Buah Pinggang Medulla Busa
Buah Pinggang Medulla Busa (MSKD) adalah keadaan yang jarang berlaku di mana kantung kecil berisi cecair yang disebut sista terbentuk di tengah buah pinggang.

Buah Pinggang Medulla Busa (MSKD) adalah keadaan yang jarang berlaku di mana kantung kecil berisi cecair yang disebut sista terbentuk di tengah buah pinggang. Parut juga berlaku di saluran kecil buah pinggang. Air kencing bergerak di dalamnya daripada buah pinggang dan melalui sistem kencing.

Parut tersebut menyebabkan saluran kecil itu tidak dapat berfungsi dengan baik. Penyakit buah pinggang medullary busa atau ‘MSKD’ ini adalah penyakit yang berlaku pada permulaan usia dewasa.

Di samping itu, terdapat dua sub kumpulan MSKD iaitu jenis 2 (biasanya dijangkiti orang dewasa berumur 30 hingga 35 tahun) dan jenis 1 (biasanya dijangkiti orang dewasa berumur 60 hingga 65 tahun).

Simptom Buah Pinggang Medulla Busa

Simptom bagi keadaan ini kelihatan seperti simptom keadaan yang lain, sehingga menjadikannya sukar untuk membuat diagnosis. Simptomnya merangkumi:

  • pengeluaran air kencing berlebihan
  • peningkatan kekerapan membuang air kecil pada waktu malam (nokturia)
  • tekanan darah rendah
  • rasa lemah
  • ketagih garam (kerana kehilangan sodium berlebihan akibat peningkatan pembuangan air kencing)

Apabila penyakit ini merebak, kegagalan buah pinggang (juga dikenali sebagai penyakit ginjal peringkat akhir) boleh terjadi. Simptom kegagalan buah pinggang boleh merangkumi perkara berikut:

  • lebam atau pendarahan
  • mudah letih
  • tersedu dengan kerap
  • sakit kepala
  • perubahan warna kulit (kuning atau coklat)
  • gatal pada kulit
  • kekejangan atau sentakan otot
  • loya
  • tangan atau kaki tidak boleh bergerak
  • muntah darah
  • najis berdarah
  • pengurangan berat badan
  • rasa lemah
  • sawan
  • perubahan keadaan mental (kebingungan atau kewaspadaan yang diubah)
  • koma

Punca dan Faktor Risiko Buah Pinggang Medulla Busa

Buah Pinggang Medulla Busa adalah keadaan genetik dominan autosomal. Ini bermakna, anda hanya perlu mendapatkan gen daripada salah seorang sama ada ibu atau bapa anda untuk menghidap gangguan ini.

Sekiranya ibu bapa mempunyai gen tersebut, anak mempunyai peluang sebanyak 50 peratus untuk membentuk dan menghidap keadaan ini. Faktor-faktor risiko Buah Pinggang Medulla Busa termasuklah :

  • Hemihipertrofi
  • Sindrom Beckwith-Wiedemann
  • Penyakit Caroli
  • Fibrosis hepatik kongenital

Diagnosis Buah Pinggang Medulla Busa

Sekiranya anda mempunyai simptom bagi keadaan ini, doktor mungkin meminta anda menjalani beberapa ujian yang berbeza untuk mengesahkan diagnosis.

Ujian darah dan air kencing akan menjadi ujian paling penting untuk mengenal pasti keadaan ini.

– Ujian kiraan darah lengkap

Kiraan darah lengkap melihat jumlah keseluruhan sel darah merah, sel darah putih dan platelet anda. Ujian ini boleh mengenalpasti anemia dan tanda-tanda jangkitan.

– Ujian BUN

Ujian nitrogen urea darah (BUN) mencari jumlah urea,  pemecah protein yang meningkat apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

– Pengumpulan air kencing

Pengumpulan air kencing dalam tempoh 24 jam akan mengesahkan masalah kencing yang berlebihan, mendokumentasikan jumlah dan kehilangan elektrolit, dan mengukur pelepasan kreatinin. Pelepasan kreatinin akan menunjukkan sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak.

– Ujian kreatinin darah

Ujian kreatinin darah akan dilakukan untuk memeriksa tahap kreatinin anda. Kreatinin adalah produk sisa kimia yang dihasilkan oleh otot, yang mana ia disaring keluar daripada badan oleh buah pinggang anda.

Ini digunakan untuk membandingkan tahap kreatinin darah dengan pelepasan kreatinin buah pinggang.

– Ujian asid urik

Ujian asid urik akan dilakukan untuk memeriksa tahap asid urik. Asid urik adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa tubuh anda memecah bahan makanan tertentu.

Asid urik keluar daripada badan melalui air kencing. Tahap asid urik biasanya adalah tinggi bagi individu yang mempunyai penyakit ini.

– Ujian air kencing (Urinalisis)

Urinalisis akan dilakukan untuk menganalisis warna, graviti spesifik, dan tahap pH (asid atau alkali) pada air kencing anda.

Selain itu, sedimen air kencing anda akan diperiksa untuk kandungan darah, protein dan sel. Ujian ini akan membantu doktor mengesahkan diagnosis atau mengesahkan kemungkinan gangguan lain.

– Ujian pengimejan

Selain ujian darah dan air kencing, doktor anda boleh meminta anda menjalani pemeriksaan CT perut / buah pinggang.

Ujian ini menggunakan pengimejan sinar-X untuk melihat buah pinggang dan bahagian dalam perut. Ini dapat mengatasi kemungkinan punca lain yang menyebabkan simptom anda.

Doktor anda juga mungkin ingin melakukan ultrasound pada buah pinggang untuk mendapatkan gambaran sista pada buah pinggang anda. Dengan itu, doktor dapat mengetahui sejauh mana kerosakan buah pinggang anda.

– Biopsi

Dalam biopsi buah pinggang, doktor atau pakar kesihatan akan mengeluarkan sekeping tisu kecil pada buah pinggang untuk memeriksanya di makmal, iaitu di bawah mikroskop.

Ini dapat mengelakkan kemungkinan adanya penyebab lain berdasarkan gejala anda, termasuklah jangkitan, deposit yang luar biasa atau parut. Biopsi juga dapat membantu doktor menentukan tahap penyakit buah pinggang.

Rawatan Buah Pinggang Medulla Busa

Tiada penawar untuk merawat keadaan Buah Pinggang Medulla Busa. Rawatan untuk keadaan ini terdiri daripada gabungan rawatan untuk mengurangkan gejala dan memperlambatkan penyakit daripada merebak.

Pada peringkat awal penyakit ini, doktor mungkin mengesyorkan anda untuk meningkatkan pengambilan cecair anda.

Anda mungkin juga diminta untuk mengambil suplemen garam untuk mengelakkan masalah dehidrasi. Apabila penyakit itu merebak, kegagalan buah pinggang boleh berlaku.

Jika ini berlaku, anda mungkin diminta untuk menjalani dialisis. Dialisis adalah proses di mana mesin membuang sisa daripada badan disebabkan buah pinggang yang tidak berfungsi. Walaupun dialisis adalah rawatan sepanjang hidup, individu yang mengalami kegagalan buah pinggang juga dapat menjalani pemindahan buah pinggang.

SUMBER

https://www.webmd.com/kidney-stones/kidney-stone-causes#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/154193

https://en.wikipedia.org/wiki/Medullary_sponge_kidney

https://academic.oup.com/ndt/article/28/5/1111/1921616


Summary
Buah Pinggang Medulla Busa (Medullary Sponge Kidney) : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Buah Pinggang Medulla Busa (Medullary Sponge Kidney) : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Buah Pinggang Medulla Busa (MSKD) adalah keadaan yang jarang berlaku di mana kantung kecil berisi cecair yang disebut sista terbentuk di tengah buah pinggang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: