turun berat badan di bulan Ramadan
Bulan Ramadan yang suci telah pun tiba. Selepas berpuasa selama sehari pada waktu siang, semuanya sering tidak dapat menahan godaan makanan setelah berbuka puasa, dan akhirnya menambah berat badan.

Bulan Ramadan yang suci telah pun tiba. Selepas berpuasa selama sehari pada waktu siang, semuanya sering tidak dapat menahan godaan makanan setelah berbuka puasa, dan akhirnya menambah berat badan.

Berikut adalah 10 langkah mudah untuk mengelakkan kenaikan berat badan semasa Ramadan:

  1. Elakkan makan berlebihan selepas berbuka. Amalkan Iftar yang ringan dengan amaun makanan yang berpatutan dan bahagikan hidangan anda sebelum anda mula makan.
  2. Kunyahkan makanan anda dengan betul dan perlahan-lahan untuk membantu pencernaan. Tabiat ini juga akan membuatkan anda merasa kenyang lebih cepat, jadi anda tidak makan terlalu banyak.
  3. Selain daripada kurma, anda juga boleh mula dengan sup atau salad terlebih dahulu. Ini adalah kalori yang rendah dan membuat anda berasa kenyang sebelum anda mengambil hidangan kalori yang lebih tinggi.
  4. Pastikan anda cukup terhidrasi. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air semasa waktu tidak berpuasa.
  5. Makanlah buah-buahan segar dan jus segar tanpa tambahan gula, dan bukannya makanan yang telah diproses, yang mungkin mengandungi jumlah gula yang tinggi.
  6. Pilih produk tenusu rendah lemak dan daging tanpa lemak.
  7. Makan salad buah-buahan dan elakkan gula-gula Arab setiap hari.
  8. Buatlah senaman setiap hari selama sekurang-kurangnya setengah jam hingga satu jam untuk membakar kalori tambahan.
  9. Apabila memasak, buat resipi Ramdan kegemaran anda yang lebih sihat dengan mengelakkan penggorengan. Sebaliknya, kurangkan jumlah lemak dalam makanan anda dengan memanggang atau mengukus makanan anda.
  10. Elakkan makan secara berterusan, terutamanya antara Iftar dan Sahur, yang kadang-kadang disertai oleh keletihan kerana rasa kenyang yang keterlaluan.

SUMBER

https://ummahwide.com/7-reasons-you-arent-losing-weight-during-ramadan-e3224017b08c

https://gulfnews.com/lifestyle/health-fitness/how-to-lose-weight-during-ramadan-1.1853399

https://gulfnews.com/lifestyle/health-fitness/how-to-lose-weight-during-ramadan-1.1853399

https://orlandparkprayercenter.org/guest-articles/thirty-steps-to-lose-weight-during-ramadan

Summary
10 tips untuk mengelakkan kenaikan berat badan di bulan Ramadan
Article Name
10 tips untuk mengelakkan kenaikan berat badan di bulan Ramadan
Description
Bulan Ramadan yang suci telah pun tiba. Selepas berpuasa selama sehari pada waktu siang, semuanya sering tidak dapat menahan godaan makanan setelah berbuka puasa, dan akhirnya menambah berat badan. Jom ketahui tips untuk elakkan kenaikan berat badan di bulan Ramadhan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: