legoland malaysia

Anda mencari aktiviti seronok yang dapat dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah? Nampaknya Legoland Malaysia tempat yang anda cari-cari.

Legoland Malaysia yang dibuka pada September 2012 ini adalah taman tema keluarga bertaraf dunia di Johor. Taman tema ini  merupakan taman tema pertama Legoland di Asia.

Legoland Malaysia menawarkan banyak aktiviti mudah dan seronok yang dapat dilakukan oleh seisi keluarga. Ia dapat memberi pengalaman bercuti yang cukup istimewa buat abda.

Di sini kami kongsikan 8 aktiviti yang menyeronokkan untuk anda lakukan di Legoland Malaysia.

1. Technic® Twister

Aktiviti Technic® Twister ini boleh dilakukan seisi keluarga dengan setiap ahli mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 105cm. Namun, kanak-kanak dengan ketinggian 105cm hingga 120cm dan antara 4 hingga 6 tahun mestilah ditemani oleh orang dewasa yang bertanggungjawab.

Cipta kenangan bersama di atas permainan berputar ini dan anda boleh kawal kelajuan putaran ini mengikut suka anda!

2. LEGO® NINJAGO ™ The Ride

Dalam permainan ini, bersedia untuk menjadi ninja. Bawalah anak-anak anda untuk bermain aktiviti ini untuk manjadi Master of Spinjitzu. Menggunakan teknologi 4D termaju, anda boleh mengawal unsur api, bumi, kilat dan ais hanya menggunakan tangan untuk melawan musuh.

Sebelum bermain, jangan lupa untuk simpan dahulu barang-barang anda seperti telefon, kamera dan lain-lain ya! Kanak-kanak dengan ketinggian 80cm hingga 120cm mestilah ditemani oleh orang dewasa yang bertanggungjawab. Nak main sendiri pun boleh, tapi pastikan tinggi anak anda minimun 120cm ya!

3. Pelumba Gelombang Aquazone®

Pelumba Gelombang Aquazone® adalah satu lagi aktiviti untuk anda yang sukakan air. Jadi pelumba yang hebat dan jangan kalah dengan gelombang ombak. Jangan terkejut pula dengan bom air yang meletup di sekitar anda. Semuanya menyeronokkan!

Untuk permainan ini, anak-anak dengan ketinggian di antara 105cm hingga 130cm dan berumur antara 4 hingga 8 tahun mestil ditemani oleh orang dewasa ya! Untuk bermain sendiri pula, pemain mestilah berumur di atas 8 tahun dengan ketinggian min 130cm.

4. Legoland® Express

Ingin menjelajahi tarikan utama di taman tema Legoland, naiklah Legoland® Express. Anda akan dibawa melihat istana impian anda sambil menikmati angin sejuk dan segar.

Kanak-kanak di antara 100 cm hingga 130cm mestilah ditemani oleh orang dewasa dan untuk naik sendiri, tinggi anda kenalah min tinggi 130cm.

5. Paparan Mural LEGO® Frontliners

Mural LEGO® ini dibina oleh pekerja LEGOLAND Malaysia Resort dengan bantuan komuniti Bangunan LEGO Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada wira-wira Nation, Heroes Awesome dan Frontliner kita. Dalam masa 9 hari, 5 mural yang menggunakan lebih dari 150,000 kepingan batu bata LEGO selesai dibina.

Mural ini adalah salah satu inisiatif untuk memperingati usaha hero-hero kita yang bertungkus-lumus memerangi wabak covid-19 untuk menyelamatkan kita.

6. Sekolah Berperahu

Ingin menghadiri kelas berperahu bersama anak-anak tetapi tidak tahu di mana? Di Legoland mungkin tempat yang anda cari! Dalam aktiviti ini, anda akan mengendalikan kapal bertema LEGO® berkuasa bateri melalui perairan yang tenang hingga ke pelabuhan terakhir untuk menguji menguji kemahiran menavigasi anda.

7. Pengembaraan Kerajaan Yang Hilang

Lalui perjalan di padang pasir seisi keluarga. Anda boleh bersama-sama mencari tahu rahsia kuil kuno sambil menjalankan misi mencari harta karun menggunakan laser. Setiap pencarian yang berhasil dikira sebagai satu mata ya!

Di samping mengisi waktu percutian anda dengan bermakna, sudah pasti aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak kerana berkongsi permainan yang menyeronokkan.

8. Perlumbaan LEGO® Hebat

Perlumbaan LEGO® ini sesuai untuk anda yang inginkan pengembaraan yang mendebarkan serta menaikkan lagi tahap adrenalin. Ini adalah roller coaster realiti maya LEGO® yang pertama di dunia di The Great LEGO® Race!

Aktiviti yang menggunakan teknologi VR ini membolehkan anda menikmati fenomenal yang sepenuhnya yang terbuat dari bata LEGO® dan penuh aksi.

Walau bagaimanapun, tetamu yang berumur antara 4-6 tahun hingga 110 cm hingga 130 cm mesti ditemani oleh orang dewasa berusia 16 tahun. Nak naik sendiri pun boleh, tapi pastikan anak anda berumur di atas 6 tahun dengan ketinggian minimum 130cm ya!

Sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan di Legoland Malaysia, tapi 8 aktiviti yang kami kongsikan ini sebenarnya sudah cukup untuk memberikan anda gambaran tentang keseronokan di Legoland. Jadi tunggu apa lagi? Selamat bercuti di Legoland Malaysia!

Sumber:

https://www.malaysia-traveller.com/legoland-malaysia.html

https://www.legoland.com.my/explore/theme-park/rides-attractions

https://katongkidsinc.com/2016/06/21/top-10-activities-to-do-in-legoland-malaysia-giveaway-tickets-for-family-of-4/

https://blog.tripfez.com/best-things-to-do-in-legoland-malaysia/

Summary
8 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Legoland Malaysia!
Article Name
8 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Legoland Malaysia!
Description
Anda mencari aktiviti seronok yang dapat dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah? Nampaknya Legoland Malaysia tempat yang anda cari-cari.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: