Now Reading
3 Resepi Mee Hoon Sup Yang Dijamin Sangat Sedap!

3 Resepi Mee Hoon Sup Yang Dijamin Sangat Sedap!

mee hoon sup

Pada hujung minggu, anda pasti mencari menu istimewa untuk disajikan kepada keluarga. Nasi macam dah biasa sangat, jom kita cuba mee hoon sup.

Terdapat pelbagai variasi mee hoon sup yang wujud mengikut edaran masa. Bahan-bahan dan cara penyediaan saya gerenti tidak susah. Sesetengah variasi mee hoon sup terdapat sambal sebagai makanan sampingan untuk tambah rasa pedas bila anda hirup sup tu panas-panas.

Siap sedia dengan bahan-bahan dan perkakas anda sebab kita dah nak mula memasak!

MEE HOON SUP TULANG UTARA

mee hoon sup tulang utara

Bahan-bahan A:

  • 1 peket mee hoon
  • 1 sudu besar (atau kurang) serbuk kunyit)

Bahan-bahan B: bahan sup tulang

  • 1kg tulang (campur sikit dengan daging pejal, urat atau lemak untuk sedapkan lagi rasa)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2-3 inci halia (diketuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 1/2 sudu teh cengkih (dikisar kasar)
  • 1/2 sudu teh lada hitam (dikisar kasar)
  • 3 kuntum bunga lawing
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit daun sup
  • Air yang mencukupi (untuk tenggelamkan daging di dalam periuk. Tambahkan kuantiti bahan-bahan lain kalau anda suka kuah banyak)
  • Garam dan perasa

Bahan-bahan C: sambal merah

  • Cili kering kisar
  • Sedikit bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit bawang merah (ditumbuk)
  • Asam keping atau cuka
  • Garam dan gula

Bahan-bahan D: sampingan

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu goreng

Cara penyediaan:

  1. Mee hoon: rebus mee hoon dengan air mendidih. Tambahkan sedikit serbuk kunyit. Bila mee hoon dah lembut, bilas dengan air dan toskan dengan segera.
  2. Sup tulang: masukkan semua bahan (B) di dalam periuk. Rebus sampai daging empuk.
  3. Kemudian, taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  4. Bila sup dah siap nanti, anda boleh letak hirisan bawang merah dan putih ke dalam sup untuk lebih rasa. Boleh tinggalkan cara ini kalau tidak suka hirisan bawang-bawang.
  5. Sambal merah: tumis bawang merah dan bawang putih sebentar kemudian tuangkan cili kering kisar. Masak sampai pecah minyak.
  6. Masukkan asam keping atau cuka dengan secukupnya Taburkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau anda tak suka gula di dalam masakan berkuah, gantikan dengan sos cili. Kacau rata dan tutup api.
  7. Untuk menghidang, masukkan mee hoon di dalam mangkuk diikuti dengan bahan (D). Tuangkan sup anda yang sedap tu panas-panas, jangan lupa letak sikit sambal merah okay. Sedap dimakan masa masih panas.

MEE HOON SUP CINA

Bahan-bahan A: sup

  • 3 cawan air rebusan ayam, rendah sodium
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5cm halia (dipotong 3)
  • 1 & 1/2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu teh gula
  • 1/4 – 1/2 sudu teh minyak bijan (dipanggang, pilihan)

Bahan-bahan B: hiasan dan mee hoon

  • 180g mee telur segar
  • 2 sayur bok choy besar atau sayuran pilihan lain (sayur yang mudah dicelur kalau boleh)
  • 1 cawan ayam yang telah dimasak dan dicarik
  • 1 batang daun bawang (bahagian hijau dihiris halus, pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan (A) di dalam kuali bertangkai dengan api besar. Letakkan penutup dan biarkan ia mereneh kemudian rendahkan api kepada sederhana dan reneh lagi dalam 8-10 minit.
  2. Sementara tu, masak mee mengikut arahan dari pembungkusan.
  3. Masak sayur bok choy dengan sup tadi atau dengan air nak masak mee selama 1 minit (kalau mee tu kena rebus)
  4. Bawa keluar bawang putih dan halia.
  5. Letakkan mee di dalam mangkuk. Letakkan ayam carik dan bok choy.
  6. Sendukkan sup dan hias dengan daun bawang. Sedap dimakan dengan pes cili atau cili segar.

MEE HOON SUP AYAM PEDAS INDONESIA

mee hoon sup ayam pedas indonesia

Bahan-bahan:

  • 8 cawan air
  • 1 sudu besar garam (atau secukup rasa)
  • 1/2 paun dada ayam bersama tulang (dibuang kulit)
  • 1/2 paun paha ayam bersama tulang dibuang kulit)
  • 3/4 paun mee hoon
  • 2 batang cii jalapeno hijau
  • 7 biji bawang besar
  • 2 halia segar (dibuang kulit & dihiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji kacang badan yang dilunturkan
  • 2 sudu besar serai (dipotong)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh serbuk ketumbar
  • 5 sudu besar minyak kanola
  • 2 sudu beasr sos ikan
  • 2 sudu besar jus lemon segar
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • 3 biji telur rebus
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 cawan ketumbar segar (dihiris)
  • 3 batang daun bawang (dipotong sereng)

Cara penyediaan:

  1. Di dalam kuali api besar masukkan air untuk dididihkan. Tambah garam dan ayam, sambung rebus. Turunkan api kepada sederhana dan masak, tanpa penutup, sampai ayam masak selama 30 minit. Gunakan penyepit untuk pindahkan ayam ke atas pingganm biar sejuk. Simpan air rebusan.
  2. Rendam mee hoon di dalam air selama 15 minit. Tapi dan ketepikan. Di dalam lesung batu, tumbuk cili, hirisan bawang besar, halia, bawang putih, kacang badan, serai, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga menjadi pes. Tambah paling banyak 2 sudu air untuk mudahkan proses menumbuk.
  3. Panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali menggoreng kecil. Tambah bawang besar dan tumis sehingga garing dan keperangan, 7-10 minit. Pindahkan ke atas tisu untuk tapis minyak.
  4. Panaskan baki minyak ke dalam kuali bertangkai. Tumis pes cili sehingga naik bau selama 2 minit. Tuangkan air rebusan melalui penapis dan biarkan mendidih. Turunkan api kepada rendah dan reneh, tanpa penutup, selama 15 minit. Masukkan sos ikan dan jus lemon, perasakan juga dengan garam, lada hitam dan sambung reneh dalam 5 minit lagi.
  5. Carik ayam nipis-nipis, buang tulang. Belah dua baki cili yang ada, buang biji dan hiris halus menyerong. Untuk telur rebus pula, potong 4.
  6. Tuangkan air sebanyak 3/4 penuh di dalam kuali besar dan didih pada api besar. Masukkan mee hoon dan masak sehingga lembut, 2 minit saja. Tapis dan bahagikan sama rata ke dalam mangkuk.
  7. Masukkan juga ayam carik, taugeh, ketumbar, daun bawang dan hirisan cili sama rata dalam setiap mangkuk. Sendukkan sup di atas bahan-bahan tadi dan letakkan telur rebus dan bawang goreng. Sedia untuk dihidang!

Dah cakap dah, mee hoon ini best sangat untuk dimakan. Perbezaan bahan untuk kuah di dalam setiap resepi yang buatkan ianya unik dan berperisa. Cuba lah sendiri hari ini.

Sumber:

https://www.rasa.my/resipi-bihun-sup-utara-original-memang-sedap-mudah-masak-1/

https://www.recipetineats.com/chinese-noodle-soup/

https://www.yummly.com/recipe/Indonesian-Spicy-Chicken-Noodle-Soup-458785#directions

error: Content is protected !!