Tentang Kami

Anda ingin menjadi lebih sihat. Kami sedia bersama anda.

Di CeriaSihat.com, kami menyedari bahawa gaya hidup sihat adalah suatu perjalanan dan bukannya destinasi. Matlamat kami adalah untuk menggalak dan menyokong anda untuk menjaga kesihatan anda sekeluarga.

Kami harap anda memanfaatkan semua kandungan kami – samada artikel, video atau komuniti kami.

Terima kasih,

Pasukan CeriaSihat.com

 

Tentang kami

Bukanlah senang untuk menjalani gaya hidup sihat, terutamanya kini terdapat banyak maklumat baru. Ini seperti apa yang baik dimakan, macam mana bersenam dan banyak lagi.

Oleh itu, kami memerlukan satu tempat dimana semua maklumat kesihatan boleh didapati. Termasuklah bimbingan serta panduan untuk kehidupan sihat!

Sekiranya maklumat tentang kesihatan lebih mudah didapati, lebih ramai akan digalakkan dan mempunyai ilmu untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Inilah impian kami di CeriaSihat.com untuk membekalkan portal sehenti ini.

 

Dapatkan yang terkini dalam kesihatan

Dapatkan pendidikan dan inspirasi dengan video, artikel, dan banyak lagi yang membawa anda berita terkini dan semua yang anda perlu ketahui dalam kesihatan holistik dan kesejahteraan di Malaysia.

Juga, sertai program kesihatan dalam talian kami yang diusahakan untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan anda.

 

JANJI KAMI

 

Kandungan kami ialah untuk menolong anda membuat pilihan yang terbaik untuk kesihatan anda

Ditulis oleh pakar dan wartawan kesihatan

Berdasarkan maklumat terkini

Berdasarkan kajian dan fakta-fakta sains

Disahkan oleh panel kesihatan kami

Pendekatan 

Kami percaya yang penjagaan kesihatan memerlukan cara yang holistik merangkumi makanan, senaman, penyembuhan dan pengukuhan kesejahteraan mental, rohani serta fizikal.

Kesemua ini boleh dilakukan melalui diet semula jadi, pemulihan dan teknik senaman yang sihat.

Kepakaran

Kandungan kami dengan bangga disokong oleh panel ahli kesihatan yang dipercayai.

Kami memastikan kandungan yang dipaparkan adalah selaras dengan nilai-nilai kami serta pengetahuan perubatan saintifik yang sahih.

Komitmen

Aktiviti oleh pengasas dan pasukan kami didukung oleh semangat untuk memberi impak positif dalam kehidupan orang ramai.

Laman ini didedikasikan untuk membantu pembaca meningkatkan kesihatan mengurangkan risiko penyakit dengan kehidupan sihat.

Pakar-pakar Perubatan

Panel pakar-pakar perubatan CeriaSihat memastikan bahawa kandungan, produk, dan perkhidmatan CeriaSihat mematuhi tahap perubatan semasa.

Pakar-pakar kami terdiri daripada ahli perubatan profesional yang merangkumi lebih dari 50 kepakaran, memberikan pengetahuan perubatan, pandangan mereka, pemeriksaan fakta, dan panduan klinikal.

Doktor, jururawat, pakar kesihatan awam membantu CeriaSihat memastikan bahawa maklumat yang kami terbitkan tepat, berdasarkan bukti, terkini dan boleh dipercayai.

Pakar-pakar kesihatan

Di CeriaSihat, kami mempunyai bantuan daripada pelbagai pakar kesihatan seperti pelatih peribadi, pegawai nutrisi dan ahli terapi, untuk menjalani hidup yang sihat bersama anda.

Melalui CeriaSihat, mereka amat gembira untuk berkongsi pendapat dan ilmu mereka, untuk menyokong dalam usaha kesejahteraan anda.

Kandungan kami

Laman sesawang CeriaSihat menyediakan pelbagai pilihan menu untuk dipilih oleh pembaca bagi mendapatkan info kesihatan spesifik yang dicari.

Terdapat 4 kategori artikel-artikel perubatan iaitu Penyakit, Simptom, Ubat dan Supplemen.

 

ARTIKEL PERUBATAN

Ruangan “Penyakit” membekalkan pembaca dengan liputan informasi lebih mendalam yang berkaitan dengan sesuatu penyakit kritikal. Contoh maklumat penyakit yang didapati adalah penyakit kencing manis, kanser dan sebagainya. Kami membincangkan tentang punca, simptom dan rawatan penyakit-penyakit tersebut dalam artikel-artikel kami.

Kami juga menyenaraikan pelbagai jenis simptom untuk memudahkan pencarian pembaca kami. Simptom seperti demam, bengkak, kegatalan merupakan contoh-contoh simptom berikut.

Laman sesawang Ceria Sihat juga membekalkan informasi berkaitan penggunaan ubat dan supplemen untuk perubatan serta kesihatan am. Dalam ruangan Ubat, pembaca boleh mencari maklumat berkaitan dengan ubat-ubatan dan dalam ruangan Supplemen, supplemen-supplemen dan khasiatnya disenaraikan untuk bacaan umum.

 

ARTIKEL KESIHATAN

Ceria Sihat juga membekalkan artikel-artikel mengenai kesihatan am, seperti Kecergasan, Kelangsingan, Kecantikan, Nutrisi, Resipi, AyahIbu (keibubapaan) , Senior, Minda serta banyak lagi.

Kecergasan merupakan satu ruangan yang membincangkan cara-cara bersenam dan memupuk gaya hidup kecergasan antara pembaca.

Sementara itu, dalam ruangan Kelangsingan, para pembaca boleh belajar mengenai cara-cara menjaga badan agar tidak terjadinya obesiti.

Ruangan Nutrisi pula memberi informasi mengenai diet-diet dan cara pemakanan yang sihat agar badan sentiasa dalam tahap optimum.

 

KALKULATOR

Ceria Sihat juga menyediakan Kalkulator yang membolehkan pembaca memantau pelbagai aspek kesihatan. Ia digunakan untuk mengukur tahap kesihatan seseorang. Antara kalkulator yang boleh digunakan adalah seperti Kalkulator Indeks Jisim Badan (BMI), Kalkulator Kadar Metabolisme Asas (BMR), Kalkulator Kesuburan, Kalkulator Kadar Jantung Sasaran dan lain-lain.

 

ULASAN/REVIEW

Untuk maklumat tentang produk-produk kesihatan, pembaca boleh mendapatkan ulasan atau review orang ramai dalam ruangan Ulasan / Review di laman Ceria Sihat. Ini adalah seperti produk-produk penjagaan diri, kecantikan, supplemen-supplemen, produk makanan, perkakas rumah, alat senaman dan sebagainya. Ini membolehkan pembaca membuat pilihan secara bijak atas pembelian yang dibuat.

Dasar Iklan dan Penajaan

CeriaSihat menerima dana dari iklan atau kandungan yang ditaja. Pembiayaan dari pengiklan kami membolehkan kami beroperasi memberikan lebih banyak maklumat termasuk video, animasi, dan artikel dari pelbagai pakar.

Kami mengikuti garis panduan iklan dan tajaan khusus untuk memastikan iklan tidak mengganggu integriti terbitan kami.

Terma & Syarat Penggunaan

Kandungan kami hanya untuk tujuan maklumat dan tidak bukanlah untuk menjadi pengganti nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan profesional.

Anda sentiasa hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau pembekal perkhidmatan kesihatan lain yang berkelayakkan dengan sebarang pertanyaan yang anda ada mengenai keadaan perubatan.

Sekiranya anda fikir anda mungkin mengalami kecemasan perubatan, segera hubungi talian kecemasan 999.

Sila baca Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.

 

Polisi Peribadi

CeriaSihat berusaha melindungi keperibadian pembaca dan pelanggan. Oleh kerana perlindungan pelanggan adalah keutamaan kami, kami secara proaktif memastikan keselamatan laman web kami.

CeriaSihat tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pemasar pihak ketiga.

Kami komited untuk memajukan inisiatif privasi pelanggan.

Sila baca Polisi Peribadi kami untuk maklumat lanjut.