Now Reading
Tips Memilih Kad Jemputan Kahwin

Tips Memilih Kad Jemputan Kahwin

kad jemputan kahwin

Dalam sesebuah majlis perkahwinan, kad jemputan kahwin pastinya menjadi perkara yang paling penting. Kebiasaannya, kad jemputan kahwin akan diedarkan sebulan atau dua bulan awal sebelum majlis berlangsung. Kad jemputan adalah lebih praktikal berbanding jemputan secara lisan. Hal ini kerana, pada kad jemputan, perkara penting seperti alamat dan tarikh akan turut dicetak.

Jom kita lihat tips-tips untuk memilih kad kahwin.

  1. Gunakan kertas yang murah

Kad kahwin yang terdapat di pasaran biasanya dijual mengikut jenis dan kualiti kertas. Jika anda mahu menjimatkan bajet, terdapat beberapa jenis kertas yang boleh anda gunakan. Antaranya ialah, kad manila, kertas lukisan dan kertas kraf. Anda boleh mencari dan membeli kertas-kertas ini secara atas talian, yang menjaminkan harga yang lebih murah dan berpatutan. Jika anda mempunyai tema yang tertentu, anda boleh membeli kertas kraf atau kad manila, kerana dua jenis kertas ini didatangkan dengan warna yang pelbagai. Jadi bolehlah anda membeli sesuai dengan tema yang dirancang.

  1. Design kad jemputan kahwin menggunakan software

Biasanya penjual akan mengenakan cas untuk design kad kahwin anda, jadi anda boleh kurangkan kos tersebut dengan design sendiri kad jemputan kahwin anda. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer. Jika anda mahir menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, anda telah mendapat satu bonus. Namun bagi mereka yang tidak mahir menggunakan software ini, jangan risau kerana anda juga boleh menggunakan Microsoft Word ataupun PowerPoint, tambahan lagi ada juga software tambahan seperti Canva dan Crello. Di bawah, kami kongsikan beberapa tutorial untuk membuat kad jemputan anda.

  • Cara Mereka Kad Kahwin Di Microsoft Word (link)
  • Template Kad Kahwin Percuma Download (link)
  • Buat Kad Kahwin Anda Sendiri! (Basic) (link)
  • Tentukan jumlah kad jemputan kahwin

Selepas selesai dengan design tersebut, anda perlu mengetahui jumlah kad jemputan yang perlu anda sediakan. Semakin banyak jumlah kad yang perlu dicetak, semakin tinggi kos pencetakan nanti. Jadi bincang dahulu dengan ahli keluarga untuk menanyakan pendapat mereka berkaitan jumlah yang diperlukan. Selalunya ibu bapa lebih arif dalam bajet jumlah kad jemputan.

  1. Mencetak kad

Jika majlis perkahwinan anda dibuat dalam skala yang kecil, misalnya dalam 200 orang sahaja, jadi eloklah untuk anda mencetak kad tersebut sendiri. Pastikan anda mampu mencetak kad tersebut sebelum kad tersebut perlu diedarkan. Antara alat yang diperlukan untuk mencetak kad jemputan sendiri ialah:

  • Komputer
  • Printer warna
  • Ink cartridge warna
  • Gunting
  • Pisau
  • Cutting mat
  • Pembaris besi
  • Stok kertas

Cetak pada kertas A4, dan dipotong kepada 3 bahagian untuk saiz 4” X 6” atau 4” X 8”. tentukan saiz ikut kemahuan anda. Namun, jika anda risau anda tidak mampu mencetak sendiri, atau risau cetakan tidak menjadi kemas, anda boleh pergi ke kedai percetakan. Di kedai percetakan, anda boleh mengupah mereka untuk memotong kad jemputan itu sekali. Survey dahulu kedai-kedai percetakan yang terdapat di kawasan anda. Jika boleh dapatan sebut harga, senang untuk membuat perbandingan kedai mana yang lebih berbaloi untuk anda laburkan duit anda.

  • Menghias kad kahwin

Bagi tetamu yang istimewa, seperti rakan, majikan, dan ahli keluarga anda boleh memberikan kad jemputan yang istimewa, namun di bawah kos yang rendah hanya memerlukan hiasan anda sendiri. Anda sendiri tahu bahawa jumlah tetamu istimewa ini tidak ramai, jadi anda boleh DIY sendiri kad tersebut untuk kelihatan lebih eksklusif.

  • Sampul kad jemputan

Terdapat sesetengah kedai yang memberikan sampul kad jemputan secara percuma, namun terdapat juga sampul lain yang boleh anda buat jika anda tidak mahu menggunakan sampul biasa yang agak bosan. Beli kertas nipis pelbagai corak, letak di bahagian tengah atau bawah kad. Kertas yang boleh digunakan adalah seperti ketas alas kek.

Malah, anda boleh mengikat kad anda dengan reben atau tali jerami yang cantik. Semua barang ini dapat diperolehi di kedai ECO atau Mr DIY, yang pastinya memberi jaminan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Jadi, sudahkah anda membuat keputusan kad kahwin bagaimana yang ingin anda pilih? Apapun, semoga tips ini dapat membantu anda.

Sumber:

  1. https://yanaderoseslifestory.blogspot.com/2017/03/tips-memilih-kad-kahwin-murah.html
  2. https://bidadari.my/kad-jemputan-kahwin/
error: Content is protected !!