Now Reading
Cara Menjadikan Bawang Goreng Rangup

Cara Menjadikan Bawang Goreng Rangup

bawang goreng

Bawang goreng sangat sesuai dimakan bersama makanan seperti sup, bubur, mee, dan sebagainya. Bawang goreng menjadikan rasa makanan lebih sedap dengan kerangupan dan aromanya.

Bagi mendapatkan hasil bawang goreng yang betul-betul enak juga memerlukan cara-cara yang khusus dan betul, jika tidak bawang yang digoreng boleh menjadi hangus atau lembik.

Oleh itu, beberapa tips akan dikingsikan dan anda bolehlah mencubanya di rumah.

Tips Menyediakan Bawang Goreng

1. Kupasan dan hirisan bawang haruslah betul

Elakkan bawang daripada terkena air ketika mengupas bawang kerana air akan melembabkan bawang dan susah menjadi garing. Lap bawang dengan tisu kering setelah selesai mengupas kemudian barulah dihiris dengan halus.

2. Menaburkan garam pada bawang

Meletakkan garam pada bawang akan mengekalkan kegaringan pada bawang ketika digoreng.

3. Bawang digaul bersama tepung

Bawang akan menjadi lebih rangup jika digaul bersama tepung dan digoreng. Tepung yang boleh digunakan adalah tepung gandum, tepung beras, dan tepung jagung. Kebiasaanya, 1kg bawang boleh menggunakan 5 sudu besar tepung. Bawang perlu diperap selama lebih kurang 30 minit sebelum digoreng.

4. Goreng bawang menggunakan api sederhana

Sebelum menggoreng, anda harus memastikan bahawa minyak telah betul-betul panas. Gunakan api sederhana supaya bawang goreng rangup dan tidak hangus.

5. Kurangkan mengacau ketika menggoreng

Elakkan daripada terlalu kerap mengacau bawang ketika menggoreng kerana ia akan menyebabkan minyak meresap dengan banyak dan melemaukan bawang. Anda perlu membiarkannya sahaja sehingga naik garing di tepi.

6. Simpan bawang goreng dalam bekas kedap udara

Setelah menggoreng bawang, angkat dan toskan untuk membuang lebihan minyak. Taburkan bawang goreng di tempat yang rata dan berlapik tisu sehingga sejuk barulah masukkan ke dalam bekas.

See Also

7. Gunakan bawang yang segar

Menurut petua, bawang bersaiz sederhana adalah bawang terbaik untuk mendapatkan hasil bawang goreng yang enak. Kesegaran dan kualiti bawang yang baik juga akan menjadikan bawang lebih rangup dan manis ketika digoreng.

Kesimpulan

Demikianlah tips yang dikongsikan untuk mendapatkan hasil bawang goreng yang rangup. Anda bolehlah mencuba membuatnya sendiri di rumah tanpa perlu membeli bawang goreng yang dijual di pasar raya. Selain itu, anda dapat memakannya dengan puas ditabur bersama makanan lain seperti sup, bubur, mee, dan sebagainya. Selamat mencuba!

Sumber:

https://siraplimau.com/cara-buat-bawang-goreng-crispy-rangup-tahan-lama/

https://www.mingguanwanita.my/3-tips-penting-cara-buat-bawang-goreng-agar-tahan-lama-kekal-rangup-tak-lembik-1/

error: Content is protected !!