ADHD pada Kanak
Kekurangan Perhatian / Gangguan hiperaktif (ADHD) adalah keadaan kronik yang memberi kesan kepada berjuta-juta kanak-kanak dan sering terus berlanjutan hingga ke usia dewasa. ADHD merangkumi kombinasi masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran untuk memberi fokus dan perhatian,terlebih aktif dan kesukaran mengawal perilaku.

Keadaan kekurangan perhatian berserta gangguan hiperaktif (ADHD) merupakan sejenis keadaan kronik yang memberi kesan kepada berjuta kanak-kanak dan keadaan ini juga boleh berlarutan hingga mereka meningkat dewasa. ADHD merangkumi kombinasi masalah yang berterusan seperti masalah kesukaran untuk fokus dan memberi perhatian, terlebih aktif serta sukar untuk mengawal perilaku sendiri.

Kanak-kanak yang menghidap ADHD berkemungkinan menghadapi masalah harga diri yang rendah, hubungan yang bermasalah serta prestasi yang kurang baik ketika di sekolah. Gejala ADHD ini kadang-kadang berkurangan setelah usia kanak-kanak meningkat. Walau bagaimanapun, sesetengah individu tidak dapat mengatasi gejala ADHD ini secara sepenuhnya namun mereka boleh belajar menyusun strategi untuk berjaya.

Walaupun rawatan dikatakan tidak dapat merawat ADHD, namun ia mampu membantu mengurangkan simptom yang ada. Rawatan ini juga biasanya melibatkan pengambilan ubat serta campur tangan pada tingkah laku mereka.

 

Simptom ADHD

Ciri-ciri utama gejala ADHD ini termasuklah tingkah laku yang tidak masuk akal serta hiperaktif. Gejala ini bermula sebelum usia 12 tahun dan bagi sesetengah kanak-kanak, gejala ini boleh dikesan seawal usia tiga tahun lagi. Selain itu, gejala ADHD juga boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana ataupun teruk dan ia mungkin berterusan sehingga dewasa.

ADHD juga lebih cenderung terjadi pada lelaki berbanding wanita dengan tingkah laku yang berbeza mengikut jantina. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki boleh menjadi lebih hiperaktif berbanding kanak-kanak perempuan yang lebih bersifat pendiam.

 

Jenis ADHD:

• Sikap cepat leka – Kebanyakan simptom adalah kerana sikap yang tidak masuk akal

• Sikap hiperaktif-impulsif – Kebanyakan simptom adalah kerana sikap hiperaktif dan impulsif

• Gabungan – Ini merupakan jenis yang paling biasa dan mengandungi gabungan simptom leka serta simptom hiperaktif – impulsif

 

– Sikap cepat leka (Inattention)

Kanak-kanak yang ada menunjukkan sikap sebegini biasanya:

• Gagal memberi perhatian pada butiran atau melakukan kesalahan yang cuai di sekolah

• Mengalami masalah memberi tumpuan dalam membuat tugasan atau bermain

• Cenderung untuk tidak mendengar walaupun ketika bercakap secara berdepan

• Mengalami masalah untuk menguruskan tugasan dan aktiviti

• Mengelak atau tidak menyukai tugasan yang memerlukan mental untuk sentiasa fokus seperti kerja sekolah

• Hilang barang yang diperlukan bagi sesebuah tugasan atau aktiviti seperti mainan, kerja sekolah dan pensel

• Senang merasa terganggu

• Lupa melakukan aktiviti harian seperti kerja-kerja rumah

• Bersifat hiperaktif dan impulsif

 

– Sikap hiperaktif dan impulsif 

Kanak-kanak dalam kategori ini biasanya menunjukkan sikap:

• Gelisah dan melakukan perkara seperti menepuk tangan, hentak kaki menggeliat di tempat duduk

• Mengalami kesukaran untuk duduk diam ketika di kelas atau situasi lain

• Melakukan gerakan yang sama dan berterusan

• Berlari atau memanjat dalam keadaan yang tidak sesuai

• Mempunyai asalah bermain atau melakukan aktiviti secara senyap

• Bercakap terlalu banyak

• Memberi jawapan yang kabur dan tidak tepat serta mengganggu orang yang bertanya

• Mempunyai kesukaran untuk menunggu giliran

• Mengganggu atau menyampuk perbualan, permainan atau aktiviti orang lain

 

Diagnosis ADHD pada Kanak-kanak

Petugas khidmat kesihatan seperti pakar pediatrik, ahli psikiatri dan psikologi kanak-kanak boleh mendiagnosis ADHD dengan bantuan garis panduan standard daripada American Academy of Pediatrics atau Manual Diagnostik dan Statistik Persatuan Psikiatrik Amerika (DSM). Diagnosis yang dibuat melibatkan pengumpulan maklumat daripada beberapa sumber termasuklah sekolah, penjaga dan ibu bapa. Petugas khidmat kesihatan juga akan mempertimbangkan tingkah laku kanak-kanak dengan membandingkan tingkah itu dengan kanak-kanak yang sebaya serta menggunakan skala penarafan standard bagi mendokumentasikan tingkah laku tersebut.

Sesetengah gejala boleh memperlihatkan penyakit ADHD pada kanak-kanak yang mengalami keadaan cepat leka, hiperaktif dan/ atau impulsif. Ramai kanak-kanak dengan penyakit ini juga:

• Berada dalam pergerakan yang berterusan

• Tidak duduk diam dan gelisah

• Membuat kesilapan yang kerap

• Sering kehilangan barang

• Kelihatan seperti tidak suka mendengar

• Mudah terganggu

• Tidak menyiapkan tugasan

Sebelum diagnosis ADHD dibuat, anak anda harus menjalani pemeriksaan fizikal yang penuh termasuk pemeriksaan penglihatan serta pendengaran. FDA juga telah meluluskan penggunaan Sistem Penilaian Berasaskan Neuropsychiatric Aid (NEBA), iaitu sebuah imbasan tidak invasif yang mengukur theta dan gelombang beta otak. Nisbah theta/ beta itu ternyata lebih tinggi ditunjukkan pada kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit ini berbanding kanak-kanak normal. Imbasan yang telah diluluskan bagi digunakan pada mereka yang berumur enam hingga 17 tahun dibuat sebagai salah satu proses pemeriksaan dan psikologi yang lengkap.

Di samping itu, petugas khidmat kesihatan perlu mengambil kira sejarah perubatan yang lengkap bagi mencari keadaan lain yang boleh mempengaruhi kelakuan kanak-kanak tersebut. Keadaan tertentu yang boleh meniru keadaan ADHD atau mendorong pada perlakuan seperti ADHD adalah:

• Perubahan dalam kehidupan yang baru terjadi (seperti perceraian, kematian dalam keluarga atau permulaan hidup baharu)

• Kekejangan yang tidak dapat dikesan

• Masalah tiroid

• Masalah tidur

• Kebimbangan

• Kemurungan

• Keadaan toksik

 

Punca ADHD

Walaupun punca sebenar ADHD ini masih tidak jelas, usaha penyelidikan tetap diteruskan. Beberapa faktor yang dikatakan boleh menjadi punca dalam pembangunan ADHD termasuklah:

  • Genetik – ADHD boleh diwarisi dalam keluarga dan kajian menunjukkan bahawa gen tertentu mungkin memainkan peranan
  • Persekitaran – Faktor persekitaran tertentu seperti pendedahan pada plmbum juga boleh meningkatkan risiko ADHD
  • Pembangunan – Masalah dengan pada pusat sistem saraf anda pada masa-masa tertentu dalam pembangunan boleh memainkan peranan juga

 

Faktor Risiko ADHD

Faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat ADHD termasuklah:

• Keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami ADHD atau gangguan kesihatan mental yang lain

• Pendedahan terhap toksin alam sekitar seperti plumbum yang biasanya ditemui dalam cat dan paip di bangunan lama

• Penggunaan dadah, pengambilan alkohol atau merokok oleh ibu hamil

Kelahiran pramatang

Walaupun pengambilan gula juga dikatakan menjadi faktor utama yang menyebabkan keadaan hiperaktif, namun tidak bukti yang boleh menyokong kenyataan ini. Banyak masalah yang dialami semasa zaman kanak-kanak boleh menyebabkan individu sukar memberi perhatian namun simptom itu tidak sama seperti ADHD.

 

– Keadaan lain yang boleh berlaku kerana ADHD

ADHD tidak menyebabkan masalah psikologi atau perkembangan yang lain namun, kanak-kanak yang menghidap ADHD lebih cenderung untuk mengalami keadaan seperti:

• Kekurangan dalam pembelajaran termasuk masalah pemahaman dan komunikasi

• Alami kebimbangan yang tidak normal dan boleh menyebabkan diri sering berasa bimbang dan ketakutan

• Kemurungan seperti yang sering berlaku pada kanak-kanak dengan ADHD

• Suasana atau masalah di luar kebiasaan yang boleh mengganggu, menyebabkan keresahan dan menghampakan

• Gangguan menentang oposisi (ODD) iaitu corak perilaku negatif yang menentang dan tidak menyukai orang-orang yang berkuasa

• Melakukan gangguan yang dikatakan kelakukan antisosial seperti mencuri, berlawan, memusnahkan harta benda atau membahayakan manusia atau haiwan

Gangguan bipolar termasuk kemurungan serta tingkah laku seperti orang tidak siuman

Sindrom Tourette yang merupakan gangguan neurologi yang berlaku kerana aktiviti pengulangan otot atau ‘vocal tics’

 

Langkah Pencegahan ADHD

Bagi membantu mengurangkan risiko mendapat ADHD pada anak-anak anda, ikuti langkah berikut:

• Elakkan apa-apa perkara yang boleh membahayakan janin semasa mengandung seperti minum alkohol, menggunakan dadah atau merokok

• Lindungi anak anda daripada terdedah kepada pencemaran dan toksin seperti asap rokok dan cat plumbum yang terdapat pada bangunan lama

• Kurangkan masa skrin anak anda. Walaupun ia tidak dapat membantu dengan banyak, namun adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun tidak didedahkan terlalu banyak pada permainan TV dan video

• Jika anak ada mempunyai ADHD, untuk membantu mengurangkan masalah atau komplikasi yang ada:

• Konsisten dalam menetapkan had dan menjelaskan kesan yang boleh berlaku kerana tingkah laku mereka

• Menentukan rutin harian anak anda dengan harapan yang jelas termasuk perkara seperti waktu tidur, waktu bangun, waktu makan, kerja rumah dan menonton TV

• Memberi tumpuan sepenuhnya ketika bercakap dengan anak anda dengan membuat hubungan mata ketika memberi arahan. Selain itu, luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk memuji anak-anak anda

• Bekerjasama dengan guru dan penjaga bagi mengenal pasti masalah yang berlaku dengan lebih awal bagi mengurangkan kesan yang boleh mengganggu kehidupan anak anda

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/adhd/symptoms-causes/syc-20350889

https://www.healthline.com/health/adhd/signs

https://www.helpguide.org/articles/add-adhd/attention-deficit-disorder-adhd-in-children.htm

https://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/default.htm

Summary
ADHD pada Kanak-kanak (Attention deficit hyperactivity disorder in kids) - Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan
Article Name
ADHD pada Kanak-kanak (Attention deficit hyperactivity disorder in kids) - Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan
Description
Kekurangan Perhatian / Gangguan hiperaktif (ADHD) adalah keadaan kronik yang memberi kesan kepada berjuta-juta kanak-kanak dan sering terus berlanjutan hingga ke usia dewasa. ADHD merangkumi kombinasi masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran untuk memberi fokus dan perhatian,terlebih aktif dan kesukaran mengawal perilaku.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: