Now Reading
Billie Eilish memilikinya. Tapi apakah itu Sindrom Tourette?

Billie Eilish memilikinya. Tapi apakah itu Sindrom Tourette?

Sindrom Tourette

Nama Billie Eilish baru-baru ini melambung tinggi dalam industri muzik. Gadis berusia 16 tahun tersebut berkongsi mengenai pengalaman hidupnya dengan Sindrom Tourette selepas mendedahkan bahawa dia mempunyai penyakit tersebut di Instagram. Billie Eilish berkata bahawa ticnya hanyalah fizikal dan “tidak terlalu ketara pada orang lain” jika mereka tidak memberi perhatian.

Persatuan Tourette Amerika menganggarkan bahawa 1 dari 100 kanak-kanak bersekolah menghidapi Sindrom Tourette atau Gangguan Tic. Oleh kerana tahap keterukan Sindrom Tourette berbeza-beza, dari tic yang hampir tidak kelihatan sehingga ke tic yang boleh memalukan dan menyakitkan, rawatan adalah berbeza bagi setiap individu. Dalam kebanyakkan kes, seseorang dengan Tourette dapat menjalani kehidupan yang normal, dan, seperti dalam kes Eilish, mengejar impian mereka tanpa sebarang masalah.

 

Apakah Sindrom Tourette?

Sindrom Tourette (TS) merupakan suatu gangguan neurologi, yang kebanyakannya bermula antara umur 2 dan 21 tahun, dan kekal sepanjang hayat. Sindrom Tourette ini bukanlah degeneratif dan seseorang dengan Sindrom Tourette boleh menjalani hidup dengan jangka hayat yang normal.

 

Apakah gejalanya?

Sindrom Tourette dikesan dengan pergerakan otot dan pertuturan yang cepat, berulang dan tidak sengaja dan yang dipanggil “tic”, dan sering melibatkan masalah pergerakkan. Istilah “tidak sengaja”, yang digunakan untuk menggambarkan tic, adalah sumber kekeliruan kerana ia diketahui bahawa kebanyakan orang dengan Sindrom Tourette mempnuyai kawalan ke atas gejala mereka. Apa yang selalunya tidak diketahui ialah kawalan yang boleh diusahakan, dari saat hingga jam pada satu masa, hanya menangguhkan lebih banyak gejala-gejala yang teruk.

Tic dialami oleh kerana terdapatnya ketegangan, yang tidak dapat ditahan dan akhirnya mesti dilakukan. Biasanya tic meningkat akibat ketegangan atau tekanan stress dan kurangnya waktu rehat atau tumpuan pada tugas yang menyerap. Gejala Sindrom Tourette telah lama disalah faham sebagai tanda kelainan tingkah laku atau “tabiat saraf”, tetapi sebenarnya bukan.

 

Bagaimanakah ‘tic’ dikelaskan?

Kedua-dua kategori tic bagi Sindrom Tourette dan beberapa contoh biasa adalah:

 

– PERGERAKAN RINGKAS

Penggerakkan – mata berkelip, kepala tersengguk, bahu terangkat, bermasam wajah, hidung berkeringat

Vokal – batuk kerongkong, bunyi menggonggong, menjerit, mendengus, menelan air liur, membau, mebunyikan lidah

 

– PERGERAKKAN RUMIT

Motor – melompat, menyentuh orang lain dan benda, berpusing, pergerakan berulang torso atau anggota badan, menarik pakaian dan tindakan mencederakan diri termasuk memukul atau menggigit diri sendiri

Vokal – perkataan atau frasa yang diucapkan , coprolalia (ucapan yang tidak boleh dikawal, yang tidak wajar atau perkataan lucah), echoalia (mengulangi bunyi, perkataan atau frasa yang baru saja didengar) atau palilalia (mengulangi perkataan dari seseorang)

 

Adakah seseorang dengan Sindrom Tourette mengalami semua gejala ini atau hanya sebahagiannya?

Orang dengan Sindrom Tourette jarang ada semua gejala ini. Kebanyakan orang akan menunjukkan beberapa atau banyak gejala dalam jangka masa yang panjang dan dalam pelbagai peringkat: ringan, sederhana atau serius. Dalam kes-kes yang lebih ringan, seseorang mungkin mengalami beberapa tic atau keringat, yang mungkin terhad pada kawasan wajah, mata dan bahu. Dalam kes-kes yang lebih serius beberapa penggerakkan anggota badan mungkin terjejas.

Gejala-gejala tersebut akan meningkat dan berkurang secara berulang, dalam beberapa kes dari hari ke hari tetapi biasanya lebih dari 3 hingga ke 4 bulan. Corak berulangan ini kadang-kadang menakutkan bagi pesakit Sindrom Tourette kerana sukar memahami intensifikasi atau pengurangan gejala secara tiba-tiba.

 

Adakah terdapat masalah tingkah laku yang mungkin berlaku secara kerap sebagai tambahan kepada ‘tic’?

Ya, tetapi tidak selalu. Masalah tambahan mungkin termasuk:

Gangguan Obsesif Kompulsif  (Obsessive Compulsive Disorder), di mana seseorang merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan berulang-ulang. Contohnya termasuk menyentuh objek dengan satu tangan selepas menyentuhnya dengan yang lain untuk “mengimbangi sesuatu perkara” dan berulang kali memeriksa bahawa api di atas dapur terpadam. Kanak-kanak kadang-kadang mengulangi ayat atau tindakan berkali-kali sehingga ianya “betul”. Gangguan Obsesif Kompulsif termasuklah mengira berulang kali, keasyikan melampau atau pemikiran yang tidak menyenangkan.

Gangguan Kurang Perhatian &/ atau Hyper Aktif (Attention Deficit Disorder/Attention Deficit Hyperactive Disorder) yang mungkin termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian, mudah terganggu, gagal menyelesaikan tugas, bertindak dengan gerak hati, tidak kelihatan mendengar, bertukar berterusan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, memerlukan banyak penyeliaan , tidak dapat duduk diam, memanggil dan kurang kawalan diri. Orang dewasa mungkin ada sedikit tanda-tanda Gangguan Kurang Perhatian seperti tingkah laku impulsif yang berlebihan dan kesukaran memberi tumpuan. Kesukaran pembelajaran seperti disleksia, kesukaran aritmetik dan persepsi, masalah tulisan tangan.

Masalah tingkah laku mungkin termasuk tingkah laku yang kompulsif dan berulang, masalah memberi perhatian, kesukaran tidur, kemurungan, keyakinan diri yang rendah, prestasi sekolah yang lemah, pengasingan sosial, fobia sekolah dan sosial. Beberapa masalah yang sering diperhatikan termasuklah tingkah laku yang berlawanan/ bertentangan, tingkah laku yang agresif dan tidak berperikemanusiaan.

SUMBER

https://www.webmd.com/brain/tourettes-syndrome

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tourette-syndrome/symptoms-causes/syc-20350465#:~:text=Tourette%20(too%2DRET)%20syndrome,unusual%20sounds%20or%20offensive%20words.

https://www.healthline.com/health/gilles-de-la-tourette-syndrome

https://www.medicalnewstoday.com/articles/175009

error: Content is protected !!