kek hari jadi

Hari kelahiran atau hari jadi merupakan suatu detik yang menjadi titik sejarah dan momen istimewa bagi seseorang individu. Tidak kisah mahu membeli atau buat sendiri kek tersebut, apa yang pasti jenis kek yang mana yang mampu menawan hati seseorang itu. Terdapat banyak jenis kek hari ibu yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai kek, namun sebelum membeli, penting untuk anda ketahui hal berikut:

  • Perisa kek kegemaran  
  • Corak kesukaan
  • Dessert tambahan
  • Tekstur kek kegemaran

Dengan mengetahui hal ini, ia akan memudahkan urusan anda untuk membeli kek sempena hari jadi. Terapat 10 jenis kek hari jadi yang boleh anda beli atau buat sendiri.

  • Kek coklat moist

Imej dari daridapur

Kek coklat moist atau kek coklat kukus adalah pilihan tepat seluruh keluarga. Daripada anak kecil, sehinggalah ke orang dewasa, semua pasti menyukai kek coklat moist. Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh hias dengan coklat atau buah-buahan.

  • Kek red velvet

Imej dari tokopedia

Jika ibu minat dengan kek berperisa red velvet, jadi kek red velvet sesuai untuk diberikan kepada ibu. Hiaskan dengan fondant dan krim untuk menaikkan seri kek tersebut. Apa yang penting rasa kek tersebut, red velvet. Selain itu, jika ibu tidak ada rasa kegemaran yang khusus untuk kek, tetapi minat dengan warna merah, jadi anda boleh belikan kek red velvet.

  • Kek buah kukus

Imej dari instagram

Daripada apa yang kami tahu, kebanyakan para ibu gemar dengan kek buah kukus. Kek buah bukan sahaja sedap masalah berkhasiat. Cara membuat kek ini juga tidak susah dan tidak memerlukan kos yang banyak.

  • Nutella cheese tart

Imej dari akubai

Bagi penggemar nutella dan cheese, bolehlah anda dapatkan kek nutella cheese tart sempena hari ibu. Kek ini tentunya lain daripada yang lain, dengan rasa unik yang akan menaikkan lagi selera dan rasa pemakan.

  • Brownies hari ibu

Imej dari instagram

Jika ibu anda bukanlah penggemar kek, jangan risau, anda boleh belikan ibu anda brownies. Kek tidak terlalu padat seperti brownies, makan banyak kali pun tidak akan berasa muak. Untuk menampakkan brownies lebih cantik, tambahkan buah-buahan seperti strawberi, anggur dan coklat.

  • Kek Buah-Buahan

Imej dari salamtoday

Jika tadi kita telah lihat kek buah kukus, sekarang kita akan kupas berkaitan kek buah segar. Jika kek buah kukus telah mengandungi banyak khasiat, jadi kek buah segar pastinya mempunyai khasiat yang berlipat ganda. Jika anda bercadang untuk membeli kek buah segar, pastikan anda membelinya dalam saiz yang besar, biar semua dapat merasa.

  • Kek jelly

Imej dari salamtoday

Kek hari ibu yang berkonsepkan jelly ini sangatlah unik dan menarik serta menjimatkan kos jika anda mahu membuatnya sendiri. Untuk membuat kek ini, anda memerlukan bajet yang sangat rendah, tapi jika anda tidak tahu cara untuk membuatnya pasti ada mereka yang menjualnya, jadi anda hanya perlu membeli.

  • Kek cheese

Kek cheese menjadi kegemaran setiap wanita dan lelaki. Kek boleh dihias dengan pelbagai cara untuk mencantikkan lagi kek seperti menggunakan fondant, buah, bunga dan coklat. Namun, bagi ibu bapa yang lebih berusia mereka kurang gemar dengan makanan yang berasaskan cheese, jadi ketahui dulu cita rasa mereka.

  • Kek kopi atau kek tiramisu

Kek kopi atau tiramisu adalah kek yang menjadi kegilaan ramai, bukan sahaja kurang merasa muak malah mempunyai bau yang wangi dan segar. Bagi ibu yang gemarkan kopi, dan teh kek ini adalah pilihan yang tepat untuk dibelikan atau dibuat sempena hari ibu

  • Kek nombor

Bersempena dengan hari jadi, anda boleh buat sendiri atau tempah berasaskan corak nombor, sesuai dengan usia. Untuk memeriahkan lagi rupa bentuk kek tersebut, anda boleh menambah dekorasi seperti buah, coklat atau macaroon.

Tidak kisahlah jika anda mahu membuat atau membeli kek sempena hari jadi, apa yang penting mulakan perancangan anda lebih awal. Risau jika tidak dimulakan dengan awal, anda tidak mampu menyiapkannya pada hari yang dikehendaki.

Sekiranya anda mahu menempah kek, anda boleh menempah di mana-mana kedai kek yang terdapat di kawan anda. Maklumkan sekali jenis kek, serta design yang anda inginkan. Ibu pasti teruja melihat kek yang kita sediakan sempena hari ibu.

Sumber:

  1. https://new-linker.info/idea-idea-hadiah/101-idea-yang-menarik-untuk-kek-hari-jadi-kanak/
  2. https://bidadari.my/kek-hari-ibu/
Tagged: