengan dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas. Ambil dos seterusnya pada waktu biasa.

Jangan gandakan dos anda untuk menggantikan dos sebelumnya.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-16806/micardis-oral/details

https://www.healthline.com/health/telmisartan-oral-tablet

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/telmisartan-oral-route/description/drg-20067196

https://www.medicalnewstoday.com/articles/telmisartan-oral-tablet

Summary
Micardis (Tekanan Darah Tinggi)  : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Micardis (Tekanan Darah Tinggi) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Micardis (telmisartan) memastikan saluran darah daripada mengecil, merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah. Ia adalah antagonis reseptor angiotensin II.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: