surabaya

Untuk pengetahuan anda, Surabaya telah dinobatkan sebagai Kota Terbersih di Indonesia selama 7 tahun berturut-turut. Hebat, bukan?

Di samping itu, Surabaya yang terkenal sebagai Kota Pahlawan ini juga merupakan kota yang menyaksikan banyak peristiwa bersejarah di mana semangat rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda pada suatu ketika dahulu telah bersemarak.

Sekiranya anda ingin ke Surabaya untuk bercuti, anda haruslah kena tahu tempat yang menarik dan best untuk dikunjungi kan? Kalau tidak, tak sempurna lah lawatan anda ke Surabaya tanpa kenangan manis dari tempat-tempat menarik di negara jiran kita itu.

Mari kita lihat 5 tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda ke Surabaya nanti.

1. Taman Sakura Keputih

Taman Sakura Keputih : Harga Tiket Masuk 2021, Lokasi & Fasilitas

Taman Sakura Keputih mengetengahkan konsep taman bandar. Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk merakam video inspirasi Bollywood, inilah salah satu lokasi yang terbaik di Surabaya.

Di Taman Sakura Keputih ini, anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Sebuah taman yang sangat menyejukkan mata.

2. Museum House of Hutan Bambu dan Taman Sakura

Rute dan Harga Tiket Masuk Hutan Bambu Keputih, Spot Wisata NgeHits di  Surabaya Ala Jepang - Daka Tour

Dibangunkan pada tahun  1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda.

Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Muzium House of Sempoerna ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan.

Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.

Di tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.

3. Kya Kya Kembang Jepun

Kya Kya di Kembang Jepun Surabaya - Khas Surabaya

Terletak tidak jauh dari tarikan terkenal lain di Surabaya iaitu Jambatan Merah Plaza dan Jambatan Merah, Kya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya.

Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.

Sambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.

4. Surabaya North Quay

Harga Tiket Masuk Surabaya North Quay SNQ, Alamat Lokasi Wisata Tanjung  Perak Foto Kapal Pesiar | JejakPiknik.Com

Sudah puas melihat kenderaan-kenderaan di jalan raya? Apa kata kalau cuti kali ini anda bawa keluarga beramai-ramai ke Surabaya North Quay, bukan sahaja dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang indah dari terminal kargo pelabuhan Tanjung Perak ini, malahan anda juga dapat melihat kapal-kapal merentasi lautan tanpa henti.

Pada waktu malam pula, anda dapat melihat pemandangan langit malam yang cukup memukau, bintang-bintang yang berkelipan dan kapal-kapal yang dihiasi lampu, romantik sekali atmosferanya. Jika anda datang pada waktu malam di hujung minggu pula, anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.

Makanan? Jangan risau, cukup banyak pilihan gerai makan yang ada di sini, tepuk dada, tanya selera. Sudah puas menikmati pemandangan laut dari kejauhan, apa kata kalau anda mengikuti fun trip mengelilingi laut yang ditawarkan kapal Artama di sini?

Trip ini akan membawa anda sekeluarga mengelilingi laut untuk menikmati pemandangan tarikan hebat lain di Surabaya seperti Jambatan Suramadu dan Patung Jalesveva Jayamahe. Terasa sempurna sekali pakej yang ditawarkan Surabaya North Quay inikan?

5. Monumen Jalesveva Jayamahe

Tidak sah jika melancong ke sesebuah negara namun tidak bergambar dengan monumen-monumen pentingnya bukan? Kalau begitu, inilah salah satu monumen penting di Surabaya yang mesti anda abadikan dalam foto percutian bersama keluarga iaitu Monumen Jalesveva Jayamahe.

Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud “di lautan kita jaya” yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia.

Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia.

Bangunan dan monumen ini kelihatan cukup megah dari kejauhan, apatah lagi apabila anda mendekati dan menjejakkan kaki ke dalam bangunan muzium ini, anda sekeluarga pasti teruja melihat pameran yang tersusun rapi di dalamnya.

Terbukti, ia bukanlah sekadar sebuah kota yang meriah dengan pusat membeli-belah dan tarikan taman-taman tema, Surabaya sememangnya cukup unik dan menawarkan begitu banyak tarikan yang tidak mungkin habis diterokai dalam masa seminggu.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-surabaya/

https://zoomdglobe.blogspot.com/2017/09/trip-ke-surabaya-indonesia-jawa-timur_27.html

http://rajaazrul.blogspot.com/2015/11/jalan-jalan-surabaya-bromo-malang.html

Summary
5 Tempat di Surabaya Yang Anda Wajib Kunjungi!
Article Name
5 Tempat di Surabaya Yang Anda Wajib Kunjungi!
Description
Untuk pengetahuan anda, Surabaya telah dinobatkan sebagai Kota Terbersih di Indonesia selama 7 tahun berturut-turut. Hebat, bukan?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: