6 Cara Bagi Menjaga Buah Pinggang Anda
Buah pinggang atau ginjal adalah organ bersaiz kepalan yang terletak di bahagian bawah tulang rusuk anda, iaitu di kedua-dua belah tulang belakang anda. Ia adalah organ yang melakukan beberapa fungsi bagi badan kita.

Buah pinggang atau ginjal adalah organ bersaiz kepalan yang terletak di bahagian bawah tulang rusuk anda, iaitu di kedua-dua belah tulang belakang anda. Ia adalah organ yang melakukan beberapa fungsi bagi badan kita.

Yang paling penting sekali, buah pinggang menapis produk buangan, lebihan air dan kekotoran lain daripada darah. Produk buangan ini disimpan di dalam pundi kencing dan kemudian dikeluarkan melalui air kencing.

Selain itu, buah pinggang juga mengawal kadar pH, garam dan potassium di dalam badan. Ia juga menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah dan pengeluaran sel darah merah. Seterusnya, ginjal anda juga bertanggungjawab untuk mengaktifkan satu bentuk vitamin D yang membantu tubuh menyerap kalsium bagi pembinaan tulang serta mengatur fungsi otot.

Tekanan darah tinggi, diabetes atau sejarah keluarga dengan kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi mendapat penyakit yang sama. Tetapi, walaupun anda tidak mempunyai risiko tersebut, ianya masih penting untuk menjaga buah pinggang anda.

Berikut adalah beberapa cara jaga buah pinggang anda.

Cara Jaga Buah Pinggang

1. Kekal aktif dan cergas

Bersenam secara teratur adalah baik bukan sekadar buat buah pinggang anda sahaja. Ia malah dapat menurunkan risiko penyakit buah pinggang kronik. Di samping itu, gaya hidup yang aktif dapat menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung, yang mana ini adalah aspek penting untuk mencegah kerosakan buah pinggang.

Anda tidak perlu berlari maraton untuk mendapatkan kesan positif daripada senaman. Berjalan, berlari, berbasikal, serta bahkan menari adalah sudah cukup bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Cari aktiviti yang membuatkan anda sibuk tetapi masih boleh bersuka ria. Ianya akan menjadi lebih mudah untuk mengikutinya dan mendapatkan hasil yang baik. Namun, berhati-hati dengan seberapa banyak latihan yang anda lakukan, terutamanya jika badan anda tidak begitu aktif atau mempunyai keadaan lain yang boleh membataskan pergerakan.

2. Makan makanan yang sihat

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes berisiko menghadapi beberapa keadaan kesihatan yang boleh merosakkan buah pinggang. Ini termasuklah diabetes, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Justeru itu, fokuskan untuk mengambil makanan dengan bahan-bahan segar yang rendah sodium, seperti kubis bunga, beri biru, ikan, biji-bijian dan banyak lagi.

3. Pastikan tekanan darah anda terkawal

Ikuti pelan rawatan anda dengan berhati-hati untuk mengawal tekanan darah tinggi. Pil tekanan darah yang biasanya diambil bagi individu dengan penyakit buah pinggang adalah perencat enzim penukaran angiotensin (ACE) atau penghalang reseptor angiotensin (ARB). Kedua-duanya boleh membantu melindungi hati anda. Pastikan anda mematuhi had cecair dan sodium (garam) anda agar cecair tidak berkumpul di dalam badan dan meningkatkan tekanan darah anda. Bertanyakan pada pakar penjagaan kesihatan anda mengenai langkah-langkah lain untuk membantu mencegah pembentukan cecair ini.

4. Hidratkan badan anda

Pengambilan air yang kerap dan konsisten adalah baik untuk buah pinggang anda. Air membantu membersihkan sodium dan toksin dari buah pinggang anda. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang kronik. Tetapkan matlamat untuk mengambil sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2liter sehari. Berapa banyak air yang anda perlukan bergantung kepada kesihatan dan gaya hidup anda. Faktor-faktor seperti iklim, senaman, jantina, kesihatan keseluruhan dan sama ada anda hamil atau menyusukan bayi adalah penting untuk dipertimbangkan semasa merancang pengambilan air harian anda.

Bertentangan dengan kepercayaan biasa, tiada kajian yang membuktikan bahawa penghidratan berlebihan boleh memberikan kesan positif fungsi buah pinggang. Oleh itu, walaupun ianya adalah idea yang baik untuk minum air secukupnya, minum lebih banyak daripada empat hingga enam gelas sehari mungkin tidak membantu buah pinggang anda melakukan tugasnya dengan lebih baik.

5. Berhenti merokok

Merokok boleh merosakkan saluran darah, yang mengurangkan aliran darah di buah pinggang. Apabila ginjal tidak memiliki aliran darah yang mencukupi, ia tidak dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Selain itu, merokok juga boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan risiko kanser buah pinggang. Ia menyebabkan pengerasan arteri yang seterusnya mendorong kepada penyakit arteri koronari dan nefrosklerosis, atau pengerasan ginjal kerana penyakit saluran darah di dalamnya.

Walaupun ‘vaping’ tidak  mendedahkan seseorang kepada jumlah racun yang banyak seperti dalam asap tembakau, nikotin masih boleh menjadi satu ketagihan dan mempunyai kesan buruk pada badan.

6. Ketahui jumlah ubat-ubatan tidak dipreskripsi yang anda ambil

Sekiranya anda selalu mengambil ubat tidak dipreskripsi (OTC), anda mungkin boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ubat anti-radang tanpa steroid (NSAID), termasuk ibuprofen dan naproxen, boleh merosakkan buah pinggang jika anda mengambilnya secara berkala untuk sakit kronik, sakit kepala atau artritis.

Individu yang tidak mempunyai masalah buah pinggang tetapi mengambil ubat tersebut mungkin tidak mempunyai kesan buruk. Namun, jika anda menggunakan ubat-ubatan ini setiap hari, anda boleh membahayakan kesihatan buah pinggang anda. Bercakap dengan doktor  mengenai rawatan yang selamat untuk buah pinggang anda jika anda sedang cuba menahan kesakitan yang berlaku itu.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/kidney-health

https://www.kidney.org/content/7-tips-protect-your-kidney-heart-health

Summary
Article Name
6 Cara Bagi Menjaga Buah Pinggang Anda
Description
Buah pinggang adalah organ yang melakukan beberapa fungsi bagi badan kita. Ianya adalah penting untuk mengetahui cara menjaga buah pinggang dengan betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: