Uptown Shah Alam

Uptown Shah Alam telah menjadi suatu tempat yang sinonim bagi penduduk Shah Alam. Kebiasaannya uptown ini akan dikunjungi oleh anak muda yang juga merupakan pelajar kolej dan universiti yang berada di Shah Alam untuk memberi barang yang murah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama rakan.

Jika anda sedang berada di Shah Alam dan mahu mencari lokasi yang menarik pada waktu malam, anda disyorkan untuk cuba singgah di Uptown Shah Alam ini. Uptown ini terletak di Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor.

Istilah Uptown dan downtown

Anda pasti pernah dengar istilah downtown, uptown, pasar malam dan sebagainya. Secara umumnya, semua istilah itu membawa maksud yang sama di Malaysia iaitu sebuah kawasan yang bertemakan bazar atau pasar malam yang sangat meriah dan dipenuhi pengunjung. Terdapat banyak gerai-gerai dari barangan hingga makanan. Barang-barang rare yang sukar didapati di tempat lain juga mudah untuk ditemui di sini. Sangat sempurnalah jika datang ke sini pada malam hari untuk menjamu selera disambil mencuci mata dan membeli barang.

Apakah perbezaan uptown dan downtown

Mengikut istilah secara geografi, uptown atau downtown adalah kawasan atau lokasi tempat tersebut terletak di dalam kawasan kota atau di pinggiran kota. Namun di Malaysia, istilah itu tidak boleh dipakai sama sekali tetapi di Malaysia uptown lebih merujuk kepada bazar atau pasar malam yang dibuka pada malam hari dan berada jauh dari bandaraya utama iaitu berada di persisiran bandar atau kota dan downtown pula ialah bazar atau pasar malam yang dibuka pada malam hari yang lokasinya berada di dalam bandar utama atau kota raya.

Nama Uptown Shah Alam Seksyen 24

Uptown Shah Alam adalah nama yang kebiasaannya orang panggil, tetapi tahukah anda uptown Shah Alam juga dikenali sebagai Pasar Muhibbah tetapi atas sebab nama ini tidak terlalu popular maka Uptown Shah Alam Seksyen 24 sahaja yang dikenali ramai.

Apa yang ada di Uptown Shah Alam

Terdapat berbagai-bagai jenis barangan yang ada dijual oleh peniaga di uptown ini. Antara barangan yang dijual ialah:

  • Tali pinggang
  • Aksesori wanita
  • Vape dan aksesori vape
  • Barangan bertemakan hobi
  • Barangan terpakai
  • Pakaian terpakai
  • Topi kepala (Cap)
  • Jersi bola
  • Aksesori telefon pintar
  • Jam tangan
  • Alat menukang
  • Pelbagai jenis tudung

Pelbagai jenis kedai makanan turut ada di uptown ini yang sudah pasti akan membuat pengunjung rambang mata. Maka, jika anda lapar pada malam hari, datang la ke kedai makanan atau medan selera di sini. Di sini, terdapat lebih puluhan peniaga yang menjual makanan yang masing-masing menyediakan makanan yang berbeza dan menarik tidak kira masakan bertemakan tempatan atau pun masakan barat, malahan makanan berasaskan jepun juga turut ada seperti sushi dan takoyaki.

Bagaimana jika hujan?

Uptown Shah Alam ini agak unik berbanding uptown yang lain di Malaysia ini. Apa yang uniknya tentang uptown Shah Alam ialah kawasannya yang berbumbung maka dengan hal ini, pengunjung dapat merasakan kelegaan untuk berkunjung di sini jika tiba-tiba hujan.

Cabaran di sini

Seperti tipikal uptown yang lain, isu paling leceh untuk ke uptown ialah parkir kereta kerana kekurangan ruangan parkir kereta di sini. Parkir di sini sangat terhad lagi-lagi ketika waktu puncak dimana ramai pengunjung yang akan datang terutama pada malam minggu yang boleh memotong perasaan atau niat untuk berkunjung ke situ. Walaupun begitu, waktu operasi uptown ini sangat lewat iaitu sehingga pukul 3.00 am pagi. Maka akan ada banyak masa untuk datang dan anda hendaklah merancang sebaiknya waktu terbaik untuk datang ke uptown ini.

Kesimpulannya, kunjungan ke uptown Shah Alam atau uptown di tempat lain pada malam hari, pasti dapat membantu anda untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan pada malam hari dengan aktiviti yang menarik dan juadah yang enak.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini, semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Sekian

Sumber:

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-shah-alam

https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-shah-alam/

https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-kl-waktu-malam/

Summary
Uptown Shah Alam: Tempat Menarik di Shah Alam untuk anda lewati!
Article Name
Uptown Shah Alam: Tempat Menarik di Shah Alam untuk anda lewati!
Description
Uptown Shah Alam telah menjadi suatu tempat yang sinonim bagi penduduk Shah Alam. Kebiasaannya uptown ini akan dikunjungi oleh anak muda yang juga merupakan pelajar kolej dan universiti yang berada di Shah Alam untuk memberi barang yang murah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama rakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: