nasi goreng biasa

Nasi goreng biasa tidak lari dengan makanan simple harian kita. Penat dengan tugasan kerja seharian, jadi resepi mudah yang mengambil masa 10 minit ini menjadi kawan baik dikala lapar.

Nasi goreng biasa selalunya dijadikan sarapan pagi kerana ia mudah dan cepat untuk disediakan. Sesuailah bagi mereka yang perlu bergegas ke tempat kerja dan tidak mempunyai masa yang banyak di dapur pada waktu pagi.

Ia juga menjadi resepi pilihan bagi gadis-gadis dan orang-orang bujang yang baru mahu belajar memasak. Yelah, resepinya yang mudah menjadi pilihan kerana senang untuk disediakan oleh mereka ynag tidak begitu handal di dapur.

Mari belajar 3 resepi nasi goreng biasa ini supaya dapat dimanfaatkan ketika waktu lapar.

NASI GORENG BIASA STYLE KAMPUNG

Bahan-bahan:

  • 7 cawan nasi putih ( untuk hidangan 4 orang makan)
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 biji bawang merah 
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan 
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Sayur pilihan (kangkung lagi best )
  • 1 cawan ikan bilis (dikopek)
  • 1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan gula

Kaedah penyediaan:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu kemudian asingkan ketepi.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Tumbuk hingga sebati.
  3. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur dan ayam yang dipotong kecil, kacau sampai rata.
  5. Masukkan nasi, gaul sampai rata kemudian masukkan garam, gula, dan sos tiram.
  6. Kacau 4-5 minit, kecilkan api kemudian masukkan sayur dan ikan bilis yang digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya (*boleh tambah telur mata untuk jadikan lauk tambahan)

NASI GORENG BIASA STYLE CINA

Bahan-bahan:

  • Minyak untuk menumis
  • 3 cawan nasi (untuk hidangan 2 orang makan)
  • 2 biji telur
  • sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • Lada sulah secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bahan tersebut.
  2. Masukkan sos tiram dan masukkan sayur campur.
  3. Kacau sehingga sayur agak lembut.
  4. Letak sedikit garam kemudian masukkan telur dan kacau.
  5. Masukkan nasi kemudian ratakan hingga sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

NASI GORENG BIASA SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi
  • 2 helai daun sawi
  • Sedikit kubis (dipotong nipis)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu cili kering (dikisar)
  • 1 sudu kicap lemak masin
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak

Bahan untuk ditumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar ikan bilis

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk dan cili kering yang dikisar.
  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata.
  4. Seterusnya, masukkan sayur kubis dan sawi yang dah dipotong.
  5. Kemudian gaul serata sehingga sayur tersebut menjadi agak layu.
  6. Masukkan nasi kemudian gaul serata.
  7. Masukkan sedikit kicap dan gaul sampai rata bersama bahan-bahan diatas.
  8. Ketepikan nasi ditepi kuali kemudian pecahkan telur. Kacau telur hingga hancur.
  9. Gaulkan nasi bersama telur yang hancur tadi hingga rata.
  10. Perlahankan api kemudian gaul lagi semua bahan tersebut untuk 4-5 minit.
  11. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Wah, mudah saja kan cara untuk menyediakan kesemua resepi diatas! Kos untuk menyediakan nasi goreng biasatersebut tidaklah terlalu mahal kerana tidak melilbatkan makanan laut, hanya berlaukkan ayam dan telur, dan juga beberapa bahan lain.

Nasi goreng ini juga boleh dijadikan bekalan untuk ke tempat kerja untuk menjimatkan kos makan tengah hari. Sesuai juga dijadikan sarapan pagi ataupun hidangan ketika anda lapar sewaktu tengah malam.

Oleh itu, anda jangan lupa cuba ketiga-tiga resepi nasi goreng biasa yang kami kongsikan di atas ya. Selamat mencuba dan selamat menikmati hidangan nasi goreng biasa yang enak!

Sumber:

https://therecipecritic.com/easy-fried-rice/

https://chefsavvy.com/the-best-fried-rice/

https://www.maggi.my/en/recipes/chinese-fried-rice/

https://listikel.com/resepi-nasi-goreng-terlajak-sedap-macam-di-kedai/

https://resepichenom.com/resepi/nasi-goreng-cina/show

Summary
Nasi Goreng Biasa: 3 Resepi Dijamin Menggiurkan Anda
Article Name
Nasi Goreng Biasa: 3 Resepi Dijamin Menggiurkan Anda
Description
Nasi goreng biasa tidak lari dengan makanan simple harian kita. Penat dengan tugasan kerja seharian, jadi resepi mudah yang mengambil masa 10 minit ini menjadi kawan baik dikala lapar.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: