Tips Memilih Pembersih Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Anda
Surfactant: Bahan ini membantu air bercampur dengan minyak dan kotoran supaya ia mudah dibasuh. Surfactant yang paling kasar (disyorkan untuk dielakkan) adalah sodium lauryl sulfate dan ammonium laureth sulfate. Manakala, jenis surfactant yang paling lembut adalah seperti cocamidopropyl betaine, PEG-6 Caprylic/capric glyceride, dan disodium laureth sulfosuccinate.

Sebelum kita bercakap tentang pelbagai jenis pembersih, kami akan memberitahu rahsia ini: semua jenis pembersih muka menggunakan dua kategori bahan yang sama dalam kandungannya.

Bagaimana pembersih muka dihasilkan?

Surfactant: Bahan ini membantu air bercampur dengan minyak dan kotoran supaya ia mudah dibasuh. Surfactant yang paling kasar (disyorkan untuk dielakkan) adalah sodium lauryl sulfate dan ammonium laureth sulfate. Manakala, jenis surfactant yang paling lembut adalah seperti cocamidopropyl betaine, PEG-6 Caprylic/capric glyceride, dan disodium laureth sulfosuccinate.

Emollient dan humectant: Bahan-bahan ini dikategorikan sebagai pelembap yang mengurangkan kekasaran surfactant dan mengekalkan kelembutan kulit sewaktu dan selepas membersihkan muka. Ia mengandungi tiga jenis bahan seperti gliserin, petrolatum dan minyak biji bunga matahari.

Jenis pembersih muka: Mana satukah yang terbaik untuk jenis kulit anda?

1. Pembersih muka berbuih (Foaming cleanser)

  • Mengandungi jumlah surfactant yang tinggi dan emollient yang rendah
  • Menghasilkan banyak buih
  • Menanggalkan kotoran serta solekan kalis air dengan baik
  • Tidak meninggalkan sebarang sisa
  • Ia boleh mengeringkan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama

2. Susu pembersih (Cleansing milk)

  • Mengandungi jumlah surfactant yang rendah dan emollient yang tinggi.
  • Tidak menghasilkan banyak buih
  • Membersihkan kotoran tetapi agak sukar membersihkan solekan kalis air
  • Mungkin meninggalkan sisa
  • Lembut pada kulit

3. Minyak pembersih (Disertai dengan dua fasa pembersihan – double cleansing)

  • Mengandungi minyak emollient yang tinggi yang membersihkan serta melembapkan kulit.
  • Tidak berbuih
  • Menanggalkan kotoran dan solekan kalis air dengan baik
  • Meninggalkan sisa
  • Lembut pada kulit

4. Balm pembersih (Cleansing balm)

  • Mengandungi jumlah minyak emollient yang tinggi yang membersihkan dan melembapkan kulit
  • Menjadi minyak apabila diurut pada kulit
  • Tidak berbuih
  • Menanggalkan kotoran dan solekan kalis air dengan baik
  • Meninggalkan sisa
  • Lembut pada kulit

5. Air micellar (Micellar water)

  • Mengandungi jumlah surfactant yang tinggi dan emollient yang rendah
  • Tidak berbuih
  • Membuang kotoran tetapi sukar untuk menanggalkan solekan
  • Tidak meninggalkan sisa
  • Tidak perlu dibasuh
  • Lembut pada kulit

6. Tisu pembersih (Cleansing wipes)

  • Mengandungi jumlah surfactant dan emollient yang rendah
  • Sejenis tisu yang dilembapkan dengan losyen pembersih
  • Tidak membersihkan dan menanggalkan solekan dengan baik
  • Keupayaan pembersihan kebanyakannya berfungsi bergantung pada daya geseran menggosok tisu ini pada kulit
  • Mungkin meninggalkan sisa
  • Boleh mengeringkan kulit
  • Terbaik untuk digunakan sewaktu kecemasan

Bagaimana untuk memilih pembersih muka terbaik bagi jenis kulit anda?

Pertama sekali, anda mesti tahu jenis kulit anda sebelum menggunakan sebarang pembersih muka atau anda pasti akan salah pilih produk yang tidak sesuai. Berikut merupakan panduan kami bagi memilih pembersih muka yang bagus untuk jenis kulit anda.

Kulit normal

Apakah masalahnya?

Masalah? Bersyukurlah, anda telah diberkati dengan kulit yang hebat yang tidak mempunyai sebarang masalah, dan anda seharusnya mengekalkannya!

Bagaimana untuk memeliharanya?

Memandangkan tiada sebarang masalah yang perlu diperbaiki, jadi anda boleh menggunakan pembersih muka yang boleh menanggalkan kotoran dan solekan tanpa sebarang masalah.

Apakah pembersih muka yang terbaik untuk kulit normal?

Anda boleh memilih apa-apa sahaja jenis pembersih muka, asalkan formulanya tidak kasar.

Kulit berminyak

Apakah masalahnya?

Sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, kelenjar sebum anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan sebum melebihi daripada kulit biasa untuk kekal lembap. Jadi, anda tergoda untuk menggunakan pembersih muka yang kasar untuk membuang segala minyak yang ada pada muka anda! Malangnya, minyak makin bertambah banyak dan semakin menjadi-jadi pula.

Bagaimanakah anda boleh memeliharanya?

Anda memerlukan pembersih yang menghilangkan minyak secara mencukupi untuk menghilangkan gris, tetapi tidak terlalu kasar sehingga boleh mengeringkan kulit. Pilih pembersih muka yang ringan dan mengandungi surfactant yang tinggi serta emollient yang rendah. Ini kerana, emollient lebih sesuai dan berkesan untuk kulit kering, namun ia boleh meninggalkan sisa dan menyumbat liang-liang pori anda.

Apakah pembersih yang terbaik untuk kulit berminyak?

  • Pembersih berbuih (foaming cleanser)

Kulit kering

Apakah masalahnya?

Kebanyakan pembersih terlalu keras untuk jenis kulit ini, kerana ia membuang semua jumlah sebum yang sedikit, mengakibatkan kulit anda sangat kering seperti kotak kadbod.

Bagaimanakah anda boleh memeliharanya?

Anda mungkin suka pembersih muka yang berbuih, tapi sayang, ia bukanlah pilihan yang sesuai buat kulit muka anda. Pilih pembersih muka yang mengandungi jumlah surfactant yang rendah dan emollient yang tinggi yang boleh menggantikan kelembapan kulit yang hilang apabila membersihkan muka. Kulit anda akan berterima kasih!

Apakah jenis pembersih yang terbaik untuk kulit kering?

  • Balm pembersih (Cleansing balm)
  • Susu pembersih (Cleansing milk)
  • Minyak pembersih (Cleansing Oil)

Kulit kombinasi

Apakah masalahnya?

Kulit anda unik. Sesetengah kawasan terlalu berminyak, manakala kawasan yang lain sangat kering dan mengelupas. Semua jenis pembersih yang anda guna cenderung memburukkan lagi masalah serta membuatkan anda pening kepala!

Bagaimanakah anda boleh memeliharanya?

Pilihan terbaik bagi kulit muka jenis ini adalah dengan menggunakan dua pembersih: satu pembersih muka kaya emollient pada kawasan kulit yang kering dan satu lagi pembersih muka rendah emollient pada kawasan kulit yang berminyak.

Apakah jenis pembersih terbaik untuk kulit kombinasi?

  • Balm pembersih (pada kawasan kering)
  • Susu pembersih (pada kawasan kering)
  • Minyak pembersih (pada kawasan kering)
  • Pembersih berbuih (pada kawasan berminyak)

Kulit sensitif

Apakah masalahnya?

Hampir semua jenis pembersih boleh merengsakan kulit anda dan meninggalkan kesan kemerahan. Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk membasuh muka anda dengan menggunakan air sahaja atau pembersih muka yang lembut tanpa bahan kimia yang terlalu banyak..

Bagaimanakah anda boleh memeliharanya?

Jadilah lembut. Pilih formula paling sederhana yang boleh anda temui. Hanya pastikan ia haruman bebas. Sebaik-baiknya, wangian boleh menyebabkan malapetaka pada kulit anda.

Apakah jenis pembersih terbaik untuk kulit sensitif?

Sumber

https://www.birchbox.com/guide/article/how-to-pick-the-right-face-wash

https://www.dermstore.com/blog/different-types-of-cleansers

https://www.thehealthy.com/beauty/face-body-care/best-face-wash-skin-type/

https://doctor.ndtv.com/skin/skincare-heres-your-guide-to-choose-the-right-face-wash-according-to-your-skin-type-2182768

Summary
Tips Memilih Pembersih Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Anda
Article Name
Tips Memilih Pembersih Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Anda
Description
Terdapat pelbagai jenis pembersih muka yang dikhususkan bagi setiap jenis kulit. Jadi, bagaimanakah cara memilih pembersih muka yang sesuai?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: