9 Hand Mixer Terbaik Buat Semua Yang Gemar Membuat Kek atau Pencuci Mulut!
Mempunyai hand mixer adalah sangat berguna jika anda mahu mengacau bahan dengan mudah serta tidak memerlukan mixer biasa yang biasa dan perlu dikeluarkan daripada almari atau sebagainya.

Mempunyai hand mixer atau pengadun tangan adalah sangat berguna jika anda mahu mengacau bahan dengan mudah serta tidak memerlukan mixer biasa yang biasa dan perlu dikeluarkan daripada almari atau sebagainya. Ia ringan, mudah disimpan serta juga lebih mudah untuk dibersihkan.

Jadi, jom lihat beberapa pilihan yang ada di pasaran.

1. Philips Hand Mixer HR1457

Kredit: https://www.bonuslink.com.my/EN/Products/W/Details/4044_Philips_Hand_Mixer_HR1457.aspx?src=%2FMY%2FProducts%2FW%2FCategories%2F11_All_Categories%2FPage_15.aspx

Jika anda mencari produk pengadun tangan dengan harga yang berpatutan, cubalah produk daripada Philips yang memberikan anda keselesaan, cengkaman yang mudah dan tidak terlalu bising. Malah, dengan tetapan 5 kuasa motornya, anda boleh menggunakannya buat tempoh yang lama dengan baik.

Anggaran harga: RM69.00+

2. Russell Hobbs Desire Hand Mixer

Kredit: https://www.zaibis.com/product/russell-hobbs-desire-hand-mixer-model-18966-56/

Bagi mereka yang suka membuat kek atau biskut dan mencari pengadun tangan yang boleh membantu mempercepatkan proses mencampurkan adunan, dapatkan produk ini dengan mudah. Ia juga mempunyai tetapan dengan 5 kelajuan fungsi turbo yang sememangnya disyorkan bagi mencampurkan adunan dengan rata dan baik. Walaupun ia sedikit mahal, namun anda tidak perlu bimbang untuk membeli produk baru dalam jangka masa yang agak lama.

Anggaran harga: RM189.00+

3. Kenwood Hand Mixer HM520

Kredit: https://www.irishdist.ie/product/kenwood-hm320-hand-mixer/

Menggunakan hand mixer yang ringan adalah satu aspek yang penting bagi individu yang suka membuat adunan kerana jenis yang ringan membolehkan anda memegangnya buat masa lama tanpa berasa begitu lenguh. Tambahan lagi, dengan pengadun yang tahan karat, ia boleh digunakan buat masa lama serta mempercepat proses dengan tetapan kelajuan yang boleh dilaraskan.

Anggaran harga: RM109.00+

4. KitchenAid 9 Speed Hand Mixer

Kredit: https://foodal.com/kitchen/kitchen-appliances/hand-mixers/kitchenaid-khm926-9-speed-review/

Jika dilihat pada harganya, ini adalah produk termahal dalam senarai ini tapi pastikan anda ketahui mengapa harganya adalah begini dahulu. Ia mempunyai 9 tetapan kelajuan yang sungguh hebat jika dibandingkan dengan hand mixer lain yang biasanya hanya didatangkan dengan 3 hingga 5 kelajuan sahaja. Malah, ia juga mempunya ciri ‘Soft Start’ yang meningkatkan kelajuan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan berlakunya tumpahan atau bahan yang bersepah di sekitarnya. Bukankah ini sangat memudahkan kerja ada?

Anggaran harga: RM799.00+

5. Pensonic Hand Mixer PM-116

Kredit: https://shopee.com.my/PENSONIC-HAND-MIXER-PM-116-(B)-i.30115415.1647432856

Produk keluaran Pensonic juga dikatakan sangat bagus dalam membantu anda menyediakan adunan roti atau biskut dengan baik. Dengan 5 tetapan kelajuan yang ditawarkan, anda boleh menukarnya mengikut pilihan dengan mudah. Malah, ia juga ringan dan selesa untuk dipegang dalam jangka masa lama.

Anggaran harga: RM69.00+

6. Sharp Hand Mixer EMH55WH

Kredit: https://www.courts.com.my/sharp-emh55wh-hand-mixer-ip22680

Jenama Sharp sememangnya sudah terkenal dengan prestasi baik dalam keluaran alatan elektronik, termasuklah hand mixer ini. Ia adalah antara produk dengan harga berpatutan yang disukai ramai kerana kualiti yang baik serta tahan lama. Dalam pada itu, ia juga mempunyai 5 tetapan kelajuan yang boleh diselaraskan serta disertakan dengan 2 pengadun roti yang berlainan bagi memudahkan proses membuat kek atau biskut anda.

Anggaran harga: RM109.00+

7. Khind Hand Mixer HM300

Kredit: https://khindonline.com/khind-hand-mixer-hm300.html?tag=mixer

Dengan harga yang berpatutan, ini adalah produk Khind yang anda harus dapatkan terutama dengan 6 tetapan kelajuan yang ditawarkan. Malah, anda hanya perlu menekan butang ‘eject’ pada badannya untuk menukar pengadun dengan mudah. Ia tidak berkarat serta sangat mudah digunakan untuk mencampurkan adunan dengan baik.

Anggaran harga: RM89.00+

8. Panasonic Hand Mixer MK-GH1

Kredit: https://shopee.com.my/PANASONIC-HAND-MIXER-MK-GH1-i.30115415.1650733690

Jika anda baru berjinak untuk mencuba resepi membuat kek, biskut dan sebagainya yang memerlukan pengadun yang baik, apa kata dapatkan alat ini? Ia dikatakan menjadi pilihan ramai terutama bagi pemula kerana memudahkan prosesnya. Alat ini juga mempunyai 5 tetapan kelajuan seperti kebanyakan hand mixer di luar sana.

Anggaran harga: RM129.00+

9. Philips Daily Collection HR3700

Kredit: https://shopee.com.my/Philips-Daily-Collection-Mixer-HR3700-(-HR3700-01-)-i.10210584.1492111408

Hand mixer keluaran Philips jenis ini dikatakan mampu melakukan tugasnya sehingga 20% lebih laju berbanding hand mixer biasa. Malah, ia juga ringan serta mempunyai pemegang yang tidak mudah licin bagi memudahkan penggunaannya. Pengadunnya juga tahan karat serta boleh juga dibasuh menggunakan ‘dishwasher’ jika anda mempunyainya. Dengan 3 tetapan kelajuan yang ada, anda boleh menentukan kelajuan yang sesuai mengikut tekstur yang anda mahukan.

Anggaran harga: RM85.00+

SUMBER

https://productnation.co/my/8132/best-hand-mixer-reviews-malaysia

https://www.theweddingvowsg.com/hand-mixer-malaysia/

Summary
9 Hand Mixer Terbaik Buat Semua Yang Gemar Membuat Kek atau Pencuci Mulut!
Article Name
9 Hand Mixer Terbaik Buat Semua Yang Gemar Membuat Kek atau Pencuci Mulut!
Description
Mempunyai hand mixer adalah sangat berguna jika anda mahu mengacau bahan dengan mudah serta tidak memerlukan mixer biasa yang biasa dan perlu dikeluarkan daripada almari atau sebagainya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: