sotong goreng kunyit

Sotong goreng kunyit adalah hidangan yang diajarkan oleh ibu saya sebagai hidangan mudah namun menyelerakan untuk dihidang atas meja makan. Rasa kunyit pada menu sotong goreng kunyit ini memberikan rasa unik yang menaikkan rasa dan tekstur sotong itu.

Cara tradisionalnya adalah dengan menggunakan semua bahan yang akan saya senaraikan kecuali telur, dan hasilnya sotong akan menjadi lebih basah dan kurang padat. Saya telah mengubahnya sedikit dengan menambah telur untuk menebalkan tekstur sotong supaya menjadi rangup namun semua ini terpulang kepada cita rasa anda sendiri.

Saya masih berfikir tentang sotong yang saya makan di Sabah. Hal ini kerana, sotongnya sangat besar. Sekiranya sotong itu besar, ia biasanya mempunyai tekstur yang lebih baik kerana lebih kenyal dan empuk.

Terdapat beberapa kekeliruan mengenai perbezaan antara sotong dengan sotong calamari. Ada yang mengatakan calamari adalah sotong yang dimasak dan merupakan perkataan Itali untuknya. Ada yang mengatakan tidak ada perbezaan. Ada yang bersungguh menyatakan perbezaan kelembutan yang jelas antara dua jenis sotong itu. Saya sendiri agak keliru.

Walau apa pun, cara termudah dan senang untuk membezakan dua jenis sotong adalah dengan melihat bahagian atas mereka. Sayap sotong calamari, atau kepaknya lebih panjang dan lebih berbentuk segitiga keseluruhan badan mereka. Manakala sotong biasa mempunyai kepak runcing yang lebih kecil di hujungnya. Namun hasil keduanya ialah cincin sotong lembut yang menyerap rasa kunyit, dan merupakan lauk yang sangat sesuai serta menyelerakan untuk dinikmati bersama nasi panas.

Sekarang, jom kita lihat resepi yang dikongsikan di bawah dan bolehlah dicuba di rumah ya.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong, dibersihkan dan dipotong menjadi cincin
  • 1/4 bawang kuning, dihiris
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur, pukul (pilihan)

Cara-cara memasak sotong goreng kunyit:

1) Sediakan sotong dengan sewajarnya mengikut bilangan ahli keluarga dan bilas hingga bersih. Keringkan dengan tuala kertas.

2) Di atas api sederhana tinggi, tumis bawang hingga layu dan naik bau.

3) Masukkan cincin sotong, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

4) Didihkan lebih kurang 5 minit sehingga semua cecair menguap dan pastikan sotong telah masak.

5) Tuangkan telur yang telah dipecahkan dan pukul terus sehingga pekat. Gaul sebati dengan sotong yang telah masak serta goreng dalam masa 2 minit.

6) Hidangkan dan nikmatilah semasa masih panas.

Sotong goreng kunyit merupakan menu simple yang mampu membuatkan anda bertambah sampai dua pinggan nasi. Kalau nak sotong goreng kunyit yang sedap, jangan lupa ikut resepi yang disediakan ni ya. Selamat mencuba!

Sumber:

1)  https://thecookingjar.com/turmeric-squid-stir-fry/

2) http://www.malaysiabest.net/2008/03/25/recipe-sotong-kunyit-tumeric-squid/

Tagged: