Penyakit Seliak
Penyakit seliak adalah masalah dengan pencernaan gluten, protein dalam makanan seperti roti, keropok, dan pasta, yang menjejaskan penyerapan nutrien. Gejala termasuk gas dan kembung, penurunan berat badan, dan keletihan.

Penyakit seliak adalah masalah dengan pencernaan gluten, protein dalam makanan seperti roti, keropok, dan pasta, yang menjejaskan penyerapan nutrien. Gejalanya termasuklah angin dan perut kembung, penurunan berat badan, dan keletihan.

Sekiranya anda mempunyai penyakit seliak, pengambilan gluten akan mencetuskan tindak balas imun dalam usus kecil anda. Lama kelamaan, tindak balas ini merosakkan lapisan usus kecil anda dan menghalang penyerapan beberapa nutrien (malabsorpsi). Kerosakan usus sering menyebabkan cirit-birit, keletihan, penurunan berat badan, kembung dan anemia, serta boleh membawa kepada komplikasi yang serius.

 

Simptom Penyakit Seliak

Tanda-tanda dan gejala penyakit seliak berbeza antara kanak-kanak dan orang dewasa. Tanda-tanda yang paling biasa untuk golongan dewasa adalah cirit-birit, keletihan dan penurunan berat badan. Golongan ini juga mungkin mengalami kembung perut dan angin, sakit perut, loya, sembelit, dan muntah.

Walau bagaimanapun, lebih daripada separuh orang dewasa dengan penyakit seliak mempunyai tanda dan gejala yang tidak berkaitan dengan sistem pencernaan, termasuklah:

  • Anemia, kekurangan zat besi yang tidak dapat dijelaskan.
  • Keletihan.
  • Sakit pada bahagian tulang atau sendi.
  • Artritis.
  • Osteoporosis atau osteopenia (kehilangan tulang).
  • Gangguan hati dan biliari (transaminitis, hati berlemak, cholangitis sclerosing primer, dan lain-lain).
  • Kemurungan atau gelisah.
  • Neuropati periferal (kesemutan, kebas atau sakit di tangan dan kaki).
  • Kejang atau migrain.
  • Tidak datang haid.
  • Kemandulan atau keguguran berulang.
  • Luka di dalam mulut.
  • Dermatitis herpetiformis (ruam kulit gatal).

 

Jenis Penyakit Seliak

Menurut pakar, penyakit seliak boleh dibahagikan kepada dua jenis: klasik dan bukan klasik.

 

– Seliak klasik

Pesakit mempunyai tanda-tanda dan gejala penyerapan mala (malaabsorption), termasuk cirit-birit, steatorrhea (pucat, bau busuk, najis berlemak), dan penurunan berat badan atau kegagalan pertumbuhan pada kanak-kanak.

 

– Seliak bukan klasik

Pesakit mungkin mengalami gejala gastrousus ringan tanpa tanda-tanda penyerapan mala (malaabsorption) yang jelas atau mungkin mempunyai gejala yang tidak berkaitan. Mereka mungkin mengalami pendarahan dan sakit perut, dan/ atau gejala-gejala lain seperti:

  • Anemia kekurangan zat besi.
  • Keletihan kronik.
  • Migrain kronik.
  • Neuropati periferal (kesemutan, rasa sakit atau kesakitan di tangan atau kaki).
  • Hipertransaminasemia kronik yang tidak dapat dijelaskan (enzim hati tinggi).
  • Pengurangan kerapuhan tulang dan keretakan tulang.
  • Kekurangan vitamin (asid folik dan B12).
  • Menopaus / awal menopaus dan ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan.
  • Kecacatan enamel gigi.
  • Kemurungan dan keresahan.
  • Dermatitis herpetiformis (ruam kulit gatal).

 

Diagnosis Penyakit Seliak

Satu-satunya cara untuk mengesahkan diagnosis penyakit seliak adalah dengan menjalani biopsi usus. Ahli patologi akan menetapkan ‘Modified Marsh Type’ kepada penemuan biopsi. Jenis 3 akan menunjukkan simptom penyakit seliak. Walau bagaimanapun, Jenis 1 dan 2 juga berkemungkinan dapat menunjukkan simptom penyakit seliak.

Biopsi usus (duodenal) dianggap “standard tertinggi” untuk diagnosis kerana ia akan memberitahu anda maklumat seperti (1) jika anda mempunyai penyakit seliak, (2) jika gejala anda bertambah baik pada diet bebas gluten akibat kesan plasebo (anda rasa lebih baik kerana anda fikirkan sebegitu) atau (3) jika anda mempunyai gangguan gastro usus atau sensitiviti yang berbeza dan bertindak balas terhadap perubahan diet anda.

Jika keputusan ujian pemeriksaan antibodi atau genetik itu positif, doktor anda mungkin mencadangkan biopsi endoskopik pada usus kecil anda. Endoskopi adalah prosedur yang membolehkan doktor anda melihat apa yang sedang berlaku di dalam saluran GI anda. Skop dimasukkan melalui mulut dan turun ke esofagus, perut dan usus kecil, bagi memberikan pandangan yang jelas kepada doktor dan pilihan untuk mengambil sampel tisu.

Ini biasanya merupakan prosedur pesakit luar. Sampel lapisan usus kecil akan dikaji di bawah mikroskop untuk mencari kerosakan dan keradangan yang berlaku kerana penyakit seliak. Ianya disyorkan bahawa doktor mengambil sekurang-kurangnya               4-6 sampel duodenal daripada bahagian kedua duodenum dan duodenum ‘bulb’ untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

 

Faktor Risiko Penyakit Seliak

Penyakit seliak boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, ia lebih cenderung kepada orang yang mempunyai:

 

Komplikasi Penyakit Seliak

Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, penyakit seliak boleh menyebabkan:

  • Malnutrisi. Kerosakan pada usus kecil anda bermakna ia tidak dapat menyerap nutrien dengan mencukupi. Malnutrisi boleh menyebabkan anemia dan penurunan berat badan. Pada kanak-kanak, kekurangan zat makanan boleh menyebabkan pertumbuhan menjadi perlahan dan terbantut.
  • Kehilangan kalsium dan ketumpatan tulang. Penyerapan mala (malaabsorption) bagi kalsium dan vitamin D boleh menyebabkan perlembutan pada tulang (osteomalacia atau riket) pada kanak-kanak dan kehilangan kepadatan tulang (osteoporosis) pada orang dewasa.
  • Kemandulan dan keguguran. Penyerapan mala (malaabsorption) bagi kalsium dan vitamin D juga boleh menyumbang kepada masalah kesuburan.
  • Intoleransi laktosa. Kerosakan pada usus kecil anda boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas makan produk tenusu yang mengandungi laktosa, walaupun mereka tidak mengandungi gluten. Setelah usus anda sembuh, anda mungkin boleh mempertimbangkan mengambil produk tenusu lagi. Walau bagaimanapun, sesetengah orang terus mengalami intoleransi laktosa walaupun penyakit seliak telah sembuh.
  • Kanser. Pesakit penyakit seliak yang tidak mengekalkan diet bebas gluten mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat beberapa jenis kanser, termasuk kanser limfoma usus dan kanser usus kecil.
  • Masalah neurologi. Sesetengah individu dengan penyakit seliak mungkin mengalami masalah neurologi seperti sawan atau neuropati periferal (penyakit saraf yang berkaitan dengan tangan dan kaki).

 

Rawatan Penyakit Seliak

Pada masa ini, satu-satunya rawatan adalah dengan mengelakkan gluten. Selain gandum, makanan yang mengandungi gluten termasuk:

  • Barli
  • Bulgur
  • Durum
  • Farina
  • Tepung Graham
  • Malt
  • Rai
  • Suji (Semolina)
  • Spelt (sejenis gandum)
  • Triticale

Doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar diet, yang boleh membantu anda merancang diet yang bebas gluten dan sihat.

Sebaik sahaja anda mengeluarkan gluten daripada diet anda, keradangan pada usus kecil anda biasanya mula berkurangan. Biasanya ia mengambil masa beberapa minggu, walaupun anda mungkin akan berasa lebih baik setelah beberapa hari sahaja. Penyembuhan penuh dan pertumbuhan semula ‘villi’ boleh mengambil masa beberapa bulan hingga beberapa tahun. Penyembuhan pada usus kecil cenderung berlaku lebih cepat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Jika anda secara tidak sengaja makan produk yang mengandungi gluten, anda mungkin mengalami sakit perut dan cirit-birit. Sesetengah orang tidak mengalami tanda-tanda atau gejala selepas makan gluten, tetapi ini tidak bermakna ia tidak membahayakan mereka. Malah, jumlah gluten yang sedikit dalam diet anda boleh merosakkan, sama ada ia boleh menyebabkan gejala atau tidak.

Seseorang yang mengikuti diet bebas gluten harus mengelakkan:

  • Semua makanan yang diperbuat daripada gandum, rai, dedak, tepung, bulgur dan barli, termasuk bijirin, roti, pasta, crouton, keropok, kek, dan biskut.
  • Minuman yang berasaskan alkohol
  • Oat

Perhatian harus diambil dengan beberapa produk makanan yang mengandungi gluten.
Banyak makanan yang diproses mengandungi gluten, termasuklah:

  • Sup dalam tin
  • Sos salad, sos tomato, dan mustard
  • Kicap manis
  • Perasa
  • Ais krim dan bar gula-gula
  • Daging dan sosej yang diproses dan ditinkan

Gluten juga boleh digunakan dalam:

  • Ubat-ubatan preskripsi atau yang tidak dipreskripsi
  • Produk vitamin
  • Produk kosmetik seperti gincu, ‘lip gloss’, ‘lip balm’, dan ubat gigi
  • Setem pos

Individu dengan penyakit seliak sering mengalami intoleransi laktosa, jadi mengelakkan laktosa boleh membantu. Sesiapa yang mempunyai penyakit seliak harus membaca label makanan dengan teliti dan menyemak makanan restoran yang bebas gluten. Sesetengah restoran juga mempunyai menu bebas gluten.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/celiac-disease/symptoms-causes/syc-20352220

https://www.webmd.com/digestive-disorders/celiac-disease/celiac-disease#1

https://medlineplus.gov/celiacdisease.html

https://www.healthline.com/nutrition/celiac-disease-symptoms

Summary
Penyakit Seliak (Celiac) - Tanda, Jenis, Diagnosis, Faktor Risiko , Komplikasi dan Rawatan
Article Name
Penyakit Seliak (Celiac) - Tanda, Jenis, Diagnosis, Faktor Risiko , Komplikasi dan Rawatan
Description
Penyakit seliak adalah masalah dengan pencernaan gluten, protein dalam makanan seperti roti, keropok, dan pasta, yang menjejaskan penyerapan nutrien. Gejala termasuk gas dan kembung, penurunan berat badan, dan keletihan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: