perlis

Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia seluas 800 km persegi. Ia juga merupakan negeri paling utara di semenanjung dan dikelilingi oleh Thailand di sempadan barat laut, utara dan timur serta negeri Kedah di selatan dan timur.

Ibu kota Perlis adalah Kangar dan ibu kota kerajaan di mana Raja mempunyai kediamannya iaitu di Arau. Perlis adalah satu-satunya negeri di mana penguasa mempunyai gelaran Raja.

Perlis tidak memiliki tempat pelancongan yang banyak tetapi Perlis memiliki suasana desa tertentu dengan sawah hijau, kampung-kampung kuno dan keindahan perbatasan hutannya yang masih murni dengan sempadan Thailand.

Tempat-tempat Menarik di Perlis:

Berikut adalah beberapa tempat yang wajib anda lawati di negeri Perlis.

1. Taman Rekreasi Tasik Melati

sebuah tasik kecil yag memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir ini dikenali sebagai Tasik Melati. Para pelawat telah disediakan jambatan untuk memudahkan pengunjung merentasi tasik sambil menikmati pemandangan indah tasik dengan kehijuan gunung-ganang sebagai latar.

Selain itu, di taman rekreasi ini juga terdapat pelbagai jenis burung yang berbeza-beza warna terbang bebas di persekitaran.

Jadi, sesiapa yang suka aktiviti melihat burung bolehlah datang ke taman ini. Taman ini turut menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak bermain supaya ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak.

2. Gua Kelam

Gua dengan kepanjangan gua batu kapur370 meter ini adalah salah satu gua yang unik di Malaysia. Satu-satunya jalan yang boleh dilalui untuk menikmati pemandangan di dalam Gua Kelam ini adalah dengan menggunakan jambatan kayu yang berkelebaran 8 kaki.

Semasa berjalan di dalam gua ini, anda akan dapat mendengan bunyi air yang menitis daripada stalaktit di sepanjang perjalanan.

Di hujung perjalanan di dalam gua ini, anda akan sampai ke sebuah taman yang sangat indah dan di situ anda boleh berehat dengan tenang setelah melalui perjalanan yang jauh.

3. Hutan Lipur Bukit Ayer

lokasi hutan ini terletak di dalam Hutan Simpan Bukti Bintang, dan jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Kangar adalah 13 km sahaja.

Anda boleh melakukan aktiviti berkelah di hutan ini kerana terdapat sungai yang tenang untuk bersantai bersama keluarga dan orang-orang tersayang.

Selain berkelah, anda juga boleh membuat BBQ kerana hutan lipur ini menyediakan kemudahan memasak bagi pengunjung. Kanak-kanak juga boleh bersuka-ria bermain air di kolam air yang dilengkapi dengan gelongsor.

4. Galeri Diraja Arau Perlis

Sebelum memasuki Galeri Diraja Arau Perlis, anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu barulah anda akan dapat memasuki galeri tersebut.

Sekiranya permohonan anda untuk memasuki galeri ini berjaya, maka anda akan sangat bertuah kerana dapat melihat pameran salasilah serta sejarah keturunan Diraja Perlis, alat kebesaran Diraja, senapang antik, pedang, duit lama, basikal antik, bunga emas dan banyak lagi.

Terdapat satu perkara yang paling menarik terdapat di dalam galeri ini iaitu  kain kiswah yang merupakan kelambu kaabah yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi kepada Sultan Perlis pada tahun 1965.

5. Bukit Keteri

Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia dan hanya terletak 30 minit dari Kangar. Anda boleh memilih pelbagai laluan untuk sampai ke puncak, namun bukan bermakna ia mudah untuk didaki.

Walau bagaimana pun, segala cabaran yang dilalui untuk sampai ke puncak tidak akan menjadi sia-sia kerana sesiapa sahaja yang berjaya sampai ke puncak pasti akan puas hati melihat panorama yang indah terutama sekali ketika waktu matahari terbenam.

6. Taman Herba Perlis

Lokasi taman herba ini adalah bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular dan Reptilia dengan keluasan 12 hektar. Terdapat sekitar 1200 jenis tumbuhan herba yang hidup dengan subur di taman ini dan dijaga dengan baik tanpa eksploitasi besar-besaran daripada mana-mana pihak.

Apabila anda berada di taman ini, anda akan berpeluang merasa tumbuhan-tumbuhan berkhasiat ini asalkan tidak merosakkan pokok-pokok.

Di sini anda akan dapat melihat pokok-pokok yang terkenal dalam perubatan masyarakat tempatan seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Mengkudu, dan Selasih di depan mata anda sendiri.

7. ATV Maneq Hills Adventure

Jika anda seorang yang gemar akan aktitivit lasak, tempat ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda kunjungi. Tempat ini bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak juga diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

Orang ramai yang datang ke sini dapat membina keyakinan diri dengan menempuh lebih daripada 15 halangan dan cabaran yang dibina di trek ATV ini.

Selain merasakan keseronokan beraktiviti lasak, anda juga dapat menikmati pemandangan yang indah kerana lokasinya yang berdekatan dengan kawasan bukit.

8. Masjid Terapung Al-Hussain

Masjid ikonik yang terletak di Perlis ini dikenali sebagai Masjid Terapung Al-Hussain dan dibina dengan kos RM12 juta. Masjid ini kelihatan lebih indah dan berseri ketika waktu senja kerana kedudukannya yang mengadap Selat Melaka.

Dalam pembinaan masjid ini, bahan-bahan yang digunakan adalah seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja. Keindahan masjid ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, oleh itu anda harus melihat keindahan masjid ini dengan mata sendiri.

Kesimpulan

Demikianlah tempat-tempat menarik di Perlis yang boleh anda kunjungi bersama keluarga tersayang anda. Hari minggu boleh diisi dengan bersiar-siar di tempat menarik di Perlis untuk menenangkan fikiran dan lari daripada kesibukan pekerjaan.

Anda tidak perlu ke tempat yang jauh untuk merasai pelbagai pengalaman menarik kerana di Malaysia juga banyak tempat-tempat menarik, salah satunya adalah Perlis.

Sumber:

https://www.trixoli.com/my/destinations/malaysia/perlis/

https://www.malaysia-traveller.com/top-perlis-attractions.html

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-perlis/

Summary
Ingin bercuti ke Perlis? Ini 8 tempat yang wajib anda kunjungi!
Article Name
Ingin bercuti ke Perlis? Ini 8 tempat yang wajib anda kunjungi!
Description
Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia seluas 800 km persegi. Ia juga merupakan negeri paling utara di semenanjung dan dikelilingi oleh Thailand di sempadan barat laut, utara dan timur serta negeri Kedah di selatan dan timur.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: