Usus besar : Ketahui lebih banyak mengenai organ pencernaan ini
Usus besar adalah salah satu bahagian penting dalam saluran pencernaan anda. Ini adalah rangkaian organ yang bermula dengan mulut dan berakhir dengan dubur.

Apakah itu usus besar

Tubuh mempunyai dua jenis usus iaitu usus kecil dan usus besar. Usus kecil disambungkan ke perut dan menangani bahagian tengah proses pencernaan. Sebaliknya, usus besar pula adalah bahagian bagi tahap akhir proses pencernaan. Ia adalah “tabung besar” yang mengantar bahan buangan keluar dari badan.

Seterusnya, usus besar adalah salah satu bahagian penting dalam saluran pencernaan anda. Ini adalah rangkaian organ yang bermula dengan mulut dan berakhir dengan dubur, iaitu pembukaan rektum anda.

Anatomi usus besar

Organ ini menyambung ke usus kecil anda di bahagian kanan bawah perut anda. Seluruh organ ini bersaiz kira-kira 5 kaki. Ia terbahagi kepada beberapa segmen iaitu:

  • ‘Cecum’. Makanan yang dicerna dari usus kecil anda masuk ke dalam kantung ini. Apendiks tergantung di hujung ‘cecum’ anda.
  • Kolon menaik (ascending). Segmen ini memanjang di sebelah kanan perut anda. Panjangnya adalah kira-kira 9 inci.
  • Lenturan hepatik. Di bahagian kanan atas perut anda, iaitu di bawah hati anda, bahagian usus besar ini membuat belokan ke kiri.
  • Kolon melintang (transverse). Segmen ini melintasi bahagian atas perut anda, dari kanan ke kiri.
  • Lenturan ‘splenic’. Di bahagian kiri atas perut anda, usus besar anda terletak di bawah limpa. Pada lenturan ini, usus besar anda berubah ke bawah.
  • Kolon menurun (descending). Di bahagian kiri perut anda, usus besar anda menurun sekitar 5 inci.
  • Kolon ‘rectosigmoid’. Bahagian ini mempunyai panjang kira-kira 5 inci dan menuju ke rektum anda.
  • Rektum. Bahagian usus besar yang menyimpan najis. Panjangnya adalahsekitar 6 hingga 8 inci dan menuju ke saluran dubur anda.

Bahagian kosong dalam usus besar anda dikenali sebagai lumen. Lapisannya disebut sebagai mukosa. Ia mempunyai lipatan dan unjuran khas untuk membantunya menyerap nutrien. Lapisan otot (muscularis propia) pula menyokong dinding usus besar anda.

Bagaimana usus besar berfungsi

Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air dari sisa makanan yang tidak dicerna, dan kemudian mengeluarkan bahan buangan yang tidak berguna dari badan. Ia terdiri daripada ‘cecum’ dan kolon.

Malah, ia bermula di kawasan ‘iliac’ kanan pelvis, tepat pada atau di bawah pinggang kanan, di mana ia bergabung ke hujung bawah usus kecil (cecum). Dari sini, ia terus naik ke perut (kolon menaik), kemudian melintasi lebar rongga perut (kolon melintang), dan kemudian turun ke bawah (kolon menurun), terus ke titik akhir di dubur (kolon sigmoid ke rektum ke dubur). Usus besar mempunyai panjangn sekitar 4.9 kaki (1.5 m) iaitu kira-kira seperlima dari keseluruhan panjang saluran usus.

Perbezaan antara usus besar dan usus kecil

Usus besar adalah berbeza dalam bentuk fizikal jika dibandingkan dengan usus kecil dalam beberapa cara. Ia adalah jauh lebih lebar, dan lapisan membujur otot dikurangkan menjadi tiga, iaitu struktur seperti tali yang dikenali sebagai ‘taeniae coli’.

Dindingnya pula dilapisi dengan ‘columnar epithelium’ mudah. Berbanding melakukan ‘evaginations’ bagi usus kecil (villi), usus besar mempunyai ‘invaginations’ (kelenjar usus).

Seterusnya, walaupun kedua-dua usus kecil dan usus besar mempunyai sel goblet, ia lebih banyak terdapat pada usus besar.

Masalah kesihatan biasa berkaitan usus besar

Terdapat beberapa gangguan pada organ ini yang mempunyai tahap keparahan berbeza dan boleh menjadi keadaan yang sementara atau kekal.

Penyakit ‘Celiac’

Individu yang mempunyai penyakit ‘celiac’ dikatakan tidak bertoleransi terhadap gluten. Sekiranya dimakan, sel T usus besar melepaskan perantara keradangan, yang mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyerap dan mencerna makanan yang dimakan.

Sembelit

Sembelit boleh terjadi disebabkan pergerakan yang kurang dan diet yang disifatkan sebagai rendah serat. Mereka yang mengalami sembelit mengalami kesukaran, rasa menyakitkan atau jarang membuang najis disebabkan najis yang kering atau keras.

Cirit-birit

Cirit-birit biasanya terjadi disebabkan keracunan makanan, norovirus atau gastroenteritis, serta boleh juga berlaku disebabkan keadaan sedia ada seperti penyakit keradangan usus atau masalah intoleransi.

Toleransi laktosa

Mereka yang mempunyai intoleransi laktosa tidak dapat mencerna laktosa yang terdapat dalam makanan dan minuman dengan betul. Memandangkan laktosa tidak dapat dicerna, ia mula mengganggu di usus besar, menyebabkan cirit-birit, gas, kembung dan kekejangan.

Apendiks

Keradangan pada apendiks, iaitu kantung berbentuk jari yang menonjol dari usus besar anda di bahagian bawah kanan perut anda.

Kanser kolon

Sejenis kanser yang bermula di usus besar yang merupakan bahagian akhir saluran pencernaan.

Penyakit Chron

Ia adalah penyakit keradangan usus (IBD). Ia menyebabkan keradangan saluran pencernaan, yang boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit yang teruk, keletihan, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.

‘Diverculitis’

Kantung kecil yang melonjak boleh terbentuk di lapisan sistem pencernaan anda. Ia dijumpai paling kerap di bahagian bawah usus besar.

Halangan usus

Penyumbatan yang menghalang makanan atau cecair daripada melalui usus kecil atau usus besar anda. Tanpa rawatan, bahagian usus yang tersumbat boleh mati, dan menyebabkan masalah serius.

Sindrom usus yang mudah meradang

Gangguan biasa ini boleh mempengaruhi usus besar. Tanda dan gejala termasuk kekejangan, sakit perut, kembung, gas dan cirit-birit atau sembelit, atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini adalah keadaan kronik yang perlu dirusukan untuk jangka masa panjang.

Polip

Pertumbuhan tisu tidak normal yang paling sering kelihatan seperti benjolan kecil, rata atau bertangkai kecil seperti cendawan. Sebilangan besar polip berukuran kecil dan mempunyai lebar kurang dari setengah inci.

Prolaps rektum

Keadaan di mana rektum (bahagian terakhir usus besar) kehilangan lekatan normal yang membuatkannya kekal terpaku di dalam badan. Ini membolehkannya meluncur keluar melalui bukaan dubur, menjadikannya seperti “terbalik”.

Cara menjaga usus besar anda

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga organ ini agar anda sihat dan bebas dari kanser dan masalah lain:

  • Lakukan pemeriksaan secara berkala. Ujian yang paling biasa dilakukan adalah kolonoskopi untuk melihat kehadiran kanser. Segala polip yang dijumpai dapat dikeluarkan dengan segera dan selamat. Ujian lain termasuk sigmoidoskopi, di mana hanya kolon bawah diperiksa, dan ujian darah okultis najis (FOBT), yang merupakan ujian makmal dapat memeriksa sampel najis untuk melihat kehadiran darah tersembunyi (okultisme). Sekiranya FOBT menunjukkan adanya darah dalam najis, maka kolonoskopi diperlukan untuk memeriksa usus besar.
  • Makan makanan yang sihat. Terapkan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat gandum dalam pemakanan anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi dengan kandungan antioksida, sementara serat mendorong pergerakan usus secara berkala.
  • Elakkan makan daging merah dan makanan yang diproses. Daging merah dan daging yang diproses tinggi kandungan lemak tepu dan mempunyai kaitan dengan kanser usus besar. Sebaliknya, ambil protein tanpa lemak seperti kacang, ayam dan ikan.
  • Indeks jisim badan adalah penting. Berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada banyak aspek kesihatan anda. Obesiti khususnya boleh meningkatkan risiko kanser usus besar dan pelbagai masalah kesihatan lain.
  • Lakukan senaman. Individu yang aktif secara fizikal mempunyai risiko kanser kolon 24% lebih rendah daripada mereka yang tidak bersenam. Malah, anda juga boleh menjaga kesihatan organ-organ penting sambil mendapatkan manfaat lain daripada bersenam.
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok. Alkohol adalah faktor risiko yang diketahui dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan. Ia boleh meningkatkan beban kerja di hati, yang menyebabkan lebih banyak toksin melewatiorgan ini. Merokok pula adalah penyebab kanser paru-paru yang terkenal, tetapi juga dikaitkan dengan kanser lain, termasuk kanser usus besar.

SUMBER

https://www.news-medical.net/health/What-Does-the-Large-Intestine-Do.aspx

https://www.livescience.com/52026-colon-large-intestine.html

https://www.uhhospitals.org/health-information/health-and-wellness-library/article/adult-diseases-and-conditions-v1/the-digestive-process-the-large-intestine

https://www.livestrong.com/article/368001-how-to-keep-my-large-intestine-healthy

Summary
Usus besar : Ketahui lebih banyak mengenai organ pencernaan ini
Article Name
Usus besar : Ketahui lebih banyak mengenai organ pencernaan ini
Description
Usus besar adalah salah satu bahagian penting dalam saluran pencernaan anda. Ini adalah rangkaian organ yang bermula dengan mulut dan berakhir dengan dubur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: