tempat menarik di perlis

Perlis terletak di utara semenanjung Malaysia dan dikelilingi oleh Thailand di sempadan barat laut, utara dan timur laut manakala negeri Kedah di selatan dan timur. Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan sebesar 800 km persegi. Ibu kota Perlis adalah Kangar dan ibu kota kerajaan, kediaman Raja pula terletak di Arau.

Negeri ini digelar sebagai Perlis Indera Kayangan, jumlah penduduknya hanya 225,000 orang dan merupakan negeri yang mempunyai penduduknya paling sikit selain dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

12 Tempat Menarik di Perlis

#1 Galeri Diraja Arau

Galeri ini terletak 20 minit dari Kangar, Galeri Diraja ini terletak tepat di sebelah Istana Diraja Perlis. Di sini, anda dapat melihat banyak artifak seperti pakaian seragam kerajaan, basikal rotan, dan peralatan gangsa yang pernah menjadi milik Almarhum Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Raja Syed Saffi.

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:00 pagi – 6:00 petang

Harga Tiket: Percuma

#2 Gua Kelam

Gua Kelam adalah sebuah gua sepanjang 370 meter yang terletak di bandar kecil Kaki Bukit. Gua ini memberi pengunjung satu pengalaman yang menarik kerana anda perlu melalui jambatan gantung kayu yang sempit untuk memasuki gua. Di hujung gua pula, anda akan disambut dengan pemandangan lembah yang menakjubkan iaitu Lembah Wan Tangga.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pagi – 5:00 petang

Harga Tiket: Tertakluk pada bayaran lawatan

#3 Gua Wang Burma

Gua Wang Burma adalah salah satu tarikan Perlis yang paling popular. Sistem gua terbahagi kepada 2:

Wang Burma Satu, gua yang kurang mencabar dengan latar belakang yang indah dan Wang Burma Dua, gua dengan laluan sempit dan terowong berlumpur bagi mereka yang ingin mencabar diri secara fizikal.

Tidak kira jalan yang anda pilih, perjalanan anda akan dimulakan dengan jungle trekking selama 40 minit untuk sampai ke pintu masuk gua.

Inilah tempat menarik di Perlis yang perlu anda kunjungi!

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pagi – 5:00 petang

Harga Tiket: Tertakluk pada bayaran lawatan

#4 Taman Negeri Perlis

Taman yang seluas 5000 hektar ini terletaknya di Nakawan Range,ia merupakan kawasan bukit batu kapur yang terpanjang di Malaysia. Taman negeri terpencil ini juga merupakan satu-satunya hutan separa lebat di Malaysia, fenomena ini di mana pokok-pokok menggugurkan daunnya untuk jangka waktu yang sangat singkat sebelum diganti dengan yang baru.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mengakses tempat ini dengan bebas kerana anda perlu mendapatkan renjer bagio untuk membimbing anda melalui taman ini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pagi – 5:00 petang

Harga Tiket: Tertakluk pada bayaran lawatan

#5 Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh adalah takungan yang dibina pada tahun 1992 untuk 2 tujuan iaitu membekalkan air kepada penduduk dan pencegahan banjir.

Tasik ini mendapat namanya dari 2 sungai yang membekalkan air kepadanya iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Kerana persekitarannya yang semula jadi, tasik ini juga berfungsi sebagai tempat perlindungan burung yang berhijrah semasa musim sejuk di hemisfera utara.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

#6 Bukit Keteri

Sekiranya anda berminat untuk mendaki gunung, disini adalah salah satu tarikan Perlis yang terbaik untuk anda. Pembentukan batu kapur ini kelihatan seperti dua menara yang berdiri di antara satu sama lain dan dikelilingi oleh sawah padi.

Apabila anda sampai di puncak gunung yang dikatakan sebagai salah satu bukit paling sukar untuk didaki di Asia, anda akan mendapat pemandangan panorama persekitaran yang cantik terutama sekali ketika matahari terbenam.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

#7 Hutan Lipur Bukit Ayer

Bukit Ayer terletak 12km dari pusat bandar Kangar. Taman rekreasi ini adalah tempat yang sesuai untuk berkelah. Ia dilengkapi dengan tapak perkhemahan, kemudahan tempat letak kereta dan semua kemudahan asas.

Sekiranya anda ingin mendaki ke tempat ini, anda perlu menghubungi bahagian perhutanan terlebih dahulu untuk mengikuti jalan yang telah ditentukan. Disini terdapat air terjun dan kolam bagi mereka yang ingin berenang.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

#8 Masjid Alwi

Masjid Alwi adalah salah satu tarikan Perlis tertua yang dibina pada tahun 1933 dengan menggunakan sumbangan dari penduduk tempatan. Pada tahun 2018, masjid ini disenaraikan sebagai tapak warisan nasional yang menjadi penghormatan besar bagi masyarakat setempat. Nama nya diambil sempena nama Raja Perlis ketika itu. Salah satu ciri khas masjid ini ialah kubah nya yang berwarna hitam dan bangunan bewarna putih.

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:00 pagi – 6:00 petang

Harga Tiket: Percuma

#9 Taman Anggur Perlis

Kebun Anggur Perlis adalah kebun anggur yang luas dan sentiasa berbuah pada setiap musim. Terdapat pelbagai jenis anggur disini, antaranya ialah Black Queen, Black Opal dan New White Malaga. Anggur-anggur ini ditanam secara berkumpulan, dan anda berpeluang melihat buah anggurnya tidak kira pada bila masa pun.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9:00 pagi – 6:00 petang

Harga Tiket: Percuma

#10  Rimba Herba Perlis

Hutan herba nasional ini mempunyai keluasan 12 hektar tanah dan merupakan rumah kepada pelbagai jenis tumbuhan. Ia dibuka kepada umum pada tahun 1999. Antara tanaman yang terdapat disini adalah ‘Tongkat Ali’ (Eurycoma longifolia) dan ‘Kacip Fatimah’ (Labisia pumila). Hutan herba ini juga berfungsi untuk memperkenalkan tanaman dengan khasiat perubatan kepada masyarakat.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pagi – 5:00 petang

Harga Tiket: Dewasa – RM1 | Kanak-kanak – RM0.50

#11 Taman Rekreasi Tasik Melati

Taman Rekreasi Tasik Melati adalah salah satu tarikan di Perlis yang anda harus lawati. Anda dapat melihat lebih dari 150 pulau berpasir kecil yang terdapat di sekitar tasik ini dengan berjalan di atas landasan kayu yang dibina. Landasan kayu ini dibina untuk membolehkan pengunjung melakukan perjalanan dari hujung tasik ke hujung tasik yang lain. Anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang indah di tempat ini, anda juga akan dapat melihat banyak tanaman teratai terapung di tasik di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

#12 Masjid Al-Hussain

Masjid Al-Hussain adalah mercu tanda yang terkenal di Perlis. Masjid ini dibangunkan di tepi pantai dan menghadap Selat Melaka. Ketika air pasang, ia memancarkan ilusi masjid ini terapung. Keunikan masjid ini menarik banyak orang dari seluruh Malaysia untuk mengunjungi Perlis untuk melihat masjid ini dengan sendiri. Dindingnya pula dihiasi dengan batu kerikil, karang, dan granit.

Waktu Operasi: Setiap hari,24 jam

Harga Tiket: Percuma

Selamat mengunjungi tempat menarik di Perlis ini !

Rujukan

https://www.trixoli.com/my/destinations/malaysia/perlis/

https://www.malaysia-traveller.com/top-perlis-attractions.html

Summary
12 Tempat Menarik Di Perlis Yang Wajib Dikunjungi
Article Name
12 Tempat Menarik Di Perlis Yang Wajib Dikunjungi
Description
Perlis terletak di utara semenanjung Malaysia dan dikelilingi oleh Thailand di sempadan barat laut, utara dan timur laut manakala negeri Kedah di selatan dan timur. Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan sebesar 800 km persegi. Ibu kota Perlis adalah Kangar dan ibu kota kerajaan, kediaman Raja pula terletak di Arau.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: