Resepi Stew Daging

Stew daging merupakan salah satu hidangan yang terkenal terutamanya di negara-negara barat kerana proses penyedianya yang senang. Hidangan ini biasanya dimakan bersama dengan roti dan digemari oleh orang ramai tak kira umurnya.

Jom lihat bagaimana anda di rumah boleh menyediakan stew daging yang senang ini.

Bahan-bahan:

  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang – resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum – hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.

Cara-cara

  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.

Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang terbaik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Philips Electric Pressure Cooker

RM549.00

Lebih banyak rasa, Lebih sedikit masa. Melembutkan makanan dalam beberapa minit. Dengan pelbagai program memasak, periuk tekanan elektronik Philips membantu melembutkan bahan sukar dengan masa yang cepat.

Dengan ciri tetapan memasak automatik serta pemilihan tekanan yang sesuai untuk jenis masakan, periuk ini boleh melembutkan pelbagai bahan masakan hanya dalam beberapa minit sahaja. Periuk juga memiliki fungsi menghangatkan makanan (keep warm function) untuk memastikan makanan sentiasa panas.

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Stew Daging Empuk
Author Name
Published On
Tagged: