Pemanis diet keto

Pemanis mesra Keto seperti satu cerita yang tidak masuk akal. Pemanis sebenarnya adalah gula, gula pula adalah karbohidrat, dan diet ketogenik adalah satu diet yang rendah karbohidrat. Apa pun kenyataannya, terdapat pemanis yang mengandungi sedikit karbo dan tidak mempunyai langsung karbo – biarpun begitu senarai pemanis seperti itu amat sedikit, stevia, monk fruit dan erythritol boleh menjadi sebahagian dalam diet ketogenik anda.

Stevia

Pemanis Stevia tidak mengandungi kalori (tidak mengandungi karbohidrat mahupun gula) iaitu antara 50 hingga 350! kali lebih manis daripada gula biasa. Antara jenama Stevia yang boleh didapati di rak pasar raya adalah PureVia, Stevia in the Raw dan SweetLeaf.

Stevia adalah pilihan popular kerana ia dikatakan semula jadi dan banyak pihak berkuasa makanan mewar-warkan akan keselamatannya. Sehingga kini tiada kajian yang benar-benar dapat mengatakan pemanis seperti itu membantu mengurangkan kalori dan mengurangkan berat badan, dan sekiranya anda mengikuti diet keto, Stevia membantu mengekalkan kadar pengambilan karbohidrat.

Monk fruit (Lo Han Guo)

Juga dikatakan tiada karbohidrat, tiada kalori, Monk fruit yang berasal dari negara China, dikatakan antara 100 hingga 250 kali lebih manis daripada gula dan jenama yang menjualnya adalah Lakanto and PureLo. Sama seperti Stevia, Monk fruit membantu mengurangkan karbo namun tidak mampu mengurangkan kemasukan kalori yang diambil oleh seseorang individu itu.

Dalam satu kajian terpencil, mereka yang mengambil pemanis keto atau Monk fruit ini tidakpun mengurangkan pemakanan yang diambil seharian ataupun penambahbaikan dalam mengurangkan pengambilan gula jika dibandingkan dengan tabiat mereka sebelum ini yang gemar mengambil minuman bergula.

Erythritol

Erythritol sedikit berbeza jika dibandingkan dengan stevia dan monk fruit, secara teknikalnya ia adalah gula beralkohol, yang mana tubuh badan tidak akan menyerap secara keseluruhan. (Ini sebab gula beralkohol boleh menyebabkan tekanan gastrointenstinal, meskipun erythritol dikatakan antara gula beralkohol yang tidak membebankan). Ianya tidak mempunyai kalori, dan 70 hingga 80% lebih manis daripada gula. Ia mengandungi 4gram karbohidrat dalam satu sudu teh, tetapi karbohidrat yang kosong.

Jenama yang biasa dijumpai adalah Swerve – dan telahpun diberitahu bahawa produk ini tidak meningkatkan kadar gula dalam darah, maka kandungan karbohidratnya dikatakan ‘tidak mempunyai impak’.

Kajian terbaru menyarankan bahawa erythritol mungkin bagus bagi mereka yang mengidap kencing manis: menggunakan haiwan sebagai model, pemanis yang mengandungi rendah kalori membantu mengurangkan kenaikan gula dalam darah selepas waktu makan.

Sedikit amaran

Hanya disebabkan minuman atau makanan itu mengandungi salah satu pemanis di atas tidak bermakna ia adalah mesra keto. Meskipun stevia, monk fruit dan erythritol sering dijumpai pada makanan dan minuman berlabel ‘bebas-gula’ atau ‘rendah-gula’, makanan dan minuman tersebut mungkin mengandungi kandungan yang boleh meningkatkan jumlah kalori harian. Jadikan satu habit untuk membaca fakta nutrisi yang ada pada bungkusan makanan dan minuman yang ingin dibeli.

Dan jika anda menyangka yang anda menggantikan pengambilan gula biasa kepada pemanis rendah kalori atau pemanis kosong kalori boleh membantu anda mengurangkan pengambilan kalori seharian, kajian menyatakan sebaliknya. Mereka yang menggantikan gula biasa dengan pemanis seperti itu akan menggantikan pengambilan kalori pada makanan dan minuman yang lain.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/keto-sweeteners

https://www.dietdoctor.com/low-carb/keto/sweeteners

https://www.dietdoctor.com/low-carb/sweeteners

https://www.ruled.me/keto-diet-plan-best-and-worst-sweeteners/

Summary
3 Pemanis Yang Boleh Digunakan Dalam Diet Keto
Article Name
3 Pemanis Yang Boleh Digunakan Dalam Diet Keto
Description
Pemanis mesra Keto seperti satu cerita yang tidak masuk akal. Pemanis sebenarnya adalah gula, gula pula adalah karbohidrat, dan diet ketogenik adalah satu diet yang rendah karbohidrat. Apa pun kenyataannya, terdapat pemanis yang mengandungi sedikit karbo dan tidak mempunyai langsung karbo - biarpun begitu senarai pemanis seperti itu amat sedikit, stevia, monk fruit dan erythritol boleh menjadi sebahagian dalam diet ketogenik anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: