resepi sup telur

Lauk berasaskan telur memang popular. Selain telur goreng mata dan telur dadar, menu sup telur adalah antara lauk legend yang menjadi kegemaran ramai. Manakala penggunaan seperti fucuk dan suhun melengkapi lagi rasanya nak menjadikan ia lebih lazat. Kini, terdapat pelbagai resepi sup telur yang boleh didapati di enjin carian atas talian.

Sesuai bagi anda yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa untuk masak terutamanya masakan malam bolehlah anda mencuba resipi ini. Masakan ini boleh jadi dinikmati begitu sahaja bersama nasi panas ataupun anda juga boleh menikmatinya bersama sambal goreng seperti ikan bilis berlada atau ayam goreng berlada. Kerana rasa pedas pada masakan tersebut sangat sesuai dipadankan bersama sup telur ini.

Jadi, jom kita lihat 3 resepi sup telur dalam perkongsian kami kali ini.

RESEPI 1 – SUP TELUR SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 6 – 7 biji telur gred B (Kalau tiada, gunakan mana-mana sahaja telur ayam yang ada dirumah)
  • 1 cekak suhun – dikerat pendek dan rendam hingga lembut
  • 60 gram fucuk – dipotong kecil dan rendam hingga lembut
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk sehingga pecah
  • Anggaran 1 sudu besar ikan bilis
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam kisar (pilihan) – kalau tak suka, tak perlu masukkan dalam masakan

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Sediakan periuk dan sedikit minyak.panaskan.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga garing sebentar.
  4. Kemudian baru masukkan air anggaran 500ml.
  5. Biarkan sup mengelegak dahulu beberapa minit.
  6. Tambahkan garam dan serbuk perasa
  7. Masukkan fucuk ,suhun, dan diikuti dengan telur sebiji demi sebiji.
  8. Tutup apabila telur telah masak.
  9. Siap! Hidangkan bersama nasi kepada anak anda.

RESEPI 2 – SUP TELUR SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:

  • Telur 5 biji (boleh juga letak berapa biji pun yang anda mahu)
  • bawang besar 1 biji *
  • baang putih 6 ulas *
  • Halia 1 1/2 inci *
  • Serai – di ketuk
  • Kentang 3 biji
  • Sayur Kobis
  • Tomato 2 biji
  • Lobak merah 1batang
  • daun sup
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam (Optional)

Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian letak 3 cawan / 4 cawan air.
  3. Kemudian letak serai, kentang dan lobak merah. Tunggu sehingga kentang dan lobak merah empuk.
  4. Setelah kentang dan lobak merah menjadi empuk, barulah masukkan kobis, sedikit garam dan 1 kiub ayam.
  5. Basuh telur sehingga bersih.
  6. Setelah dibasuh, pecahkan dan masukkan telur satu persatu. Pastikan telur tidak kacau semasa masih lembik. Tunggu sehingga telur masak baru boleh dikacau. Kacau perlahan sahaja untuk mengelakkan telur hancur.
  7. Kemudian bila dah mendidih, letakkan tomato dan daun sup.
  8. Sedia untuk dihidang.

RESEPI 3 – SUP TELUR BERSAMA KENTANG

Bahan-bahan:

  • 3 – 4 biji kentang (kupas & potong ikut citarasa, rendam)
  • 50 gram sayur brokoli (potong ikut citarasa) (boleh tambah atau tukar sayur lain)
  • 1 batang saderi (potong ikut citarasa)
  • 4-5 biji telur
  • 1 liter stok ayam/ 1 kiub pati ayam ‘Knorr’
  • Air secukupnya
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup/daun bawang (dihiris untuk hiasan)
  • Bawang goreng secukupnya (untuk hiasan)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. 
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga berbau harum. 
  3. Masukkan kentang yang sudah dipotong mengikut citarasa anda dan kacau rata. 
  4. Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu.  Bila mendidih, perlahankan api.
  5. Bila kentang separuh empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain. 
  6. Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras.  Kacau perlahan-lahan. 
  7. Tambahkan brokoli dan saderi.
  8. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. 
  9. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api. 
  10. Taburkan hirisan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Jika dihidangkan kepada anak-anak, pastinya akan emmbuka selera mereka. Sedap juga jika dimakan dengan nasi panas-panas. Mesti bertambah sampai 2 pinggan! Jadi, jangan lupa cuba ya. Selamat mencuba!

TIPS:

  • Jika anda sukakan kuah sup yang cerah, anda boleh terlebih dahulu goreng telur separuh masak dan barulah dimasukkan ke dalam kuah sup.
  • Jika anda sukakan kuah yang sedikit berkeladak dengan isi telur, pecahkan dengan berhati-hati ke dalam sup yang mendidih.

SUMBER

https://resepi.my/sup-telur/

http://sitiruqaiyah313.blogspot.com/2015/10/resepi-sup-telur-sayur-campur-dengan.html

http://zaralovebaking.blogspot.com/2018/01/sup-telur-kentang.html

Summary
3 Resepi Sup Telur Yang Sesuai Untuk Anak Anda
Article Name
3 Resepi Sup Telur Yang Sesuai Untuk Anak Anda
Description
Lauk berasaskan telur memang popular. Selain telur goreng mata dan telur dadar, menu sup telur adalah antara lauk legend yang menjadi kegemaran ramai. Manakala penggunaan seperti fucuk dan suhun melengkapi lagi rasanya nak menjadikan ia lebih lazat. Kini, terdapat pelbagai resepi sup telur yang boleh didapati di enjin carian atas talian.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: