makanan sihat
Sering tertanya-tanya makanan sihat mana yang kaya dengan khasiat semulajadi? Sebilangan besar makanan adalah sihat dan enak.

Sering tertanya-tanya makanan sihat mana yang kaya dengan khasiat semulajadi? Sebilangan besar makanan adalah sihat dan enak. Tiada istilah sukar untuk mendapatkan makanan sihat, cuma menjadi tanya soalnya adakah anda sudah bersedia untuk mengubah gaya pemakanan anda?

Penuhi pinggan anda dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti, dan makanan berkhasiat yang lain, agar dapatkan makanan yang berwarna-warni, serba boleh, dan enak untuk anda.

Berikut adalah 10 makanan yang sangat sihat. Sebilangan besar daripadanya adalah sangat lazat, tak perlu takut lagi kerana kami jamin anda akan berpuas hati!

1. Ulam – Ulaman

Pegaga

Pegaga telah digunakan untuk merawat bronkitis, asma, rembesan berlebihan jus gastrik, disentri, masalah buah pinggang sejak berabad lamanya. Herba ini dikatakan berkesan untuk menurunkan tekanan darah.

Petai

Dalam perubatan tradisional Melayu, petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung, kencing manis dan membersihkan buah pinggang. Petai kaya dengan serat, justeru ia merangsang tenaga dengan cepat dan berterusan.

Kangkung

Kangkung adalah sejenis sayur yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat. Ia boleh mengubati pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti bisul, cacar air, buasir, ulser, sembelit dan masalah kelemumur pada rambut.

2. Telur

Telur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ia sebelumnya dianggap tidak berkhasiat kerana tinggi kolesterol, tetapi kajian baru menunjukkan bahawa telur adalah makanan sihat dan selamat.

3. Buah – Buahan

Epal

Epal tinggi serat, vitamin C, dan tinggi antioksidan. Makanan ini sangat mengenyangkan dan menjadikan makanan ringan yang sempurna jika anda berasa lapar di antara waktu makan.

Avokado

Avokado berbeza daripada kebanyakan buah kerana ia mengandungi lemak yang sihat dan bukannya karbohidrat. Bukan sahaja berkrim dan enak tetapi ia juga tinggi serat, kalium, dan vitamin C.

Pisang

Pisang adalah antara sumber kalium terbaik di dunia. Ia juga tinggi vitamin B6 dan serat, selain itu ia juga mudah dimakan dan dibawa.

Beri biru

Beri biru bukan sahaja enak tetapi ia juga antara sumber antioksidan paling kuat di dalam dunia.

Oren

Oren terkenal dengan kandungan vitamin C sejak dulu lagi. Malah ia juga tinggi serat dan antioksidan.

Strawberi

Strawberi sangat berkhasiat dan rendah karbohidrat dan kalori. Antara makanan paling enak yang sarat dengan vitamin C, serat, dan mangan.

4. Daging

Dada Ayam

Dada ayam adalah makanan sihat yang rendah lemak dan kalori tetapi sangat tinggi protein. Ia adalah sumber nutrien yang hebat. Ada boleh makan potongan dada ayam yang lebih besar jika anda tidak makan karbohidrat yang banyak.

Daging Kambing

Kambing biasanya diberi makan rumput, dan dagingnya cenderung mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi.

5. Kacang dan Bijian

Badam

Badam adalah kacang yang terkenal dengan vitamin E, antioksidan, magnesium, dan serat. Kajian menunjukkan bahawa badam dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan metabolik.

Biji Chia

Biji Chia adalah antara makanan yang paling padat nutrien di dalam planet ini. 28 gram padat dengan 11 gram serat dan sejumlah besar magnesium, mangan, kalsium, dan pelbagai nutrien lain.

– Kacang Macadamia

Kacang macadamia sangat sedap. Selain itu, ia juga mempunyai lemak tidak tepu tunggal yang lebih tinggi lemak dan asid lemak omega-6 lebih rendah daripada kebanyakan kacang lain.

6. Sayur-sayuran

Asparagus

Asparagus adalah sayur yang popular dan sering dihidangkan bersama steak. Ia rendah karbohidrat dan kalori tetapi mengandungi vitamin K yang banyak.

Cili Benggala

Anda boleh dapati cili benggala dalam pelbagai warna, termasuklah merah, kuning, dan hijau. Ia sayur yang ranggup dan manis, serta sumber antioksidan dan vitamin C.

– Bawang Putih

Meskipun mempunyai bau yang kuat, bawang putih merupakan sayur yang sangat sihat. Ia mengandungi sebatian organosulfur bioaktif yang mempunyai kesan biologi yang kuat, termasuklah meningkatkan fungsi imun.

7. Ikan dan Makanan Laut

Udang

Udang adalah sejenis krustasea yang berkaitan dengan ketam dan udang galah. Ia cenderung rendah lemak dan kalori tetapi tinggi protein. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan pelbagai nutrien lain, termasuklah selenium dan vitamin B12.

Ikan Trout

Trout adalah sejenis ikan air tawar yang lazat, sama seperti salmon.

8. Biji-bijian

Oat

Oat sangat sihat. Ia sarat dengan nutrien dan serat tinggi yang dikenali sebagai beta-glucan, yang memberikan banyak faedah.

Quinoa

Quinoa telah menjadi sangat popular di kalangan individu yang mementingkan kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bijirin yang enak dan tinggi nutrien, seperti serat dan magnesium. Ia juga merupakan sumber protein tumbuhan yang sangat baik.

9. Roti

Roti Ezekiel

Roti Ezekiel adalah roti paling sihat yang boleh anda beli. Ia diperbuat daripada biji-bijian organik dan tumbuh-tumbuhan, serta beberapa kekacang.

– Roti Rendah Karbohidrat Buatan Sendiri

Secara keseluruhan, pilihan terbaik untuk roti adalah roti yang anda buat sendiri.

10. Lemak dan Minyak

Minyak Zaitun Ekstra Dara

Minyak zaitun ekstra dara adalah salah satu minyak sayuran paling sihat yang anda dapati. Ia mengandungi lemak tak tepu tunggal yang sihat untuk jantung dan antioksidan yang sangat tinggi dengan manfaat kesihatan yang baik.

JADI,

Sekarang kalian sudah tahu makanan sihat yang bagus untuk dicuba, jadi apa tunggu lagi? Jom sihat bersama – sama! Apabila anda praktikkan gaya pemakanan yang sihat pastinya anda akan jadi lebih cergas dan tubuh badan anda kuat menentang penyakit berbahaya.

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/50-super-healthy-foods#fats-and-oils

https://www.healthline.com/nutrition/20-most-weight-loss-friendly-foods

https://www.realsimple.com/health/nutrition-diet/healthy-eating/the-30-healthiest-foods

Summary
10 Makanan Sihat Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
Article Name
10 Makanan Sihat Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
Description
Sering tertanya-tanya makanan sihat mana yang kaya dengan khasiat semulajadi? Sebilangan besar makanan adalah sihat dan enak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: