Ayam masak mentega bawang putih
Ayam mentega bawang putih yang wangi dan mengandungi sos herba dan boleh disiapkan dalam masa kurang 15 minit.

Ini adalah resepi dada ayam dimasak dalam mentega bawang putih yang wangi dan mengandungi sos herba dan boleh disiapkan dalam masa kurang 15 minit.

  • Masa penyediaan – 5 minit
  • Masa memasak – 10 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan

  • Kuali dalam (Wok)
  • Kuali leper (Skillet)

Bahan-bahan:

  • 2 dada ayam bersaiz sederhana dipotong separuh mendatar
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu kecil herba Itali 
  • Garam dan lada secukup rasa
  • Kepingan cili merah yang dihancurkan (pilihan)
  • 2 sudu mentega
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu daun parsli atau daun ketumbar yang baru dicincang

Cara penyediaan:

  • Potong dada ayam menjadi separuh untuk menghasilkan 4 filet ayam yang nipis. Perasakan ayam dengan perasa Itali (Italian seasoning), garam, lada dan kepingan cili merah hancur.
  • Panaskan 1 sudu minyak zaitun dalam kuali besar di atas api yang sederhana tinggi. Masukkan ayam dan masak selama 3 hingga 4 minit bagi setiap sisi atau hingga berwarna keemasan dan garing. Kemudian, keluarkan ayam dari kuali dan ketepikan.
  • Kurangkan api menjadi suhu sederhana rendah dan tambahkan 2 sudu mentega ke dalam kuali bersama bawang putih, ramuan segar dan secubit kepingan cili merah yang dihancurkan.
  • Masukkan semula ayam ke dalam kuali. Masak selama 1 hingga 2 minit lagi atau sehingga bawang putih menjadi keemasan dan wangi. Hidangkan bersama sedikit pasta, sayuran atau nasi.
Summary
Recipe Name
Ayam Masak Mentega Bawang Putih
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: