hari jadi

5 tip bajet kecil untuk majlis hari jadi yang anda tidak terfikir untuk melakukannya. Majlis sambutan hari jadi diadakan untuk memperingati hari kelahiran yang dicapai.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, China, Mexico, Afrika, Mesir, Ireland dan Jepun, mereka berpendapat bahawa sambutan hari jadi adalah merupakan salah satu budaya yang wajibbagi negara mereka di mana majlis hari jadi perlu disambut, kek wajib disediakan, dan tetamu harus membawa hadiah bagi memeriahkan lagi hari pemilik majlis.

Tip bajet kecil untuk majlis hari jadi.

Tip bajet kecil untuk majlis hari jadi yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Sediakan kad undangan untuk tetamu anda

Anda perlu menyediakan kad undangan untuk tetamu yang bakal anda jemput. Jika anda mempunyai bajet kecil untuk majlis hari jadi di rumah, anda perlu menjemput tetamu dalam bilangan kecil.

hari jadi

Anda digalakkan untuk menjemput tetamu yang betul-betul perlu wujud semasa sambutan diadakan.

Jika anda memilih untuk menggunakan kad undangan secara digital, anda hanya  perlu menaip ayat ringkas dan muktamad dan hanya perlu secara  terus secara e-mail atau mesej.

Nampak mudah, tapi sebenarnya ia lebih realistik dan lebih menjimatkan kos dan masa.

Jika anda memilih untuk menggunakan kad undangan cetak, anda boleh reka sendiri atau anda boleh mengambil ayat yang sedia ada di laman sesawang seperti pinterest.

Tapi perlu diingatkan, anda sedang bercadang untuk menyiapkan majlis hari jadi bajet yang setimpal dengan bajet yang ingin anda keluarkan.

  1. Pilih konsep dan tema majlis

Pilih konsep dan tema majlis yang sesuai dengan jiwa anda atau pilih tema yang anda suka yang perlu direalisasikan. Jika anda atau anak anda minat tema superhero ,tidak semestinya anda harus membeli patung betul dan peralatan berkaitan untuk majlis anda selari dengan konsep.

hari jadi

Persediaan dekorasi  paling ringkas ,cepat dan mudah di selenggara apabila tamatnya majlis adalah dekorasi belon-belon, bunga-bunga plastik, dan wangian. Yang paling penting, kemas dan teratur. Biarpun sederhana, asalkan ada kenangan buatan daripada hasil tangan anda .

  1. Buat majlis hari jadi di rumah

Buat majlis hari jadi di rumah lebih menjimatkan. Tidak perlu mengeluarkan wang beratus-ratus atau beribu-ribuan untuk menyewa tempat. Anda boleh sahaja jadikan laman rumah anda sebagai tempat untuk menyambut hari jadi.

Jika di kawasan laman anda kecil, anda boleh buat di ruang tetamu rumah anda. Ia kelihatan ringkas tapi sangat bermakna. Sambutan majlis di rumah lebih bebas dan peribadi.

Anda bebas untuk membuat keputusan untuk aktiviti-aktiviti bagi memeriahkan majlis sambutan hari jadi seperti permainan ‘treasure hunt’.

Musim pandemik korona virus semakin berleluasa, maka kerajaan mewajibkan semua duduk di rumah untuk memastikan keadaan tersebut terkawal. Oleh sebab itu, tidak bermakna anda tidak boleh menyambut hari jadi. Anda masih boleh menyambut hari jadi secara alam maya seperti ‘Zoom’ dan Google Meet’. Walaubagaimanapun, hadiah masih boleh dihantar melalui kurier penghantaran yang anda percayai.

  1. Pilih tarikh dan masa sesuai

Jangan risau, makanan ringan adalah perkara yang biasa disediakan dalam majlis seperti kentang goreng ,ais krim Malaysia dan snek ringan .Itu pun sudah cukup menggembirakan hati tetamu.

Sekiranya majlis anda bermula pada jam 6 petang, maka anda perlu sediakan makanan berat yang mengambil kos besar untuk menyediakan. Perkara yang sama berlaku sekiranya anda mengundang orang pada waktu makan tengah hari, maka mereka akan mengharapkan makanan berat disediakan.

  1. Bakar dan dekorasi sendiri kek hari jadi
hari jadi

Jika anda masih tidak mampu untuk buat kek sendiri, anda boleh beli tepung kek segera.

Jika rasa tepung kek segera tidak cukup untuk tampung tetamu, maka anda hanya perlu beli barang-barang mentah buat kek dan minta kawan anda buatkan.

Anda hanya perlukan kos bawah RM 100 hanya untuk bahan mentah buat kek coklat:

Jenis item yang perlu dibeliKuotaHarga (RM)
Tepung gandum bunga ros12.3
Serbuk penaik23.6
Serbuk soda berkarbonat22
Serbuk koko jenama meriah234
Gula halus12.8
Susu pekat keluarga24.08
Air panas
Telur 10 biji16
Minyak masak saji14
‘Topping’ kek20
Marjerin pelangi16
Jumlah84.78

Secara kesimpulan, demikian 5 Tip bajet kecil untuk majlis hari jadi adalah sangat berkesan jika anda mempraktikkan cadangan di atas dan bijak mengatur perjalanan majlis sambutan tersebut.

Paling utama, anda perlu menyediakan kad undangan untuk tetamu anda. Anda harus memilih konsep dan tema majlis selari dengan bajet yang anda mampu.

Seterusnya, antara pilihan terbaik adalah anda mengadakan majlis hari jadi di rumah . Anda juga perlu bijak memilih tarikh dan masa sesuai untuk memastikan bajet untuk makanan mencukupi untuk tetamu.

 Jika anda mempunyai kemahiran dalam penyediaan dan pembuatan kek, anda disarankan bakar dan dekorasi sendiri kek hari jadi .hasil air tangan tampak lebih bermakna jika tuan majlis turun padang bersengkang mata untuk pastikan kek menjadi seperti yang diimpikan.

SUMBER:

Https://family.lovetoknow.com/cultural-heritage-symbols/birthday-traditions-around-world

Https://www.goodhousekeeping.com/life/g31818776/quarantine-birthday-party-ideas/

Https://www.ramseysolutions.com/budgeting/birthday-party-ideas

Tagged: