hidung tersumbat
Hidung tersumbat adalah keadaan yang biasa berlaku.

Pengenalan

Hidung tersumbat adalah keadaan yang biasa berlaku. Malah, setiap individu akan mengalami hidung tersumbat dari semasa ke semasa. Walaupun ianya agak menjengkelkan, namun ia bukanlah suatu penyakit yang serius.

Keadaan ini boleh terjadi apabila saluran darah di dalam hidung anda menjadi meradang dan tisu hidung anda membengkak. Hidung tersumbat juga boleh disertai dengan lendir yang berlebihan.

Penerangan

Kesesakan hidung, atau “hidung tersumbat,” adalah istilah yang merujuk kepada halangan di saluran pernafasan yang menghalang udara untuk masuk dan keluar daripada hidung. Sebaliknya, istilah “hidung berair” pula merujuk kepada pelepasan (cecair) yang datang daripada saluran hidung.

Selain itu, jenis kesesakan hidung yang paling biasa berlaku terjadi kerana keradangan dan pembengkakan lapisan tisu di saluran hidung dan sinus. Bagi kes yang jarang berlaku,  halangan dari segi anatomi (contohnya, septum hidung menyimpang, objek asing) boleh menyebabkan masalah hidung ini.

Penggunaan semburan hidung atau titisan dekongestan hidung dalam jangka masa panjang juga boleh membawa kepada masalah hidung tersumbat. Walau bagaimanapun, tumor atau keadaan perubatan kronik lain jarang menyebabkan keadaan ini.

Penyebab yang berkemungkinan

Hidung tersumbat adalah keadaan apabila hidung anda tersumbat dan meradang. Penyakit ringan merupakan penyebab hidung tersumbat yang paling biasa. Sebagai contoh, selesema dan sinus  boleh menyebabkan hidung tersumbat dan ia biasanya akan sembuh dalam masa satu minggu.

Namun, sekiranya ia berlangsung lebih lama dari satu minggu, ia selalunya merupakan simptom kepada masalah kesihatan lain. Sesetengah penjelasan untuk masalah hidung tersumbat dalam jangka masa yang panjang adalah:

• Alergi

Demam Hay

• Ketumbuhan bukan kanser, yang dikenali sebagai polip hidung atau tumor jinak di bahagian hidung

• Pendedahan kepada bahan kimia

• Perengsa alam sekitar

• Jangkitan sinus berpanjangan, yang turut dikenali sebagai sinusitis kronik

• Septum hidung yang menyimpang

Selain itu, hidung tersumbat juga boleh berlaku semasa kehamilan, biasanya pada akhir trimester pertama. Ia terjadi disebabkan perubahan hormon dan peningkatan bekalan darah semasa kehamilan.

Bila perlu menghubungi doktor

Bagi individu dewasa , anda perlu mendapatkan rawatan perubatan jika:

  • Simptom anda masih tidak sembuh selepas 10 hari.
  • Anda mempunyai demam panas.
  • Hingus anda berwarna kuning atau hijau dan anda juga mengalami kesakitan sinus atau demam. Keadaan ini mungkin menunjukkan tanda jangkitan bakteria.
  • Terdapat darah dalam hingus anda atau hingus jernih yang berterusan selepas kecederaan pada bahagian kepala.

Bagi kanak-kanak , dapatkan rawatan perubatan jika:

  • Anak anda lebih muda daripada 2 bulan dan mengalami demam.
  • Hidung berair atau hidung tersumbat pada bayi menyebabkan masalah penyusuan atau menjadikan pernafasannya sukar.

Penjagaan diri

Sebelum dan sehinggalah anda berjumpa dengan doktor anda, cuba langkah mudah ini untuk melegakan simptom:

  • Cuba menghidu, menelan atau menghembus hidung anda dengan perlahan-lahan.
  • Elakkan diri daripada pencetus alergi yang diketahui.
  • Sekiranya hidung berair atau tersumbat semakin berlarutan, terutamanya jika ia membuatkan anda bersin dan mempunyai mata yang gatal atau berair, simptom anda ini mungkin berkaitan dengan alergi. Justeru itu, pengambilan antihistamin mungkin dapat membantu. Pastikan anda mengikuti arahan pada label dengan betul sebelum mengambilnya.
  • Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, gunakan penyuntik getah secara lembut untuk menyedut sebarang cecair dari dalam hidung.

Seterusnya, untuk melegakan titisan hidung apabila terdapat air liur berlebihan (lendir) yang terkumpul di bahagian belakang kerongkong, cuba langkah berikut:

  • Elakkan bahan yang mengakibatkan kerengsaan seperti asap rokok dan situasi atau kawasan yang mempunyai perubahan kelembapan yang mendadak.
  • Minum banyak air kerana cecair membantu mengeluarkan rembesan hidung dengan lebih mudah.
  • Cuba semburan atau bilasan saline hidung.

Rawatan

Selepas doktor anda mengesahkan punca hidung tersumbat yang kronik, beliau akan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai. Rancangan rawatan ini biasanya terdiri daripada ubat-ubatan bukan preskripsi atau preskripsi untuk menyelesaikan atau mengurangkan simptom.

Ubat yang digunakan untuk merawat masalah hidung tersumbat termasuklah:

  • Antihistamin oral untuk merawat alahan, seperti loratadine (Claritin) dan cetirizine (Zyrtec)
  • Semburan hidung yang mengandungi antihistamin, seperti azelastin (Astelin, Astepro)
  • Steroid hidung, seperti mometasone (Asmanex Twisthaler) atau fluticasone (Flous Diskus, HFA Flouma)
  • Antibiotik
  • Dekongestan bukan preskripsi atau yang dipreskripsi

Jika anda mempunyai tumor atau polip hidung di dalam hidung atau sinus yang menghalang lendir daripada dikeluarkan, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/nasal-congestion#treatment

https://www.mayoclinic.org/syms/nasal-congestion/basics/when-to-see-doctor/sym-20050644

https://www.medicalnewstoday.com/articles/313808.php

https://www.medicinenet.com/nasal_congestion/symptoms.htm

Summary
Hidung Tersumbat (Nasal Congestion)
Article Name
Hidung Tersumbat (Nasal Congestion)
Description
Hidung tersumbat adalah keadaan yang biasa berlaku. Malah, setiap individu akan mengalami hidung tersumbat dari semasa ke semasa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: