Pengenalan
Beta carotene bukanlah nutrien penting, namun vitamin A yang ditukarkan olehnya adalah sejenis nutrien yang penting untuk badan anda. Anda memerlukan vitamin A untuk kulit, membran mukus dan sistem imun yang sihat serta kesihatan menyeluruh dan penglihatan mata yang baik.
Ia bukanlah nutrien penting, namun, vitamin A yang ditukarkan olehnya adalah nutrien yang penting. Formula kimia beta-carotene (C40H56) mula ditemui pada tahun 1907.
Vitamin A boleh diperolehi daripada makanan yang mengandungi beta carotene atau suplemen. Kelebihan diet beta carotene adalah badan hanya perlu menukarkannya kepada vitamin A sebanyak yang diperlukan sahaja. Ini kerana, vitamin A yang berlebihan adalah toksik. Tahap toksik vitamin A akan meningkat apabila anda mengambil terlalu banyak suplemen vitamin A.
Kegunaan Beta Carotene
- Merawat sensitiviti terhadap matahari dalam kalangan individu yang mempunyai gangguan bentuk darah yang diwarisi seperti “protoporphyria erythropoietic”. Pengambilan beta carotene melalui oral boleh mengurangkan sensitiviti terhadap matahari dalam kalangan individu yang mempunyai protoporphyria erythropoietic.
- Penyakit mata yang disebut sebagai degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD – Age Macular Degeneration). Pengambilan beta carotene secara oral bersama vitamin C, vitamin E, dan zink setiap hari dilihat seolah-olah membantu mencegah kehilangan penglihatan dan keparahan AMD dalam kalangan individu-individu dengan AMD yang lanjut. Pengambilan beta carotene bersama antioksidan tanpa zink didapati tidak memperbaiki keadaan AMD yang lanjut. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan sama ada pengambilan beta carotene bersama antioksidan lain dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit degenerasi makula yang kurang lanjut. Terdapat bukti yang saling bertentangan tentang sama ada suplemen beta carotene boleh membantu mengurangkan risiko AMD.
- Kanser payudara. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi beta carotene seolah-olah boleh mengurangkan risiko kanser payudara dalam wanita pra-menopaus yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara, termasuklah mereka yang mempunyai sejarah keluarga dan yang mengambil alkohol secara berlebihan.
- Mencegah komplikasi penyakit paru-paru (penyakit paru obstruktif kronik, COPD). Makan lebih banyak beta carotene dalam diet didapati boleh membantu mencegah bronkitis dan masalah kesukaran bernafas pada perokok yang mempunyai COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease), namun begitu suplemenyang mengandungi beta carotene tidak membantu.
- Serangan asma yang dicetuskan oleh senaman. Pengambilan beta carotene secara oral seolah-olah mengurangkan serangan asma yang dicetuskan oleh senaman.
- Tompok-tompok putih pada lidah dan mulut yang disebut leukoplakia oral. Pengambilan beta carotene secara oral selama12 bulan seolah-olah mengurangkan simptom leukoplakia oral.
- Osteoarthritis. Beta carotene yang diambil secara oral boleh mencegah Osteoarthritis daripada menjadi semakin buruk, namun begitu ia tidak dapat mencegah osteoarthritis.
- Kanser ovari. Pengambilan diet yang kaya dengan karotenoid, termasuk beta carotene, boleh mengurangkan risiko kanser rahim pada wanita selepas menopaus.
- Prestasi fizikal. Pengambilan makanan yang mengandungi beta carotene dalam jumlah yang tinggi dilihat boleh meningkatkan prestasi fizikal dan kekuatan otot dalam kalangan individu tua.
- Mencegah komplikasi selepas bersalin. Pengambilan beta carotene secara oral sebelum, semasa, dan selepas kehamilan seolah-olah boleh mengurangkan simptom cirit-birit dan demam selepas kelahiran bayi.
- Komplikasi berkaitan kehamilan. Pengambilan beta carotene secara oral didapati dapat mengurangkan risiko kematian yang berkaitan dengan kehamilan, memperbaiki rabun malam yang berkaitan dengan kehamilan, dan simptom cirit-birit selepas demam dan simptom demam dalam kalangan wanita yang kekurangan makan.
- Selaran matahari (sun burn). Pengambilan beta carotene secara oral boleh mengurangkan selaran matahari pada individu yang sensitif terhadap matahari. Walau bagaimanapun, beta-karotena mungkin tidak memberi kesan yang banyak pada risiko selaran matahari bagi kebanyakan individu. Selain itu, beta carotene juga didapati tidak mengurangkan risiko kanser kulit atau gangguan kulit lain yang berkaitan dengan pendedahan terhadap cahaya matahari.
- Penyakit Alzheimer. Pengambilan diet yang mengandungi beta carotene dalam jumlah yang banyak dilihat tidak mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
- Katarak. Pengambilan beta carotene secara tunggal atau bersama vitamin C, vitamin E, dan zink, selama 8 tahun tidak mengurangkan perkembangan katarak.
- Fibrosis Sistik. Pengambilan beta carotene secara oral selama 14 bulan tidak memperbaiki kesihatan paru-paru pada individu yang mempunyai fibrosis sistik.
- Kencing manis. Beberapa kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan diet yang tinggi dengan beta-karotene dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap kejadian kencing manis jenis 2. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang bertentangan dengan hasil kajian tersebut. Pengambilan suplemen beta-carotene tidak mengurangkan risiko berlakunya kencing manis jenis 2 atau risiko mengalami komplikasi yang berkaitan dengan kencing manis.
- Tahi lalat. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan beta-carotene secara oral selama 3 tahun tidak dapat mengurangkan perkembangan tahi lalat baru.
- Risiko kematian. Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil makanan tambahan yang mengandungi beta-carotene, vitamin C, vitamin E, selenium, dan zink selama 7 tahun mungkin mengurangkan risiko kematian pada golongan lelaki, tetapi bukan wanita. Walau bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa pengambilan beta-carotena dalam dos yang lebih besar selama 12 tahun dapat meningkatkan risiko kematian pada lelaki dan wanita.
- Strok. Pengambilan beta-carotene secara oral selama 6 tahun tidak mempunyai sebarang kesan terhadap risiko strok dalam kalangan perokok lelaki. Selain itu, terdapat beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tambahan beta-carotene boleh meningkatkan risiko pendarahan dalam otak pada individu yang meminum alkohol.
- Mencegah aneurisma aorta abdomen, atau pembesaran usus besar. Bukti menunjukkan bahawa pengambilan beta-carotene secara oral selama kira-kira 5.8 tahun tidak mengurangkan kejadian aneurisma aorta pada perokok lelaki.
- Kanser. Beta carotene tidak menghalang atau mengurangkan kematian akibat kanser rahim, kanser serviks, kanser tiroid, kanser pundi kencing, kanser kulit (melanoma, karsinoma sel basal, karsinoma sel squamous), kanser otak, dan kanser darah (leukemia). Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan mencadangkan gabungan beta-carotene dengan vitamin C, vitamin E, selenium, dan zink mungkin boleh menurunkan kadar risiko kanser dalam kalangan lelaki. Penyelidik membuat spekulasi bahawa pengambilan antioksidan golongan lelaki adalah lebih rendah oleh itu, mereka mungkin mendapat lebih banyak manfaat daripada makanan tambahan.
- Penyakit jantung. Penasihat Sains dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan bahawa bukti yang didapati tidak menyokong penggunaan suplemen antioksidan seperti beta-carotene untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Bukti tersebut juga menunjukkan bahawa beta-carotene dengan kombinasi vitamin C dan E tidak mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Kanser kolon. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan beta carotene oral, secara tunggal atau bersama vitamin C dan E, selenium, dan kalsium karbonat, tidak mengurangkan risiko pertumbuhan tumor kolon. Dalam sesetengah individu telah dikeluarkan tumur kolon mereka, mengambil suplemen beta-carotene seolah-olah mengurangkan risiko pengulangan tumor. Walau bagaimanapun, pada individu yang merokok dan minum alkohol, pengambilan makanan tambahan beta-karotena meningkatkan risiko tumor baru. Tidak jelas jika diet beta-carotene dapat mengurangkan risiko kanser kolon.
- Kanser paru-paru. Pengambilan beta-carotene seolah-olah meningkatkan risiko kanser paru-paru pada individu yang merokok (terutamanya yang merokok lebih daripada 20 batang rokok sehari), bekas perokok, individu yang terdedah kepada asbestos, dan mereka yang mengambil alkohol (satu gelas atau lebih dalam sehari). Walau bagaimanapun, beta-carotene daripada makanan didapati tidak memberi kesan sampingan yang buruk. Selain itu, pengambilan suplemen yang mengandungi beta-carotene, vitamin E, dan selenium selama 5 tahun juga tidak mengurangkan risiko kematian pada individu yang didiagnosis dengan kanser paru-paru.
- Kanser prostat. Pengambilan suplemen beta-carotene tidak menghalang kejadian kanser prostat pada kebanyakan lelaki. Malah, terdapat beberapa kebimbangan bahawa suplemen beta-carotene sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser prostat pada segelintir lelaki. Terdapat bukti bahawa lelaki yang mengambil multivitamin setiap hari bersama suplemen beta-carotene mempunyai risiko peningkatan kanser prostat lanjut. Malah, lelaki yang merokok dan mengambil suplemen beta-carotene turut mempunyai risiko kanser prostat.
- Asma. Pengambilan diet yang tinggi dengan beta-carotene didapati tidak berkait dengan pengurangan penyakit asma.
- Kesan sampingan daripada kemoterapi. Memakan diet tinggi beta carotene dikaitkan dengan pengurangan kesan toksik pada kanak-kanak yang menjalani kemoterapi untuk kanser darah yang dipanggil leukemia limfobastik.
- Prestasi mental. Sesetengah bukti menunjukkan bahawa pengambilan beta carotene selama setahun tidak meningkatkan kemahiran berfikir dan memperbaiki ingatan pada lelaki yang lebih berusia. Walau bagaimanapun, pengambilan beta-carotene selama 18 tahun boleh memberi manfaat tersebut.
- Kanser esofagus. Pengambilan suplemen beta-carotene sahaja atau dengan kombinasi vitamin A atau vitamin E ditambah vitamin C dilihat tidak dapat mengurangkan risiko kanser esophageal.
- Helicobacter pylori (H pylori), yang menyebabkan ulser perut. Pengambilan beta-carotene secara oral bersama ubat preskripsi, tidak membantu jangkitan H. pylori berbanding pengambilan ubat preskripsi sahaja.
- HIV / AIDS. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa mengambil beta-carotene secara oral selama 4 minggu boleh membantu meningkatkan fungsi sistem imun pada individu dengan HIV. Walau bagaimanapun, terdapat juga bukti yang bertentangan.
- Kanser perut. Beberapa bukti menunjukkan pengambilan beta-carotene tidak mengurangkan risiko kanser perut. Malah, pengambilan beta-carotene dengan kombinasi vitamin A, C, dan / atau E didapati tidak dapat mengurangkan risiko kanser perut. Bagaimanapun, beberapa bukti awal mencadangkan bahawa mengambil beta-carotene, vitamin E, dan selenium dapat mengurangkan risiko kanser perut tetapi bukan risiko kematian di kalangan individu miskin, berbangsa Cina yang berisiko tinggi mengembangkan kanser perut. Selain itu, pengambilan beta-carotene seolah-olah membantu merawat luka-luka pramatang di dalam perut pada individu yang berisiko mendapat kanser perut.
- Bengkak dan kemerosotan lapisan mulut (mucositis oral). Pengambilan beta carotene secara oral dilihat tidak menghalang perkembangan mukositis oral sewaktu menjalani terapi radiasi atau kemoterapi.
- Kanser pankreas. Pengambilan suplemen beta-carotene sahaja atau digabungkan dengan antioksidan lain seperti vitamin A atau vitamin E didapati tidak dapat mengurangkan risiko kanser pankreas.
- Ruam kulit akibat sensitiviti matahari yang dikenali sebagai letusan cahaya polymorphous. Beberapa bukti menunjukkan bahawa pengambilan beta-carotene secara oral dapat memperbaiki sensitiviti terhadap pendedahan cahaya matahari pada individu yang mengalami letusan cahaya polimorf. Walau bagaimanapun, terdapat juga bukti yang bercanggah.
Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai beta carotene untuk penggunaan tersebut:
- Alkoholisme.
- Sindrom kelesuan kronik (CFS – Chronic Fatigue Syndrome).
- Kemurungan.
- Epilepsi.
- Sakit kepala.
- Pedih ulu hati.
- Tekanan darah tinggi
- Kemandulan.
- Penyakit Parkinson.
- Psoriasis.
- Arthritis reumatoid.
- Skizofrenia.
- Keadaan-keadaan lain.
Kesan Sampingan Beta Carotene
Beta-karotena MUNGKIN SELAMAT pada individu dewasa dan kanak-kanak apabila diambil melalui oral dalam jumlah yang sesuai untuk keadaan perubatan tertentu. Walau bagaimanapun, suplemen beta-carotene tidak disyorkan untuk penggunaan umum.
Beta-karotena MUNGKIN TIDAK SELAMAT apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi, terutamanya jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Dos beta-carotene yang tinggi boleh menjadikan kulit bertukar ke warna kuning atau oren.
Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa pengambilan dos suplemen antioksidan yang tinggi seperti beta-carotene mungkin lebih berbahaya daripada kebaikannya. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan dos suplemen beta-karotena yang tinggi mungkin meningkatkan kemungkinan kematian akibat pelbagai sebab, meningkatkan risiko kanser tertentu, dan mungkin kesan sampingan lain yang serius. Di samping itu, terdapat juga kebimbangan bahawa mengambil sejumlah besar multivitamin bersama suplemen beta-carotene boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat lanjut pada golongan lelaki.
- Kehamilan dan menyusukan bayi: Beta-arotene MUNGKIN SELAMAT apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang sesuai. Walau bagaimanapun, dos suplemen beta-karotena yang tinggi tidak disyorkan untuk kegunaan am semasa hamil dan menyusu bayi.
- Merokok: Pada individu yang merokok, suplemen beta-carotene mungkin meningkatkan risiko kanser kolon, paru-paru, dan kanser prostat. Jangan ambil suplemen beta-carotene jika anda merokok.
- Sejarah pendedahan terhadap asbestos: Pada individu yang telah terdedah kepada asbestos, pengambilan suplemen beta-carotene dapat meningkatkan risiko kanser. Jangan ambil suplemen beta-carotene jika anda telah terdedah kepada asbestos.
- Angioplasti, sejenis prosedur pembedahan jantung. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa suplemen antioksidan dan beta-carotene, jika digunakan bersama, ia mungkin mempunyai kesan yang berbahaya selepas prosedur angioplasti. Ia boleh mengganggu penyembuhan selepas pembedahan. Jangan ambil beta-carotene dan suplemen antioksidan lain sebelum atau selepas angioplasti tanpa cadangan atau nasihat doktor anda.
Interaksi Beta Carotene
– Ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol (Statins) berinteraksi dengan BETA-CAROTENE
Mengambil beta-carotene, selenium, vitamin C, dan vitamin E bersama, boleh menurunkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Bagaimanapun, adalah tidak diketahui jika beta-carotene hanya mengurangkan keberkesanan segelintir ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Sesetengah ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol termasuklah atorvastatin (Lipitor), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Mevacor) dan pravastatin (Pravachol).
– Niacin berinteraksi dengan BETA-CAROTENE
Mengambil beta-arotene bersama vitamin E, vitamin C, dan selenium dapat mengurangkan beberapa kesan bermanfaat niacin. Niacin berfungsi untuk meningkatkan kolesterol baik. Justeru itu, mengambil beta-carotene bersama dengan vitamin lain dapat menurunkan paras kolesterol baik.
Dos Beta Carotene
Tiada saranan pengambilan harian yang disyorkan untuk beta-carotene. Walau bagaimanapun, menurut garis panduan dos Klinik Mayo berkenaan suplemen, dos yang dicadangkan bagi beta-carotene adalah sebanyak 6-15 miligram (mg) dalam sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 10,000-25,000 unit aktiviti vitamin A – kira-kira 70 peratus daripada keperluan harian wanita dan 55 peratus lelaki.
Bagi kanak-kanak, dos yang disyorkan adalah 3-6 mg setiap hari boleh diterima (5,000-10,000 unit aktiviti vitamin A, atau 50-83 peratus daripada keperluan harian kanak-kanak).
Apabila mempertimbangkan tentang pemakanan, berbincanglah dengan doktor anda mengenai keperluan individu anda dan sebarang risiko yang terlibat. Bincangkan juga mengenai faktor ubat atau gaya hidup yang mungkin mempengaruhi dos dan keperluan pengambilan beta-carotene anda.
Sebenarnya, anda boleh mendapatkan beta-carotene yang cukup melalui pemakanan anda tanpa perlu mengambil suplemen asalkan anda sedar dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Blackmores Beta Carotene Capsule 90s
RM39.90
- Beta carotene adalah prekursor vitamin A.
- Jumlah betakarotena yang diserap dan ditukar kepada vitamin A bergantung pada status vitamin A individu, simpanan badan betakarotena, dan jumlah betakarotena yang ditelan.
- Jumlah betakarotena yang ditukar kepada vitamin A berkurangan apabila simpanan badan penuh.
- Vitamin A adalah penting untuk fungsi dan pembaikan kulit yang sihat, penglihatan, untuk mengekalkan membran mukus yang sihat termasuk perut dan paru-paru.
- Ia juga merupakan antioksidan yang mengurangkan risiko kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Vitasen Vitamin C 1000mg plus Zinc & Beta Carotene 1000mg 10s
RM14.90
- Vitamin C – antioksidan yang sangat baik dan membantu dalam mencegah penyakit seperti selesema dan demam. Ia juga membantu dalam sintesis kolagen yang bermanfaat untuk kecantikan kulit.
- Zink – membantu dalam penghasilan hemoglobin dalam darah, komponen pembawa oksigen dalam darah. Zink sangat penting untuk fungsi imun.
- Beta carotene – melindungi mata daripada kerosakan

Gnc Beta-Carotene 6mg Softgel Capsule 100s
RM31.79
- Menggalakkan penglihatan yang baik
- Sebagai antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas
- Juga boleh membantu mengekalkan kesihatan rambut, kuku dan kulit
- Terutamanya bermanfaat untuk individu yang dietnya kurang buah-buahan dan sayur-sayuran
- Kapsul gel lembut yang mudah ditelan

Hovid Allvite Multivitamin With Beta Carotene 60s
RM15.89
- Vitamin asas adalah Vitamin A, B, C, D dan E, yang membantu untuk menetapkan asas kesihatan untuk badan,
- Untuk mempertahankan diri daripada kerosakan dalaman dan luaran,
- Membaiki sel badan,
- meningkatkan metabolisme badan dan memastikan kesejahteraan menyeluruh.
- Suplemen harian membantu mengekalkan fungsi badan,
- Mengelakkan kekurangan atau kekurangan akibat pengambilan makanan terpilih yang tidak mencukupi.
- Vitamin B khususnya, adalah makanan tambahan yang penting untuk orang yang terhad atau kurang pengambilannya daripada makanan seperti:
- Vegetarian – terutamanya dalam vegan yang ketat
- Pemakanan yang tidak baik pada orang tua
- Perempuan mengandung
- Picky eater untuk kanak-kanak dan remaja
- Orang yang mengalami kekurangan penyerapan Vitamin B – B2, B6, B12

Now Foods Natural Beta Carotene 25,000 I.U 9s
RM114.00
- Pemakanan Penting
- Perlindungan Antioksidan Vitamin A & E
- Makanan Tambahan
- Vitamin
- Milik Keluarga Sejak 1968
- Kualiti Terjamin GMP
- Beta Carotene ialah nutrien penting yang terdapat terutamanya dalam spesies alga dan dalam sayur-sayuran kuning, oren, dan hijau gelap.
- Ia larut lemak dan boleh berfungsi sebagai antioksidan atau ditukar kepada retinol (vitamin A) dalam badan berdasarkan keperluan fisiologi.

Bonlife Organic Oat Q10 Protect Beta Carotene Fiber Reduce Cholesterol Glucose Blood Pressure Omega 3 6 9 500g
RM90.00
- CoQ10 sangat tertumpu dalam sel otot jantung kerana keperluan tenaga tinggi jenis sel ini.
- Peranan utamanya adalah untuk membebaskan tenaga dalam sel badan.
- Beta carotene ditukar kepada vitamin A dengan cepat, yang merupakan kunci untuk penglihatan yang baik, imuniti yang kuat dan kesihatan jantung.
- Oat Q10 Protect menyediakan jumlah beta-glukan tertinggi setiap hari .
- Membantu mengurangkan atau menurunkan glukosa darah.

Biogrow ES- Vitamin E With Selenium & Beta Carotene 60s x 2
RM118.87
Biogrow ES- Vitamin E With Selenium & Beta Carotene 60s x 2 ialah formula kesihatan mata 6-dalam-1 yang digunakan secara tradisional untuk mata yang sihat. Pemakanan yang baik adalah salah satu faktor utama yang boleh menggalakkan kesihatan mata.
- Marigold, Haematococcus Pluvialis, Wolfberry (Go-Ji), Eyebright, Bilberry, Dunaliella Salina
- 10mg lutein & 2mg trans-zeaxanthin setiap kapsul
- Mengandungi astaxanthin untuk perlindungan antioksidan
- Dos yang mudah dalam SATU formula yang mudah diambil
- Tiada bahan pengawet tambahan
- Sesuai untuk vegetarian
Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Beta-Carotene
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-999/beta-carotene