anacin
Anacin (aspirin dan kafein) adalah gabungan salisilat dan perangsang. Ia berfungsi dengan mengurangkan zat-zat dalam tubuh yang menyebabkan sakit, demam, dan keradangan.

Pengenalan

Anacin (aspirin dan kafein) adalah gabungan salisilat dan perangsang. Ia berfungsi dengan mengurangkan zat-zat dalam tubuh yang menyebabkan sakit, demam dan keradangan.

Kafein digunakan dalam produk ini untuk meningkatkan kesan aspirin bagi menghilangkan rasa sakit.

Kegunaan Anacin

Anacin digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit gigi, sengugut, sakit otot, sakit artritis yang ringan, demam atau sakit badan disebabkan oleh selesema biasa.

Kadangkala, ia juga digunakan untuk merawat atau mencegah serangan jantung, strok dan sakit dada angina. Namun, ia hanya boleh digunakan untuk keadaan kardiovaskular ketika di bawah pengawasan doktor.

Cara menggunakannya

Minum ubat secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor, biasanya bagi setiap 6 jam. Sekiranya anda mengalami sakit perut semasa pengambilan ubat ini, ambil bersama makanan atau susu.

Ambil ubat ini dengan segelas air kosong (240 ml) melainkan jika doktor mengarahkan anda sebaliknya. Jangan berbaring sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini.

Sekiranya anda mengambil ubat dalam bentuk paket serbuk, larutkan serbuk pada lidah kemudian minum dengan segelas air kosong.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Anacin

Ubat ini mengandungi kafein. Elakkan daripada minum sejumlah besar minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi, teh, cola), makan coklat dalam jumlah besar, atau mengambil produk tanpa preskripsi yang mengandungi kafein.

Anda tidak boleh menggunakan Anacin jika anda mengalami gangguan pendarahan aktif seperti hemofilia.

Serta, jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak atau remaja yang mengalami demam, mempunyai gejala selesema, atau cacar air. Ia boleh menyebabkan sindrom Reye, keadaan yang serius dan kadangkala membawa maut dalam kalangan kanak-kanak.

Kesan Sampingan Anacin

Mual, muntah, sakit perut, pedih ulu hati, kesukaran tidur, atau sering membuang air kencing mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Ubat ini jarang menyebabkan pendarahan perut atau usus yang boleh membawa maut. Sekiranya anda mendapati kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi sangat serius seperti berikut, dapatkan bantuan perubatan segera:

  • najis berwarna hitam
  • sakit perut yang teruk
  • muntah berwarna gelap seperti kopi
  • mempunyai masalah percakapan
  • rasa lemah pada sebelah sisi badan
  • mempunyai masalah penglihatan secara tiba-tiba atau sakit kepala yang teruk

Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi yang teruk. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami gegata, berdehit, atau bengkak di muka, bibir, lidah atau tekak anda.

Kontraindikasi Anacin

Keadaan berikut dikontraindikasikan dengan anacin.

Keadaan:

  • tekanan darah tinggi
  • serangan jantung dalam 30 hari sebelumnya
  • irama jantung yang tidak normal
  • ulser disebabkan terlalu banyak asid perut
  • enterokolitis nekrotik
  • keradangan dan kerosakan tisu di usus besar dan usus kecil
  • penyakit hati yang teruk
  • sawan
  • sukar tidur
  • gangguan buah pinggang tahap sederhana hingga teruk
  • mastositosis sistemik
  • tahap vitamin K yang rendah
  • gout
  • anemia
  • hemofilia
  • penurunan ‘prothrombin’ protein pembekuan darah
  • gangguan pembekuan darah – penyakit von Willebrand
  • penurunan platelet darah
  • alkoholisme
  • sindrom Reye
  • purpura trombositopenik trombotik
  • polip hidung
  • ulser perut atau usus
  • kerosakan pada lapisan perut
  • masalah hati
  • pendarahan perut atau usus
  • penurunan fungsi buah pinggang
  • hamil
  • seorang ibu yang menghasilkan susu dan menyusu
  • anemia daripada kekurangan ‘pyruvate kinase’ dan G6PD
  • penyakit dos ubat berlebihan

Alahan:

  • Xanthines
  • Kopi
  • Guarana
  • Salisilat
  • NSAID (Ubat anti-radang bukan steroid)
  • Aspirin (Tartrazine sahaja)

Interaksi Anacin

Beberapa produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • acetazolamide
  • corticosteroids
  • dichlorphenamide
  • methotrexate
  • mifepristone
  • asid valproic
  • vemurafenib
  • ubat-ubatan herba; ginkgo biloba.

Sebelum menggunakan anacin, berjumpa dengan doktor sekiranya anda ada menerima vaksin tertentu dalam tempoh terdekat (seperti vaksin varicella, vaksin selesema hidup).

Ubat ini dapat meningkatkan risiko pendarahan ketika diambil bersama ubat lain yang juga dapat menyebabkan pendarahan.

Contohnya termasuklah ubat anti platelet seperti clopidogrel dan “penipis darah” seperti dabigatran / enoxaparin / warfarin, antara yang lain.

Dos Anacin

Gunakan Anacin seperti yang tertera pada label, atau seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Dos yang ditetapkan adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. Jangan tingkatkan dos atau gunakan ubat ini lebih kerap atau lebih lama daripada yang diarahkan.

Keadaan anda tidak akan bertambah baik dengan cepat, dan risiko kesan sampingan anda boleh meningkat. Jadi, gunakan dos terkecil yang berkesan.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-6349/anacin-oral/details

https://www.healthline.com/health/pain-relief/aspirin-ibuprofen

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/acetaminophen-oral-route-rectal-route/side-effects/drg-20068480?p=1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/161255

Summary
Anacin (Sakit Badan/Sengugut) : Kegunaan,Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Anacin (Sakit Badan/Sengugut) : Kegunaan,Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Anacin (aspirin dan kafein) adalah gabungan salisilat dan perangsang. Ia berfungsi dengan mengurangkan zat-zat dalam tubuh yang menyebabkan sakit, demam, dan keradangan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: