rojak buah

Resepi kuah rojak buah adalah sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah daripada perlu membelinya. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati, murah, dan berkhasiat. Rojak buah yang dibuat dengan air tangan sendiri pastinya lebih sedap dan lebih bersih kerana dibuat mengikut cita rasa masing-masing.

Anda juga dapat menikmati rojak dengan lebih banyak dan puas kerana semuanya disediakan oleh diri sendiri. Pelbagai jenis buah boleh dicecah bersama kuah rojak seperti mangga, jambu batu, nanas, sengkuang, dan kedondong.

Resepi kuah rojak buah mempunyai beberapa versi, ada yang menggunakan belacan ataupun pes udang. Walau bagaimana pun, rojak buah yang dibuat sendiri boleh diolah mengikut kreativiti dan cita rasa sendiri. Jom lihat resepi di bawah.

RESEPI 1 – KUAH ROJAK BUAH BIASA

Bahan-bahan kuah rojak:

  • 250 ml kicap lemak manis
  • 200 gm sos cili
  • 200 gm cili kisar
  • 250 gm gula pasir
  • 250 gm gula merah
  • 50 gm sos tomato
  • Belacan (kuantiti ikut citarasa)
  • Bijan
  • Otak udang (optional)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti di atas. Bagi sukatan setiap bahan boleh mengikut cita rasa masing-masing.
  2. Campurkan kesemua bahan kuah ke dalam kuali lalu masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
  3. Setelah itu, masukkan bijan dan kacau sebati.
  4. Kesemua bahan dimasak sehingga kuah menjadi pekat dan likat. Tutupkan api dan sejukkan seketika sebelum dihidang.

RESEPI 2 – KUAH ROJAK BUAH COLEK ALA THAI

Bahan-bahan kuah rojak:

  • Gula Thai 1/2 bungkus
  • Belacan
  • Sos ikan suku cawan
  • Bawang merah 3 biji
  • Kelapa sangai
  • Garam secukup rasa
  • Kacang goreng yang dikisar
  • Serbuk cili kering kasar
  • Cili hijau 5 biji 
  • Sedikit udang kering

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masak sos ikan dengan gula Thai dan belacan.
  2. Masak sampai mendidih di atas api perlahan, tutup api.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kuah.
  4. Atas api perlahan, kacau sehingga sebati dan tutup api.
  5. Kuah rojak boleh dimakan apabila telah sejuk bersama bermacam jenis buahan.

RESEPI 3 – KUAH ROJAK BUAH TANPA PETIS UDANG

Bahan-bahan kuah rojak:

  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap lemak manis
  • 350 gm gula
  • 3 keping nisan besar
  • Sedikit belacan
  • Cili kering
  • Bijan yang disangai
  • Kacang tanah yang telah dikisar

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali kecuali bijan dan kacang tanah.
  2. Masak kesemua bahan dengan api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Setelah kuah pekat, masukkan bijan dan kacang tanah kemudia tutup api.
  4. Kuah yang telah siap, sedia untuk dimakan bersama bermacam jenis buahan.

Rasa rojak buah yang dibuat oleh air tangan sendiri pastinya lebih sedap dan diyakini bersih. Dengan resepi yang ditunjukkan dapatlah anda jadikan rujukan untuk membuat rojak buah. Selain dimakan oleh diri sendiri, anda boleh menjualnya sebagai perniagaan rojak buah secara kecil-kecilan. Selamat mencuba!

SUMBER

www.cookpad.com/my/recipes/8769840-kuah-rojak-buah

www.mediamaklumat.com

www.dkraj1zlwu7.cloudfront.net/buat-sendiri-kuah-rojak-buah-sedap-tak-letak-petis-udang/

www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fphoenixhillna.org%2Fresepi-kuah-rojak-buah%2F&psig=AOvVaw2kC_ewOVq72DdKX6EEt115&ust=1621182486631000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCLDbwseNzPACFQAAAAAdAAAAABAD

Summary
Resepi Kuah Rojak Buah Mudah Dan Sedap !
Article Name
Resepi Kuah Rojak Buah Mudah Dan Sedap !
Description
Resepi kuah rojak buah adalah sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah daripada perlu membelinya. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati, murah, dan berkhasiat. Rojak buah yang dibuat dengan air tangan sendiri pastinya lebih sedap dan lebih bersih kerana dibuat mengikut cita rasa masing-masing.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: