kanser prostat
Kanser prostat merupakan kebimbangan kesihatan utama bagi golongan lelaki.

Prostat adalah kelenjar dalam sistem pembiakan lelaki. Ia menghasilkan kebanyakan air mani yang membawa sperma. Kelenjar bersaiz kacang ini terletak di bawah pundi kencing dan mengelilingi bahagian atas uretra iaitu tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing.

Kanser prostat merupakan kebimbangan kesihatan utama bagi golongan lelaki. Penyakit ini jarang berlaku sebelum anda berumur 50 tahun, dan pakar percaya bahawa kebanyakan golongan lelaki berumur lebih mudah mendapatkannya.

Simptom Kanser Prostat

Kanser prostat mungkin tidak menyebabkan tanda-tanda atau gejala pada peringkat awal.

Namun, bagi kanser prostat yang lebih maju, ia boleh menyebabkan tanda-tanda dan gejala seperti:

  • Masalah kencing.
  • Kurang daya dalam aliran air kencing.
  • Darah dalam air mani.
  • Ketidakselesaan di kawasan pelvis.
  • Kesakitan tulang.
  • Disfungsi erektil.

Punca Kanser Prostat

Ia masih tidak jelas apa yang menyebabkan kanser prostat.

Doktor mengetahui bahawa kanser prostat bermula apabila beberapa sel di prostat menjadi tidak normal. Mutasi dalam sel-sel DNA yang tidak normal menyebabkan sel-sel berkembang dan membahagi lebih cepat daripada sel biasa.

Seterusnya, apabila sel-sel yang tidak normal ini terus hidup, sel lain akan mati. Sel-sel abnormal ini kemudian akan terkumpul dan membentuk tumor yang boleh tumbuh untuk menyerang tisu berdekatan. Sesetengah sel yang tidak normal juga boleh pecah dan merebak (metastasize) ke bahagian badan yang lain.

Diagnosis Kanser Prostat

Seorang doktor akan menjalankan ujian pemeriksaan fizikal dan bertanyakan tentang apa-apa sejarah perubatan yang berterusan. Sekiranya pesakit mempunyai gejala, atau jika ujian darah rutin menunjukkan kadar antigen prostat tertentu (prostate-specific antigen – PSA) yang luar biasa tinggi, pemeriksaan lanjut mungkin dilakukan. Ujian ini mungkin termasuk: 

  • Pemeriksaan rektum digital (digital rectal examination – DRE), di mana seorang doktor akan memeriksa apa-apa keabnormalan prostat dengan jari mereka secara manual.
  • Ujian biomarker akan memeriksa darah, air kencing atau tisu badan seseorang dengan kanser bagi mengesan sebarang bahan kimia yang unik pada pesakit kanser.

Sekiranya ujian ini menunjukkan keputusan yang tidak normal, ujian selanjutnya akan dibuat termasuk:

  • Ujian antigen 3 kanser prostat (prostate cancer antigen 3 – PCA3) yang memeriksa air kencing untuk mengesan gen PCA3 yang hanya terdapat dalam sel kanser prostat.
  • Imbasan ultrabunyi transrektal yang menyediakan imbasan pencitraan bagi kawasan terjejas dengan menggunakan ujian yang mengeluarkan bunyi.
  • Biopsi, atau pengeluaran 12 hingga 14 keping sampel tisu kecil dari beberapa kawasan prostat bagi diperiksa di bawah mikroskop.

Ini akan membantu mengesahkan peringkat kanser, sama ada ia telah merebak ke bahagian lain dan rawatan apa yang sesuai untuk menanganinya.

Bagi mengesan sebarang penyebaran atau metastasis yang berlaku, doktor mungkin menggunakan akan imbasan tulang, imbasan CT atau imbasan MRI. 

Faktor Risiko Kanser Prostat

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser prostat termasuk:

  • Umur. Risiko kanser prostat meningkat selari dengan peningkatan umur.
  • Bangsa. Atas sebab-sebab yang belum ditentukan, lelaki berkulit gelap mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi daripada lelaki daripada kaum lain. Bagi golongan ini, kanser prostat juga lebih cenderung menjadi lebih agresif atau pada tahap yang lanjut.
  • Sejarah keluarga. Jika individu lelaki dalam keluarga anda mempunyai kanser prostat, risiko anda mungkin meningkat. Selain itu, jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan gen yang meningkatkan risiko kanser payudara (BRCA1 atau BRCA2) atau sejarah keluarga dengan penyakit kanser payudara yang sangat kuat, risiko kanser prostat anda mungkin menjadi lebih tinggi.
  • Obesiti. Lelaki obes dan didiagnosis dengan kanser prostat mungkin lebih cenderung mempunyai penyakit lanjutan yang lebih sukar untuk dirawat.

Rawatan Kanser Prostat

Rawatan adalah berbeza untuk kanser prostat peringkat awal dan lanjutan.

Kanser prostat peringkat awal

Sekiranya kanser masih kecil dan dalam kedudukan setempat, ia biasanya dirawat oleh salah satu rawatan berikut:

  • Menunggu atau mengawasi dengan teliti: Tahap darah antigen prostat tertentu (prostate specific antigen – PSA) akan selalu diperiksa, tetapi tiada tindakan segera yang boleh dilakukan. Risiko kesan sampingan kadangkala melampaui keperluan rawatan segera bagi kanser yang berkembang perlahan ini.
  • Prostektektomi Radikal: Prostat akan dibuang melalui pembedahan. Pembedahan tradisional memerlukan penginapan di hospital sehingga 10 hari, dengan masa pemulihan sehingga 3 bulan. Pembedahan lubang kunci robotik melibatkan masa rawatan dan pemulihan yang lebih pendek, tetapi ia boleh menjadi lebih mahal. Pesakit harus berunding dengan penanggung insurans mereka berkenaan dengan perlindungan yang ada.
  • Terapi Brachy: Biji radioaktif ditanamkan ke dalam prostat untuk menyampaikan rawatan radiasi yang disasarkan.
  • Terapi radiasi konformal: Rasuk radiasi dibentuk supaya kawasanr di mana mereka bertindih hampir sama dengan organ atau kawasan yang memerlukan rawatan. Ini akan mengurangkan pendedahan tisu yang sihat kepada radiasi.
  • Terapi radiasi modulasi intensiti: Rasuk dengan intensiti yang boleh diubah akan digunakan. Ini adalah bentuk terapi radiasi konformal yang lebih maju.

Pada peringkat awal, pesakit mungkin menerima terapi sinaran yang digabungkan dengan terapi hormon selama 4 hingga 6 bulan.

Pilihan rawatan bergantung kepada kes individu. Pesakit harus membincangkan semua pilihan yang ada dengan pakar urologi atau ahli onkologi mereka.

Kanser prostat lanjutan

Kanser lanjutan adalah lebih agresif dan akan merebak ke seluruh badan. Berikut adalah beberapa rawatan yang boleh dibuat.

  • Kemoterapi mungkin disyorkan, kerana ia boleh membunuh sel kanser di sekeliling badan.
  • Terapi menghalang androgen (androgen deprivation therapy – ADT), atau terapi penindasan androgen adalah rawatan hormon yang mengurangkan kesan androgen. Androgen adalah hormon lelaki yang boleh merangsang pertumbuhan kanser. Terapi ini boleh melambatkan dan bahkan menghentikan pertumbuhan kanser dengan mengurangkan tahap androgen.

Pesakit mungkin memerlukan terapi hormon untuk jangka masa panjang. 

Walaupun terapi hormon berhenti berfungsi untuk seketika, mungkin terdapat pilihan lain yang boleh dilakukan. Menyertai ujian klinikal adalah salah satu pilihan yang pesakit mungkin ingin berbincang dengan doktor.

Namun, prosedur prostektektomi radikal bukanlah pilihan untuk kes-kes lanjut, kerana ia tidak merawat kanser yang telah merebak ke bahagian badan yang lain. 

SUMBER

https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/about/what-is-prostate-cancer.html

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087

https://www.medicalnewstoday.com/articles/150086

Summary
Kanser Prostat (Prostate cancer) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kanser Prostat (Prostate cancer) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kanser prostat merupakan kebimbangan kesihatan utama bagi golongan lelaki. Penyakit ini jarang berlaku sebelum anda berumur 50 tahun.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: