Ipoh Perak

Siapa di sini ada perancangan untuk bercuti di Ipoh, Perak tapi belum ada tentatif lengkap untuk merancang destinasi?

Jangan risau, perkongsian kali ini ditujukan khas untuk anda yang pertama kali berkunjung ke Ipoh, Perak.

Ipoh, Perak merupakan bandar utama bagi negeri Perak, juga dikenali sebagai pintu masuk ke Cameron Highlands.

Ia terkenal dengan keunikan bangunan lama di mana anda boleh menemui pelbagai jenis artifak, sejarah, batu kapur melalui “street mural” muzium dan gua.

Oleh itu, berikut merupakan antara 8 tempat menarik di Ipoh, Perak yang anda wajib kunjungi jika datang ke sini.

1. Gunung Lang

Sekiranya anda bercadang untuk meluangkan masa dengan tenang dan damai bersama keluarga jauh dari kesibukan kota, maka Gunung Lang di Ipoh adalah destinasi yang terbaik.

Dengan berlatar belakangkan bukit batu kapur yang dipenuhi dengan kehijauan yang subur dan tasik yang indah, tersembunyi Taman Rekreasi Gunung Lang yang anda boleh singgah sebentar.

Ipoh Perak

Jika anda inginkan kepuasan, anda boleh menaiki bot dengan menyusuri sungai untuk melihat keindahan tasik yang dapat membawa anda ke sana.

Di dalam tasik ini juga terdapat beberapa spesies ikan, ular dan macam-macam lagi.

Setibanya anda di Taman Rekreasi Gunung Lang, mata anda akan terpesona dengan air terjun buatan yang turun dari puncak bukit batu kapur.

Pastinya anda akan berpuas hati dengan hiasan landskap semulajadi flora & fauna!

Lokasi: Taman ini terletak di Jalan Kuala Kangsar di sebelah Lebuhraya Utara Selatan.

Masa: 08:00 pagi – 06:30 petang

2. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun merupakan taman tema yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan terletak di Tambun, Ipoh, Perak.

Apa yang menarik, taman tema ini dikelilingi dengan bukit bukau dan batu kapur yang unik.

Sekiranya anda mengimpikan sebuah percutian yang menyeronokkan bagi anda dan keluarga,  berkunjung ke Lost World of Tambun satu tempat terbaik untuk dilawati di sini.

Taman tema ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik seperti Water Park, Amusement Park, Lost World Hot Springs, Lost World Petting Zoo , Tin Valley dan macam-macam lagi.

Pendek kata, jangan risau kerana taman tema ini menyediakan pakej pelancongan lengkap untuk para pengunjung yang datang.

Rugi kalau anda bercuti di Ipoh tetapi tidak singgah di Lost World of Tambun. Pastikan anda set jam supaya tidak terlajak menghabiskan masa disitu. Percayalah, sehari memang tidak cukup!

Terletak dekat dengan taman adalah The Lost World Hotel, yang menawarkan anda penginapan mewah dengan harga yang berpatutan. Jika anda keletihan, boleh bermalam di sana.

Lokasi: Taman ini terletak di pusat bandar Ipoh dan dengan jarak 20 minit pemanduan dari Stesen Kereta Api Ipoh.

Masa: 11:00 pagi – 06:00 petang

Harga: 42 MYR

3. Art of Old Town

Seperti namanya, Art of Old Town dipenuhi dengan pelbagai karya seni jalanan yang kreatif dan menarik diukir pada dinding bangunan lama.

Ipoh Perak
IPOH MALAYSIA – 25 NOV 2015: Atmosphere at Lost World of Tambun. This Multi-Activity Theme Park offers a lots of activity and experience for family vacation

Bagi yang belum tahu, ilustrasi-ilustrasi ini dihasilkan oleh Ernest Zacharevic iaitu seorang artis jalanan yang mahir dalam lukisan mural.

Anda juga boleh mengetahui tentang keseluruhan budaya masyarakat di Ipoh seperti warisan dan sejarah tempat itu dalam masa setengah hari.

Terdapat juga penerangan yang terperinci tentang kesemua mural tersebut.

Oleh itu, jangan terlepas peluang untuk merakam gambar kenang-kenangan ketika berjalan disini.

Lokasi: Mural boleh didapati di jalan Jalan Dato Maharajalela, Jalan Tun Sambathan, Jalan Panglima, Jalan Bijeh Timah dan Jalan Bandar Timah.

4. Concubine Lane

Jika anda berada di Ipoh, ini adalah tempat wajib untuk anda pergi. Concubine Lane adalah lorong sempit yang diapit oleh rumah kedai Cina lama.

Ia dihiasi dengan payung gantung yang indah, tanglung merah yang menerangi kawasan ini pada waktu malam dan lukisan di mural yang cantik.

Anda boleh mencuci mata melihat deretan butik, kedai-kedai antik yang menarik, dan banyak kafe yang menjual kopi putih tradisional Ipoh.

Lorong ini kurang sesak selama seminggu tetapi agak penuh ketika hujung minggu kerana kebanyakan gerai dibuka untuk menjual cenderamata dan makanan khas di kawasan ini.

5. Tasik Cermin

Tasik Cermin merupakan destinasi yang menarik untuk dilawati di Ipoh, Perak. Diberi jolokan nama tasik cermin kerana terdapat pantulan tebing di dalam tasik.

Ipoh Perak

Ia merupakan sebuah tasik yang tersembunyi di sebalik batu kapur dan gunung yang tinggi dengan memiliki keindahan yang tersendiri.

Tasik ini terletak berhampiran dengan Kuil Gua Sam Poh Tong.

Untuk memasuki gua, anda harus melalui sebuah rumah terbengkalai dan mengikuti jalan yang sempit sehingga anda melihat pintu masuk gua kanan anda.

Teruskan menyusuri terowong batu kapur yang membawa anda keluar ke pinggir alam yang sangat mendamaikan ini.

6. Tokong Sam Poh Tong

Ini adalah salah satu tempat menarik di Ipoh, Perak yang anda boleh kunjungi. Tokong Gua Sam Poh Tong merupakan tokong gua tertua dan dibina dalam gua batu kapur di Gunung Rapat.

Ipoh Perak

Perkataan ‘Tong’ bermaksud gua. Selain itu, tokong ini juga mempunyai kolam yang merupakan tempat perlindungan kura-kura.

Dikatakan bahawa inilah tokong gua terbesar di negeri ini, dan merupakan suatu karya seni yang sangat mengagumkan dengan pelbagai patung Buddha yang bertebaran di antara stalaktit dan stalakmit.

Terdapat banyak kuil lain yang dapat dilihat di kawasan ini seperti:

  • Kuil Ling Sen Tong
  • Kuil Kwan Yin Tong
  • Kuil Gua Kek Look Tong

7. Ipoh Flea Market (Pasar Lambak Ipoh)

Rancang perjalanan anda sebaiknya dan pastikan hari Ahad termasuk dalam tempoh bercuti anda kerana Ipoh Flea Market hanya dibuka pada hari ahad sahaja.

Disini, anda boleh menjumpai pelbagai barangan antik yang dijual seperti duit syilinglama, mata wang lama, buku lama, pasu, kamera lama dan vintaj.

8. Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah salah satu tarikan yang membolehkan pelancong menyelami misteri masa lalu dengan lebih mendalam.

Ipoh Perak

Seluas kira-kira 4.5 km, gua ini adalah salah satu yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di sini anda dapat menjumpai tiga ruang besar serta struktur stalagmit dan stalaktit yang mengagumkan.

Selain itu, tarikan lain termasuklah aliran bawah tanah dan air terjun. Diperbuat dari lima batuan besar dan sangat kuno, ia adalah dari pembentukan batuan semula jadi yang menakjubkan.

Terdapat 4 lawatan yang dijalankan iaitu:

  • Golden Flowstone
  • Top of The World, Top of The World
  • Short River Adventure
  • Grand Tour

Setiap lawatan ini mempunyai keperluan khusus, jadi pastikan anda telah bersedia lebih awal.

 Lokasi: Gua ini terletak di Gopeng dan berjarak 24 km dari Ipoh.

 Masa: 09:00 pagi – 04:00 petang

 Harga: Bayaran bergantung kepada jenis lawatan.

Kesimpulannya, sama seperti apa yang anda impikan, Ipoh, Perak adalah salah satu tempat di Malaysia yang terbaik untuk dikunjungi.

Walaupun anda hanya di Ipoh untuk singgah sebentar, jangan ketinggalan bersiar-siar di sekitar Bandar Lama Ipoh.

Anda boleh melihat seni jalanan Ipoh Heritage Walk dan Jalan Ipoh dalam perjalanan anda.

Kami harap semoga senarai ini membantu anda untuk membuat keputusan untuk berkunjung ke Ipoh, Perak.

Sumber:

https://www.thrillophilia.com/places-to-visit-in-ipoh

https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-ipoh-malaysia/

https://www.theadventurousflashpacker.com/ipoh-attractions-things-to-do/

Summary
8 Tempat Menarik di Ipoh, Perak Yang Anda Boleh Kunjungi!
Article Name
8 Tempat Menarik di Ipoh, Perak Yang Anda Boleh Kunjungi!
Description
Siapa di sini ada perancangan untuk bercuti di Ipoh, Perak tapi belum ada tentatif lengkap untuk merancang destinasi?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: