Resepi Bakso

Resepi bakso yang benar-benar sedap adalah yang menggunakan bebola daging segar serta kuah sup tulang berisi mampat dengan daging. Ternyata, semua ini boleh dimasak sendiri di rumah!

Memang sedap dan kenyal bebola daging ini seperti yang dijual di pasar malam atau yang dijual rata-rata oleh orang Indonesia di mana bakso adalah resepi keturunan dari Indonesia tempatan.

Ada gerai yang sedap dan ada yang sederhana rasanya tetapi rata-rata pada tahap yang sederhana saja rasa bakso dagingya.

Rupa-rupanya ini rahsia resepi bakso yang akan membuatkan mulut tidak berhenti untuk menghirupnya.

Sekiranya ada yang ingin mencuba membuatnya di rumah tiada masalah. Boleh rujuk resepi di bawah ini yang dirujuk dari kawan-kawan dari Indonesia. Jom tengok resepinya.

Bahan-Bahan (Bebola Daging):

  • 500 gram daging lembu cincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 senduk tepung ubi
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  • Air secukupnya supaya adunan sebati

Langkah-Langkah Penyediaan Bebola Daging

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus. Tutup permukaan bekas dengan plastik.
  2. Lalu, masukkan semua adunan dalam peti sejuk selama 30 minit dan gentelkan adunan daging bulat-bulat membentuk bebola daging mengikut saiz yang diidamkan.
  3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola daging utnuk merebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul selepas itu tutupkan api.
  4. Bebola daging yang enak dan kenyal dah siap.

Bahan-Bahan (Sup Bakso):

  • 600 gram tulang lembu
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 bawang merah besar
  • 1 cm halia yang dihiris
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • 2 kiub daging
  • Air secukupnya lebih kurang 3-4 jag

Langkah-Langkah Penyediaan Sup Bakso

  1. Mula-mula tumbuk halia, bawang putih, bawang merah hingga lumat. Sila masukkan air, serai (diketuk), halia tulang lembu, daging yang dipotong kiub, lada hitam serta lada sulah.
  2. Kemudian, rebus kesemua bahan sehingga empuk. Jangan lupa serbuk perasa, garam dan gula saat semua sudah mendidih. Nanti memang akan merecik makan dengan bihun bakso yang empuk.

Bahan-Bahan (Sambal Bakso):

  • Segenggam cili pado merah
  • Segenggam cili padi hijau
  • 4 – 6 ulas bawang putih
  • Cuka makan
  • Serbuk perasa
  • Air rebusan daging

Langkah-Langkah Penyediaan Sambal Bakso

  1. Untuk hilangkan rasa pijar, boleh rebus cili merah dan hijau tersebut terlebih dahulu. Asingkan kedua-duanya. Untuk sambal bakso, sila tumbuk cili merah dan titiskan sedikit cuka. Tambah air rebusan daging sedikit untuk rasa yang lebih sedap.
  2. Jika kamu mahu sambal hijau, boleh tumbuk cili hijau yang direbus bersama bawang putih. Titiskan sedikit cuka sedikit dan serbuk perasa. Untuk bahan kicap, boleh guna kicap pekat sahaja okay?

Bahan-Bahan (Hiasan):

  • Kobis dipotong halus
  • Daun sup dan daun bawang dihiris halus
  • Bawang goreng

Dah siap semua, tunggu apa lagi, celurkan bihun putih, masukkan ke dalam mangkuk kosong, tambah bebola daging yang kenyal tadi, tulang lembu bersama sup kuahnya, sambal dan kicap serta sayuran segar dan akhir sekali, bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Cuma kuahnya lain tempat lain caranya. Ada yang pakai rempah-ratus untuk kuah. Caranya yang berbeza, cuma bahan utamanya sama.

SUMBER

www.daridapur.com/resepi-bakso-sedap/

www.bidadari.my/resepi-bakso-kegemaran-ramai-enak-kenyal-dan-lazat/

Summary
Resepi Bakso Mudah, Boleh Cuba Sendiri Di Rumah!
Article Name
Resepi Bakso Mudah, Boleh Cuba Sendiri Di Rumah!
Description
Resepi bakso yang benar-benar sedap adalah yang menggunakan bebola daging segar serta kuah sup tulang berisi mampat dengan daging. Ternyata, semua ini boleh dimasak sendiri di rumah!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: