kesukaran bernafas
Mengalami kesukaran bernafas menggambarkan rasa tidak selesa apabila bernafas dan berasa seolah-olah anda tidak dapat menarik nafas dengan sempurna. Ini boleh terjadi secara perlahan atau tiba-tiba.

Pengenalan

Mengalami kesukaran bernafas menggambarkan rasa tidak selesa apabila bernafas dan berasa seolah-olah anda tidak dapat menarik nafas dengan sempurna. Ini boleh terjadi secara perlahan atau tiba-tiba. Masalah pernafasan yang ringan seperti keletihan selepas kelas aerobik biasanya tidak termasuk dalam kategori ini.

Masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang berbeza. Malah, ia juga boleh terhasil akibat tekanan dan kebimbangan.

Jadi, ianya adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa masalah kesukaran bernafas yang kerap tetapi singkat atau secara tiba-tiba mungkin merupakan petanda bagi masalah kesihatan yang serius dan memerlukan perhatian perubatan. Justeru itu, anda harus membincangkan tetang sebarang insiden kesukaran bernafas dengan doktor anda.

Penerangan

Gejala utama bagi masalah pernafasan adalah rasa seolah-olah tidak boleh bernafas walaupun dengan oksigen yang mencukupi. Beberapa tanda-tanda tertentu termasuklah:

  • Kadar pernafasan yang lebih cepat.
  • Rasa berdehit.
  • Kuku atau bibir berwarna biru.
  • Kulit pucat atau kekelabuan.
  • Berpeluh dengan berlebihan.
  • Rasa panas dalam lubang hidung.

Hubungi perkhidmatan kecemasan jika anda mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba. Dapatkan rawatan perubatan segera bagi sesiapa yang mengalami pernafasan yang perlahan atau terhenti. Selepas memanggil 911, lakukan CPR kecemasan jika anda tahu cara melakukannya dengan betul.

Sesetengah gejala yang hadir sekali dengan masalah kesukaran bernafas boleh menunjukkan masalah yang serius. Masalah ini mungkin menunjukkan serangan angin, kekurangan oksigen atau serangan jantung. Gejala yang perlu diberi perhatian termasuklah:

  • Demam.
  • Kesakitan atau tekanan di dada.
  • Berdehit.
  • Ketegangan di kerongkong.
  • Batuk yang seperti menyalak.
  • Sesak nafas yang memerlukan anda untuk duduk secara berterusan.
  • Sesak nafas yang membangunkan anda pada waktu malam.

Penyebab yang berkemungkinan

  • Isu-isu alam sekitar

Faktor alam sekitar juga boleh menjejaskan pernafasan, seperti:

  • Alergi terhadap habuk, kulat atau debunga.
  • Tekanan dan kebimbangan.
  • Saluran udara dari hidung tersekat atau tersumbat serta mempunyai kahak di tekak.
  • Penurunan pengambilan oksigen akibat memanjat pada altitud yang tinggi.
  • Hernia Hiatal

Hernia hiatal berlaku apabila bahagian atas perut menonjol melalui diafragma ke dalam dada. Individu dengan hernia hiatal yang besar juga mungkin mengalami:

Perubahan pengambilan ubat dan gaya hidup biasanya boleh merawat hernia hiata yang kecil. Hernia yang lebih besar atau lebih kecil yang tidak bertindak balas terhadap rawatan mungkin memerlukan prosedur pembedahan.

Bila perlu menghubungi doktor

Seseorang perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya mengalami masalah kesukaran bernafas yang menyebabkan mereka berasa lemah atau jika keadaan ini berlaku bersama gejala lain seperti serangan jantung.

Sekiranya tidak, seseorang yang mengalami keadaan sesak nafas yang tidak jelas atau masalah pernafasan lain harus bercakap dengan doktor mereka untuk menentukan punca yang menyebabkan masalah tersebut.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Terdapat banyak punca yang mungkin menyebabkan masalah kesukaran bernafas. Apabila seseorang mengalami kesukaran bernafas atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka harus berjumpa dengan doktor mereka.

Pada sesi temujanji, doktor akan bertanyakan mengenai gejala lain yang anda alami. Dalam sesetengah kes, ini mungkin mencukupi bagi doktor untuk menentukan sebabnya.

Dalam kes lain, seorang doktor mungkin mahu menjalankan ujian untuk membantu mendiagnosis masalah. Ujian ini mungkin termasuk:

  • Ujian alergi.
  • Sinar-X dada.
  • Ujian paru-paru.
  • Imbasan CT.
  • Ujian spirometri dan ujian methacholine.
  • Analisis gas darah arteri.

Rawatan

Bahan yang menyebabkan masalah pernafasan dikenali sebagai pencetus (triggers). Mengelakkan pencetus ini adalah cara utama untuk mengawal alahan dan asma. Sebagai contoh, memakai topeng debu apabila melakukan kerja rumah atau kerja lapangan boleh mengurangkan pendedahan anda kepada pencetus alergi. Selain itu, dengan mengelakkan haiwan peliharaan berbulu, membasuh kain linen sekurang-kurangnya sekali seminggu, tinggal di dalam rumah semasa musim debunga sedang memuncak, dan menukar penapis pada penghawa dingin anda dengan kerap juga boleh membantu mencegah masalah yang serius jika anda mempunyai alahan.

Pengambilan ubat juga penting dalam merawat masalah pernafasan. Ubat alergi seperti antihistamin dan dekongestan mungkin memudahkan individu yang mengalami alergi untuk bernafas. Ia boleh diberikan secara oral atau melalui semburan hidung.

Di samping itu, steroid yang disedut boleh memberi kelegaan kepada sesetengah individu dengan alahan yang kronik dan sinusitis. Ubat-ubatan ini berfungsi untuk mengurangkan keradangan di saluran pernafasan. Suntikan alahan adalah satu lagi cara untuk mengurangkan sensitiviti kepada alergen dan mungkin memberi kelegaan kepada beberapa masalah pernafasan.

Seterusnya, masalah asma pula dirawat dengan ubat yang disedut atau oral yang membantu saluran udara kekal terbuka bagi mengurangkan keradangan utama di saluran pernafasan. Ubat-ubatan asma ini membantu memudahkan atau mengelakkan halangan saluran pernafasan dan pengeluaran lendir yang berlebihan. Pencetus asma mungkin termasuk:

  • Jangkitan virus (selesema atau demam).
  • Debunga.
  • Haiwan peliharaan.
  • Spora kulat.
  • Habuk.
  • Lipas.
  • Bahan pencemaran udara yang merengsakan.
  • Wangian dan asap.
  • Asap rokok.
  • Alahan makanan.

Selain itu, latihan dan cuaca sejuk juga boleh menjadi pencetus asma pada sesetengah orang.

  • Bolehkah intervensi perubatan membantu menguruskan masalah pernafasan?

Biasanya, individu hanya mencari intervensi perubatan selepas mengalami masalah pernafasan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Apabila pengambilan ubat-ubatan telah dimulakan, masalah yang berlaku memerlukan lebih banyak masa untuk sembuh.

Diagnosis yang tepat adalah penting sebelum anda dapat merawat dan mencegah masalah pernafasan. Program ubatan dan rawatan khusus yang berfungsi untuk ahli keluarga atau rakan mungkin tidak sesuai bagi masalah anda. Malah, ianya mungkin sukar untuk benar-benar memahami masalah pernafasan yang terjadi tanpa pemahaman jelas dan mendalam tentang bagaimana proses pernafasan berlaku.

Sekiranya anda mempunyai satu atau lebih simptom bagi masalah pernafasan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Tulis sebarang soalan yang ada dan dapatkan jawapannya. Langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang betul boleh membantu melegakan dan mungkin mengakhiri masalah pernafasan yang anda alami.

RUJUKAN

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324429.php# diagnosis

https://www.healthline.com/health/breathing-difficulties#other-causes

https://www.webmd.com/lung/breathing-problems-causes-tests-treatments#3

Summary
Kesukaran bernafas (Breathing difficulty)
Article Name
Kesukaran bernafas (Breathing difficulty)
Description
Mengalami kesukaran bernafas menggambarkan rasa tidak selesa apabila bernafas dan berasa seolah-olah anda tidak dapat menarik nafas dengan sempurna.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: