Now Reading
Rabun Malam (Nyctalopia)- Simptom, Punca dan Rawatan

Rabun Malam (Nyctalopia)- Simptom, Punca dan Rawatan

rabun malam

Keadaan ini yang dipanggil sebagai ‘Nyctalopia’ oleh doktor, merupakan keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk melihat dengan baik pada waktu malam atau dalam cahaya yang sedikit. Ia bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada satu gejala bagi masalah lain seperti masalah rabun yang tidak dirawat iaitu rabun malam. 

Simptom Rabun Malam

Rabun malam adalah gejala bagi masalah mata lain yang menjejaskan penglihatan semasa pencahayaan yang malap.

Sebagai contoh, rabun malam dapat menghalang seseorang daripada melihat bintang pada waktu malam, atau melihat halangan di dalam bilik yang gelap.

Bagi mengenal pasti masalah rabun malam, pakar perubatan telah mencadangkan bagi individu untuk mempertimbangkan soalan-soalan seperti berikut: 

  • Adakah bergerak di sekeliling rumah dalam keadaan malap agak mencabar?
  • Adakah memandu pada waktu malam semakin sukar?
  • Adakah sukar untuk mengenal pasti wajah dalam cahaya malap?
  • Adakah ia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan bilik bercahaya selepas berada dalam keadaan gelap?
  • Adakah ia mengambil masa yang lama untuk melihat di dalam bilik yang gelap selepas berada dalam tempat bercahaya?

Gejala lain juga boleh terjadi dengan keadaan rabun malam. Sifat simptom ini bergantung kepada sebab lain tetapi mungkin termasuk:

  • Sakit kepala.
  • Sakit mata.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Penglihatan yang kabur.
  • Sensitif kepada cahaya.
  • Sukar melihat sesuatu yang jauh.

Punca Rabun Malam

Masalah ini berlaku kerana adanya gangguan pada sel dalam retina yang membolehkan anda melihat cahaya yang malap. Ia mempunyai banyak sebab seperti:

  • Rabun dekat.
  • Glaukoma.
  • Ubat glaukoma yang menutup pupil.
  • Katarak.
  • Diabetes.
  • Retinitis pigmentosa.
  • Kekurangan Vitamin A.
  • Keratokonus.

Bagi menentukan punca bagi masalah ini, doktor mata akan menjalankan pemeriksaan penuh. Doktor mata juga boleh mengarahkan anda menjalani ujian khusus. 

Rawatan Rabun Malam

Rawatan untuk masalah rabun malam adalah berbeza bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut.

Di samping itu, rawatannya mungkin termasuk memakai jenis kaca mata atau kanta lekap tertentu bagi membantu menyokong penglihatan yang betul.

Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi mata daripada cahaya ultraviolet yang boleh menyebabkan kerosakan mata yang lebih parah.

Seterusnya, sekiranya masalah ini berlaku kerana kekurangan vitamin A, rawatan boleh melibatkan pengambilan vitamin A kepada diet. Sumber vitamin A yang baik termasuk:

  • Telur.
  • Bijirin yang diperkayakan.
  • Susu yang diperkayakan.
  • Sayuran dan buah-buahan oren dan kuning.
  • Minyak ikan kod.
  • Sayur-sayuran berwarna hijau gelap dan berdaun.
  • Pembedahan mata mungkin diperlukan dalam kes yang lebih serius. Sebagai contoh, terapi lasik adalah sejenis pembedahan yang mengubah bentuk kornea untuk meningkatkan penglihatan. Jenis pembedahan lain mungkin dilakukan bertujuan untuk mengeluarkan katarak dari mata atau melepaskan tekanan di mata bagi rawatan glaukoma. 

Dalam sesetengah kes, rabun malam mungkin tidak boleh dirawat. Retinitis pigmentasi tidak mempunyai rawatan yang berkesan sekarang, walaupun peranti mata dan terapi tertentu boleh meningkatkan gejala dan kualiti hidup.

SUMBER

https://www.webmd.com/eye-health/night-blindness

https://www.healthline.com/health/vision-night-blindness

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324004

https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/10118-eyesight-night-blindness-nyctalopia/care-and-treatment#:~:text=Treatment%20for%20night%20blindness%20will,blindness%20is%20caused%20by%20cataracts.

error: Content is protected !!