mee rebus terengganu

Seiring dengan tajuk, mee rebus ini sangat terkenal di Terengganu. Enak dihidangkan mee rebus semasa cuaca hujan. Bayangkan pada kesejukan hujan, dapat pula semangkuk mee rebus Terengganu yang kuahnya pekat dan mempunyai pelbagai lauk di dalamnya. Wah nikmatnya hidup.

Mee rebus Terengganu ini tidak jauh bezanya dengan resepi yang lain. Resepi ini menggunakan mee kuning. Selain itu, terdapat juga beberapa bahan lain yang digunakan sebagai bahan dalam membuat mee rebus. Tidak hairanlah rasanya sangat enak dan menjadi kegemaran ramai, kerana bahan yang digunakan pun sangat menarik.

Jom kita belajar menyediakan mee rebus Terengganu yang enak dan mudah ini menggunakan 3 resepi mee rebus yang kami sediakan di bawah!

MEE REBUS TERENGGANU MANTAP

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 4-5 ulas bawang merah (hiriskan)
  • 3 ulas bawang putih (hiriskan)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Fishball atau fishcake
  • 3/4 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Sayur (sawi/lobak/daun saderi/bunga kubis)
  • Garam
  • Air
  • Gula
  • Sedikit perasa
  • Telur
  • Serbuk black pepper

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan sedikit serbuk black pepper dan isi ayam yang telah dipotong serta fishcake mahupun fishball.
  2. Kemudian masukkan air, garam,gula,serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan sayur-sayur. Kemudian masukkan mee.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan tunggu hingga masak dan tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan dan boleh dimakan bersama keropok keping

MEE REBUS TERENGGANU DENGAN SAMBAL KICAP

Bahan-bahan mee rebus:

  • 2 paket mee kuning – di celur
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3-4 ketul dada ayam – di potong kecil
  • 8 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 3-4 biji telur
  • 1 paket fish ball
  • 1 pokok sawi
  • 1 lobak merah (di potong kecil)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Limau kasturi secukupnya

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 3-4 tangkai cili api
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cawan kicap
  • 3 sudu besar sos cili

Kaedah penyediaan mee rebus:

  1. Blend bawang merah, bawang putih & tomato. Kemudian, campur dengan serbuk lada hitam.
  2. Tumis bahan-bahan blend sehingga masak. Kemudian, masukkan ayam. Kacau seketika.
  3. Masukkan air, kiub ayam, sos cili dan sos tiram. Kacau hingga mendidih.
  4. Potong sayur-sayuran. Kemudian, masukkan lobak merah, fish ball, garam dan gula.
  5. Bila sudah mendidih, masukkan telur satu-persatu. Jangan di kacau lagi. Setelah agak telur masak, baru di kacau rata.
  6. Akhir sekali, masukkan sawi. Kacau sekejap & tutup api.

Kaedah penyediaan sambal kicap:

  1. Tumbuk bawang putih dan cili. Kemudian, campur kicap dan sos cili.
  2. Celur mee kuning sekejap. Letak dalam mangkuk.
  3. Kemudian tuang kuah yg telah masak tadi.
  4. Picit limau kasturi dan sedia untuk dimakan.

MEE REBUS TERENGGANU SEAFOOD

Bahan-bahan :

  • Mee kuning 1 bungkus.
  • Udang (secukupnya)
  • Sotong (secukupnya)
  • Kepah (secukupnya)
  • Telur (secukupnya)
  • Lada hitam 2 sudu kecil*
  • Bawang merah 3 biji*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Air secukupnya.
  • Bahan perasa.
  • 1/2 air asam jawa
  • Sayur-sayuran (Kobis, sawi madu, tomato, lobak merah, cili besar)

Tumbuk bahan-bahan bertanda *

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, jika sudah naik bau,
  2. Masukkan bahan-bahan seafood, sebatikan semua.
  3. Masukkan air, sayur-sayuran dan air asam jawa.
  4. Perasakan garam dan gula.
  5. Pecahkan telur sebiji-sebiji. Bagi masak telur, tidak perlu dikacau.
  6. Akhir sekali masukkan mee. Gaul rata. Siap.

Selamat mencuba saya ucapkan kepada sesiapa yang mahu mencuba resepi ini. Jangan lupa untuk memuat naik gambar di media sosial untuk menggiurkan ramai orang!

Sumber:

https://ilhamresipi.com/resipi-mee-rebus-terengganu-style-sedap-mudah-5-minit-dah-siap/

https://bidadari.my/resepi-mee-rebus-terengganu/

https://resepi.my/mee-rebus-terengganu/

Tagged: