senarai kalori makanan
Senarai kalori makanan penting untuk anda mengenal pasti setiap kalori yang ada pada makanan yang anda ambil. Kalori bukan sesuatu benda, ia adalah unit ukuran.

Senarai kalori makanan adalah penting untuk anda mengenal pasti setiap kalori yang ada pada makanan yang anda ambil. Kalori bukanlah sesuatu benda, tetapi ia adalah unit ukuran.

Kalori mengukur jumlah tenaga dalam makanan atau minuman yang kita ambil. Kita sebagai manusia memerlukan tenaga ini untuk hidup dan kekal sihat.

Ketahuilah bahawa bukan semua kalori itu merupakan kalori yang sihat, kerana terdapat juga kalori kosong yang memberikan kalori tetapi tidak mempunyai nilai nutrisi.

Sekarang, jom lihat kandungan kalori dalam 25 makanan yang tidak asing lagi bagi anda!

Nasi Lemak

Nasi yang dimasak bersama santan serta ditambahkan dengan sambal ini pastinya meliurkan anda terutama bagi anda yang sangat sukakan rasa lemaknya. Sepinggan nasi lemak bersamaan dengan 644 kalori!

Ayam Goreng

Kebanyakan masyarakat Malaysia sangat sukakan ayam goreng tidak kiralah bahagian apa pun. Tetapi tahukah anda, sepinggan ayam goreng mempunyai kalori sebanyak 290 kalori?

Nasi Goreng

Sepinggan nasi goreng boleh diubahsuai menjadi hidangan nasi goreng mengikut selera anda. Ia juga sebenarnya mempunyai 637 kalori. Walaupun ia sesuai dimakan antara tiga waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari atau makan malam, namun berwaspadalah kerana ia sememangnya boleh mengganggu diet anda jika pengambilannya tidak dikawal.

Murtabak Daging

Murtabak dengan inti daging, telur serta bawang yang dimasak atas kuali leper dan penuh dengan isi padat ini mempunyai kadar kalori yang tinggi iait sebanyak 722 kalori sekeping!

Roti Canai

Sekeping roti canai yang dicicah bersama kuah dhal, pastinya adalah pelengkap hidangan anda untuk bersarapan pagi. Namun begitu, hanya dengan sekeping roti canai dan separuh mangkuk kecil kuah dhal sahaja sudah berjumlah 359 kalori. Belum makan 2 keping lagi!

Roti Telur

Kredit: https://kalorimakanan.com/kalori-roti-telur

Roti telur adalah roti canai yang ditambahkan dengan telur dan sering dihidangkan bersama kuah dhal yang pekat. Roti jenis ini mempunyai kadar kalori yang lebih tinggi berjumlah 414 kalori.

Mi Rebus

Mi rebus dengan kuah yang pekat, dimakan ketika panas sangatlah popular dan mudah didapati di kebanyakan tempat. Tapi, siapa sangka bahawa mi rebus yang enak ini sahaja sudah mengandungi kadar kalori sebanyak 556 kalori.

Mi Goreng Mamak

Ini adalah hidang yang sangat popular di kalangan mereka yang suka lepak di kedai mamak, kerana rasanya yang lebih enak dengan penyediaan yang sedikit berbeza berbanding mi goreng biasa dengan nilai kalori sebanyak 660.

Kuew Teow Goreng Kerang

Kredit: https://sawanila.com/v10/2013/07/badak-berendam-koay-teow-kerang/

Sepinggan kuew teow goreng kerang panas bersamaan dengan 3 mangkuk setengah nasi. Ia adalah hidangan dengan kalori kedua tertinggi dalam senarai iaitu sebanyak 743 kalori!

Bihun atau Mi Goreng

Sering diambil untuk sarapan pagi, bihun goreng ini lebih enak dijamah apabila ditambah dengan sambal. Kalori bagi sepinggan bihun goreng adalah sebanyak 510 kalori.

Laksa Penang

Peminat laksa pastinya tahu betapa lazatnya laksa penang ini, dengan isi ikan yang banyak dalam kuah laksa yang pekat dan cukup rasa masam pedas.  Kalori bagi semangkuk laksa penang adalah sebanyak 436 kalori.

Pisang Goreng

Sering dijual di tepi jalan, diangkat panas-panas daripada kuali yang penuh dengan minyak panas. Kemudian, ia ditapis dan dimasukkan ke dalam beg kertas anda. Rangup di luar, lembut dan manis di dalam tapi tahukah anda bahawa sekeping pisang goreng sahaja sudah mengandungi 129 kalori? Belum lagi jika anda makan lebih dari satu.

Kuih Apam Balik

Tepung yang rangup diluar dengan taburan gula, kacang serta jagung manis di atasnya sebelum dilipat menjadi separuh. Siapa yang tak suka bukan? Kini, kuih ini sudah terdapat dalam pelbagai topping seperti coklat, pulut dan lain-lain. Kalori bagi kuih apam balik biasa adalah sebanyak 282 sekeping.

Nasi Beriyani Daging

Nasi berwarna kuning merah, dimasak dengan 3 serangkai serta kismis. Pelengkap rasanya adalah bersama daging hitam. Sepinggan nasi beriyani daging mempunyai 587 kalori.

Nasi Minyak dan Rendang Daging

Menu biasa yang anda jumpa ketika adanya majlis terutamanya dalam majlis perkahwinan, yang mana kedua-dua ini adalah kombinasi meletup yang sangat sepadan tetapi berapa pula kalorinya sepinggan? 664 kalori!

Kari Kepala Ikan

Kebanyakan masyarakat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan menu kari kepala ikan ini. Sering dijual dalam pinggan sederhana besar dengan jumlah kalori sebanyak 288.

Sate Ayam

Siapa tak sahaja yang tidak kenal dengan sate ayam? Isi ayam yang dibakar di atas arang api, kemudian dimakan bersama kuah kacang serta potongan timun serta bawang pasti memikat selera anda. Kalori untuk 10 batang sate ayam adalah sebanyak 288 kalori.

Rendang Daging

Menu wajib setiap kali hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Ia penuh dengan pelbagai ramuan dan perasa, serta ditambahjab dengan santan dan kerisik. Kalori bagi 2 potongan daging rendang sahaja sudah mencapai 228 kalori!

Sandwich Ayam

Ini sememangnya sering dibeli atau dimakan oleh mereka yang sibuk mengejar keretapi dan bas pada awal pagi kerana kesuntukan masa untuk pergi ke tempat kerja. Satu pek sandwich ayam sahhaja sudah mengandungi sebanyak 481 kalori.

Pasembur

Pasembur yang mewah dengan pelbagai potongan cucur udang, timun, tauhu dan lain-lain kemudian dibanjiri kuah kacang yang manis pedas memenangi senarai kalori makanan ini dengan jumlah kalori tertinggi iaitu sebanyak 752 kalori!

Cendol

Semangkuk cendol dengan ais hancur, kacang buah pinggang, cendol, santan serta gula melaka berjumlah 199 kalori. Itu baru semangkuk kecil, belum lagi kalau anda menambah satu lagi hidangan. Maklumlah, semangkuk cendol mana cukup betul tak?

Kek Keju

Peminat kek keju pasti tahu betapa mewahnya kek keju yang lembut dan berkrim. Bukan sahaja enak, tapi ia juga kaya dengan kalori iaitu sebanyak 400 kalori bagi sepotong kek.

Ais Kacang

Ais kacang ini lebih enak jika dimakan ketika cuaca panas, dengan rasa manis daripada gula melaka dan pelbagai campuran bahan di bawah ketulan ais hancur. Semangkuk ais kacang anda biasanya mengandungi 258 kalori.

Karipap

Kecil, tapi sangat enak dengan inti kentang, sardin atau telur. Enak dimakan ketika panas, dengan kulitnya yang rangup. 2 biji karipap anda berjumlah 256 kalori.

Ladu Ayam

Hidangan ini mengandungi isi ladu ayam, dengan tepung kenyal dan lembut. Ia selalunya boleh didapati dalam bentuk yang direbus. Sebiji ladu lembut anda berjumlah 203 kalori.

Terdapat banyak pilihan makanan yang lebih sihat untuk menggantikan bahan-bahan dalam makanan kegemaran anda supaya ia masih rendah dalam kiraan kalori. Contohnya:

  • Menukarkan nasi putih kepada nasi perang
  • Menggantikan santan kepada greek yogurt atau susu segar
  • Menggunakan minyak zaitun untuk menggantikan minyak sayuran
  • Menggunakan lakato untuk menggantikan gula
  • Menggantikan mi kuing kepada mi konjac

Senarai kalori makanan ini pastinya membantu anda dalam menentukan makanan apa yang bersesuaian dengan penggunaan tenaga anda. Jadi, pilih dengan bijak!

SUMBER

https://www.verywellfit.com/rice-nutrition-facts-calories-and-health-benefits-4119792

https://health.family.my/food-review-calories/malaysian-food-calories-breakfast-teatimehttps://www.verywellfit.com/what-is-a-calorie-and-why-should-i-care-3496238

Summary
Senarai Kalori Makanan : 25 Makanan Yang Selalu Dimakan
Article Name
Senarai Kalori Makanan : 25 Makanan Yang Selalu Dimakan
Description
Senarai kalori makanan penting untuk anda mengenal pasti setiap kalori yang ada pada makanan yang anda ambil. Kalori bukan sesuatu benda, ia adalah unit ukuran.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: