respiratory syncytial virus
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus biasa dan berjangkit yang menjejaskan saluran pernafasan kanak-kanak sebelum mereka mencecah umur 2 tahun.

Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus pernafasan biasa dan berjangkit yang menjejaskan saluran pernafasan kanak-kanak sebelum mereka mencecah umur 2 tahun.

Bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak, jangkitan ini hanya menyebabkan demam biasa. Namun begitu, terdapat peratusan yang kecil daripada mereka, jangkitan RSV atau virus pernafasan ini boleh membawa kepada masalah keradangan saluran udara kecil paru-paru yang serius seperti pneumonia atau bronchiolitis sehingga boleh mengancam nyawa.

Simptom Respiratory Syncytial Virus

Tanda-tanda dan simptom jangkitan virus pernafasan ini biasanya muncul kira-kira empat hingga enam hari selepas terdedah kepada virus tersebut. Pada individu dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar, RSV biasanya mengakibatkan tanda-tanda dan simptom seperti demam dan termasuklah:

  • Hidung tersumbat atau berair
  • Batuk kering
  • Demam gred rendah
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala yang ringan

Dalam kes yang bahaya,

Jangkitan virus pernafasan ini boleh merebak ke saluran pernafasan bawah, menyebabkan radang paru-paru atau bronchiolitis, iaitu keradangan saluran udara kecil yang memasuki paru-paru. Tanda dan simptom yang terjadi mungkin termasuk:

  • Demam
  • Batuk yang teruk
  • Wheezing, bunyi nyaring yang biasanya didengari semasa bernafas (menghembuskan nafas)
  • Bernafas dengan cepat atau kesukaran bernafas. Kanak-kanak tersebut mungkin lebih suka duduk daripada berbaring
  • Warna kebiruan pada kulit kerana kekurangan oksigen (sianosis)

Bayi adalah golongan utama yang paling teruk dijejaskan oleh RSV. Anda mungkin dapat melihat otot dada anak anda dan kulitnya tertarik ke dalam dengan setiap nafas. Ia merupakan salah satu tanda bahawa anak anda sedang berusaha untuk bernafas.

Tanda dan simptom lain jangkitan virus pernafasan ini yang teruk pada bayi termasuklah:

  • Pernafasan pendek, cetek dan cepat
  • Batuk
  • Kesukaran untuk makan
  • Keletihan yang luar biasa (kelesuan)
  • Cepat marah

Kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa pulih dalam tempoh satu hingga dua minggu, namun ada pesakit yang mengalami gejala ‘wheezing’ yang berulang. Jangkitan virus pernafasan yang teruk atau boleh mengancam nyawa memerlukan rawatan di hospital. Keadaan ini boleh berlaku pada bayi-bayi pramatang atau bayi dan orang dewasa yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru.

Punca Respiratory Syncytial Virus

Penyakit ini senang dijangkiti dan ia disebarkan melalui pemindahan titisan air. Apabila seseorang yang mempunyai jangkitan virus pernafasan ini batuk atau bersin, rembesan dari saluran pernafasan mereka yang mengandungi virus itu dilepaskan ke udara.

Tambahan lagi, penyakit ini boleh bertahan selama berjam-jam di permukaan seperti meja, tangan dan pakaian, menjadikannya mudah untuk disebarkan dari satu individu ke individu yang lain.

Seseorang pesakit biasanya boleh menjangkiti individu lain selama 3 hingga 8 hari beliau dijangkiti, tetapi kanak-kanak dan individu dewasa yang mempunyai sistem imun yang lemah boleh menjangkiti individu lain sehingga 4 minggu, walaupun simptom mereka telah hilang.

Mereka yang berisiko tinggi untuk komplikasi atau simptom teruk termasuklah:

  • Bayi yang dilahirkan pramatang
  • Bayi yang berumur kurang dari 2 tahun
  • Individu dewasa yang lebih tua
  • Individu dewasa atau kanak-kanak dengan sistem imun yang lemah
  • Individu dengan keadaan jantung kongenital atau mengalami penyakit paru-paru kronik
  • Mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada seperti asma

Diagnosis Respiratory Syncytial Virus

Doktor akan mengambil tahu sejarah perubatan anda atau anak anda dan menjalankan pemeriksaan fizikal. Ini termasuklah penilaian paru-paru dan status oksigenasi, menggunakan oximetry pulse.

Biasanya doktor tidak perlu membezakan antara virus pernafasan RSV ini dan virus lain, seperti virus selesema..

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak terlalu muda, beliau akan dirawat di hospital.

Atau jika anda atau anak anda mempunyai penyakit yang lain, doktor mungkin memutuskan untuk membuat diagnosis khusus dan menjalankan ujian tambahan untuk menolak jangkitan lain.

Ia termasuklah ujian darah makmal, sinaran X-ray, dan  penilaian makmal mengenai rembesan hidung.

Faktor Risiko Respiratory Syncytial Virus

Pada usia 2 tahun, ramai kanak-kanak berisiko dijangkiti Respiratory Syncytial Virus. Kanak-kanak yang menghadiri pusat jagaan kanak-kanak atau mempunyai adik-beradik yang bersekolah, mereka semua menghadapi risiko pendedahan yang lebih tinggi. Musim virus ini, apabila wabak cenderung berlaku, ialah pada musim luruh hinggalah akhir musim bunga.

Individu yang berisiko tinggi dijangkiti virus pernafasan yang teruk atau kadang kala mengancam nyawa termasuklah:

  • Bayi pramatang
  • Kanak-kanak yang mempunyai penyakit kongenital atau penyakit paru-paru
  • Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan
  • Bayi dalam pusat penjagaan kanak-kanak yang sesak
  • Individu dewasa yang lebih tua
  • Individu dewasa yang menghidap asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik
  • Individu yang mengalami imunodefisiensi, termasuk mereka yang memiliki organ transplantasi tertentu, leukemia atau HIV/AIDS

Rawatan Respiratory Syncytial Virus

Dalam kes ringan, rawatan bertujuan untuk melegakan simptom.

Langkah-langkah untuk meningkatkan keselesaan termasuklah:

  • Menggunakan pelembap berkabus sejuk (humidifier)
  • Menggunakan mentol sedutan (bulb suction) untuk lendir
  • Meningkatkan pengambilan cecair
  • Mengekalkan kedudukan badan pada posisi tegak
  • Memasukkan titisan saline ke dalam hidung
  • Mengambil acetaminophen, jika mengalami demam

Dalam kes yang teruk, rawatan hospital yang dijalankan termasuklah:

  • Suplemen oksigen
  • Penyingkiran lendir dari saluran pernafasan
  • Intubasi dalam kes kegagalan pernafasan atau apnea yang teruk

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ubat-ubatan yang disedut seperti ‘nebulized bronkodilator’ juga boleh digunakan. Namun begitu, ubat-ubatan ini hanya memberi manfaat yang terhad dalam merawat jangkitan RSV, termasuklah bronchiolitis, dan ia tidak digunakan secara rutin.

Ubat-ubatan tersebut adalah seperti:

  • Ribavirin (Virazole), antiviral
  • Epinefrin, sama ada disedut atau disuntik, untuk membantu melegakan simptom

Jangkitan RSV mampu sembuh dalam masa 1 hingga 2 minggu, termasuklah bagi kes-kes yang teruk hingga memerlukan kemasukan ke hospital.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/respiratory-syncytial-virus/symptoms-causes/syc-20353098

https://www.webmd.com/lung/rsv-in-babies

https://www.medicalnewstoday.com/articles/301632

https://www.healthline.com/health/respiratory-syncytial-virus-rsv#:~:text=Respiratory%20syncytial%20virus%2C%20or%20RSV,RSV%20can%20be%20more%20serious.

Summary
Respiratory Syncytial Virus - Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Respiratory Syncytial Virus - Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus pernafasan biasa dan berjangkit yang menjejaskan saluran pernafasan kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: