Di abad ke-21 ini, makanan tidak berkhasiat terkenal di serata dunia. Dekat mana-mana pun dah boleh dapatkannya tanpa mengira baik buruknya.
Boleh kira bersepah lah — ada dekat pasaraya dan kedai runcit, restoran makanan segera dan di dalam televisyen — dan selalunya nampak sedap je. Tapi sebenarnya kan, apa je fakta tentang makanan tidak berkhasiat ini?
Biasanya ia akan dikaitkan dengan makanan berkalori tinggi tetapi rendah nilai-nilai nutrisi. Definisi makanan berkhasiat sudah tentu akan berubah ikut siapa yang awak tanya. Tambah sikit sayur dan nutrien lain, ia tidak dikategorikan sebagai tidak berkhasiat dah.
MAKANAN TIDAK BERKHASIAT YANG PATUT DIELAK
1. Minuman Bergula
Salah satu bahan yang merbahaya di dalam diet moden adalah gula tambahan. Otak anda tidak dapat nak senaraikan kalori cecair tadi sebagai makanan bila anda meminumnya. Akibatnya, jumlah kalori pun akan meningkat.
Gula akan menyebabkan rintangan insulin dan berhubung rapat dengan penyakit hati berlemak tanpa alkohol jika diambil secara berlebihan. Ia juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit utama, termasuklah kencing manis tahap 2 dan penyakit jantung.
2. Makanan Bergoreng, Dipanggang atau Dibakar
Cara memasak macam menggoreng, memanggang atau membakar adalah antara cara memasak kurang sihat. Makanan yang disediakan dengan cara-cara begini selalunya rasa sedap dan penuh kalori. Bila makanan dimasak pada suhu tinggi, beberapa jenis sebatian kimia berbahaya berlaku.
Sebatian kimia tersebut ialah acrylamides, acrolein, heterocyclic amines, oxysterols, polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), dan advanced glycation end products (AGEs).
3. Makanan Segera
Cawangan-cawangan makanan segera, secara umumnya, menyediakan makanan tidak berzat. Sebilangan besar produk mereka dihasilkan secara besar-besaran dan kekurangan nutrien.
Walaupun harganya murah, ia meningkatkan risiko mendapat penyakit dan mempengaruh kesihatan secara menyeluruh. Sebolehnya elakkan makanan bergoreng.
4. Pastri, Biskut dan Kek
Pengambilan pastri, biskut dan kek secara berlebihan adalah gaya pemakanan yang tidak sihat. Gula dan tepung bertapis dan lemak tambahan adalah bahan-bahan yang biasa ditemui di dalam pembungkusan makanan jenis ini.
Kadang-kadang shortening digunakan, di mana ia mengandungi lemak trans yang merbahaya. Makanan-makanan ini mungkin lazat, tetapi kekurangan elemen penting, tinggi kalori dan beberapa jenis pengawet terkandung di dalamnya.
5. Daging Yang Diproses
Walaupun daging mentah bernutrisi dan berkhasiat, ia tidak sama seperti daging diproses. Pengguna daging diproses berisiko untuk mendapata pelbagai penyakit serius, termasuklah barah usus besar, kencing manis tahap 2 dan sakit jantung.
6. Kentang Goreng
Seibiji kentang putih sangat tinggi dengan nutrisi. Tidak seperti kentang goreng. Ianya mempunyai banyak kalori, dan sangat mudah untuk dimakan dalam kuantiti yang banyal. Sesetengah kajian menunjukkan kentang goreng boleh menyebabkan berat badan naik.
7. Bar Manisan
Bar manisan boleh memudaratkan kesihatan. Gula, tepung bertapis dan lemak diproses secara berlebihan, sementara nutrisi penting berkurangan.
Tambahan lagi, sebabkan metabolisma badan anda bertindak dengan makanan manis ini, ia membuatkan anda cepat lapar.
APAKAH RISIKO KEKURANGAN NUTRISI?
Kekurangan nutrisi membawa impak negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan andasetiap hari, serta kebolehan untuk turut serta dan menikmati aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
Kekurangan nutrisi juga menyebabkan stres, keletihan dan kebolehan untuk berfungsi dalam jangka masa pendek. Ia juga boleh mendatangkan penyakit dan masalah kesihatan lain, seperti:
- kemurungan
- gangguan pemakanan
- sakit jantung & lumpuh
- tekanan darah tinggi
- tinggi kolesterol
- sesetengah penyakit barah
- kegemukan
- osteoporosis
- kerosakan gigi
- kencing manis tahap 2
ALTERNATIF UNTUK MAKANAN TIDAK BERKHASIAT
1. Fruit Sparkling berbanding Minuman Bergula
Buah-buahan campuran segar dan dihancurkan sedikit ke dalam air berkarbonat atau perahkan jus buahan untuk minuman manis semulajadi untuk kepuasan menyegarkan. Bila panas dekat luar tu dan anda teringin nak minuman sejuk, buah-buahan manis lah pilihan yang sesuai.
2. Bakar berbanding Goreng
Isi daging atau falafel yang sihat akan puaskan keinginan anda untuk menikmati makanan bergoreng. Masakan yang dibakar mudah untuk disediakan, berperisa dan bagi kerangupan tanpa tahap lemak yang tinggi macam makanan bergoreng.
Bila-bila rasa macam mengidam nak makanan bergoreng, falafel bakar adalah pilihan yang baik.
3. Pengganti Makanan Segera
Bila anda stress dan mahukan sesuatu yang cepat dan sedap, makanan segera mesti benda pertama yang terlintas fdi fikiran.
Sayangnya, makanan bergoreng atau tinggi karbohidrat adalah makanan tidak berkhasiat. Daripada guna penggoreng celur, anda boleh sediakan makanan di rumah yang menggunakan kurang minyak, sodium dan juga gula.
4. Kacang Dicelup Coklat Lebih Baik Dari Bar Manisan
Nikmati kacang dicelup coklat berbanding gula-gula. Tarikan utama gula-gula adalaha tekstur dan gabungan rasanya.
Anda boleh je tiru konsistensi dan rasa yang anda mahu tanpa ada bahan tambahan yang bahaya di dalam coklat komersial dengan celup kacang atau buah kegemaran di dalam coklat buatan sendiri.
5. Daging Haiwan Yang Makan Rumput berbanding Daging Diproses
Bila-bila anda nak makan stik atau burger, pastikan dagingnya diperbuat daripada haiwan ternakan yang makan rumput. Kenapa? Sebab daging jenis ini biasanya lebih tiada lemak dan rendah kalori.
Satu keping stik berberat 7 auns lebih lembut dan kurang lemak. Juga kaya dengan lemak asid omega-2
6. Pengganti Kentang Goreng
Untuk kurangkan 180 kalori dalam badan anda, cuba salad sampingan dengan kuah salad balsamik. Maklumat nutrisi boleh berubah ikut apa yang anda makan, tapi boleh je kalau nak teruskan makan salad sebagai pilihan makanan yang lebih sihat.
Kerepek seperti yang anda tahu tiada nilai nutrisi sangat. Lobak merah kecil, pisang dan bertih jagung ni semua pilihan yang sihat.
7. Gantikan Biskut dengan Energy Ball
Kalau godaan anda adalah biskut, apa kata buat energy ball daripada makanan ringan manis yang biasa anda buat tu untuk kurangkan kalori dan gula bertapis. Apa part paling best? Tidak perlu bakar pun energy ball ini!
Kalau lah anda masih tidak dapat nak tolak makanan tidak berkhasiat, pastikan ambil dalam hidangan yang kecil saja, dan mula ambil makanan yang lebih sihat mengikut citarasa anda.
Makanan berkhasiat ni tidak semestinya kena boring macam oat tawar tu, dia boleh je jadi sesedap makanan tidak berkhasiat. Tuang sedikit madu atau sirap mapel, letak buah sikit dekat oat tu okay!
Sumber:
https://www.webmd.com/diet/features/junk-food-facts#1
https://www.healthline.com/nutrition/20-foods-to-avoid-like-the-plague#TOC_TITLE_HDR_14
https://www.cooksmarts.com/articles/15-healthy-alternatives-to-junk-food/