Jenis kanser
Ketahui secara mendalam penyakit-penyakit anda dan cara-cara untuk mengelakkannya atau bagaimana mendapatkan rawatan

Kanser adalah antara penyakit yang sering dihidapi oleh golongan yang semakin berusia. Namun kajian yang ada sekarang ini mendapati sesetengah jenis kanser yang dihidapi oleh mereka yang berusia turut terdapat pada golongan muda.

Satu kajian telah dijalankan bagi menganalisis data mengenai diagnosis kanser yang dijalankan pada golongan dewasa berusia antara 25 hingga 84 tahun dan mendapati adanya peningkatan pengidap penyakit ini di kalangan mereka berusia 25 hingga 49 tahun, terutamanya mereka yang mempunyai masalah obesiti.

Dalam 12 kajian berkaitan kanser disebabkan obesiti, enam jenis penyakit ini yang banyak menyerang golongan muda. Masalah kesihatan itu adalah kolorektal, endometriosis, hempedu (gallbladder), buah pinggang, pankrea, multiple myeloma, kanser sel plasma – kesemua kanser-kanser ini biasanya dihidapi oleh mereka yang berumur 60 hingga 70 tahun.

Golongan muda berusia antara 25 hingga 29 mempunyai kenaikan dalam menghidap barah buah pinggang, dengan kenaikan tahunan 6.23% manakala mereka yang berusia antara 30 hingga 34 tahun pula mempunyai kenaikan mengidap barah multiple myeloma sebanyak 2.21%.

Dua kanser yang tidak berkaitan dengan obesiti iaitu barah gastroinstestinal dan leukemia juga meningkat pada golongan muda ini.

 

Jadi, apakah puncanya peningkatan jenis kanser ini?

Memandangkan kajian yang dilakukan tidak memfokus pada sebab khusus penyebab peningkatan kadar penyakit ini, ia telah menerangkan bagaimana trend ini disebabkan oleh peningkatan masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang dihidapi oleh masyarakat Malaysia.

Di antara tahun 1999 hingga 2016, masalah obesiti negara maju meningkat daripada kadar 13.9% kepada 18.5% di kalangan kanak-kanak dan remaja dan daripada kadar 30.5% ke 39.6% di kalangan orang dewasa. Kajian ini amat penting kerana ia menunjukkan masalah obesiti dan berat badan berlebihan mendedahkan anda kepada risiko untuk menghidap barah.

Kajian berlainan yang dijalankan pada 2018 mendapati bahawa berat badan berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu terdedah sehingga 60% kepada kanser endometriosis, 36% kanser hempedu, 33% kanser buah pinggang, 17% kanser pankreas dan 11% kanser multiple myeloma seperti yang telah terjadi pada tahun 2014.

Untuk barah gastrointestinal dan leukemia pula, mereka yang membuat kajian itu mendapati peningkatan penyakit autoimmune, penggunaan antibiotik dan pendedahan pada karsinogen alam sekitar menjadi penyebab kepada peningkatan kedua-dua penyakit tersebut.

 

Perlukah anda berasa risau?

Memandangkan tidak semua orang boleh mengelak daripada menghidap kanser, pengawalan penyakit ini boleh dilakukan. Pemerhatian utama daripada kajian ini yang memandang berat akan isu kesihatan dan berat badan, tambahan jenis kanser berkaitan dengan masalah obesiti yang menjadi penyebab akan peningkatan penyakit itu.

Penulis kajian juga menggalakkan doktor-doktor menumpukan perhatian pada berat badan pesakit dan sering memberi kaunseling mengenai risiko yang disebabkan oleh masalah obesiti, dalam masa sama menggalakkan mereka membuat aktiviti fizikal dan membuat perubahan pada diet mereka.

Meskipun anda sudah membaca dan diberitahu mengenainya, ia tetap perlu diulang: Perhatikan dan kawal berat badan, makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman dengan berkala adalah antara faktor yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada menghidap penyakit ini-tidak kira berapa pun umur anda.

SUMBER

https://www.cancer.gov/types/common-cancers

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cancer

https://www.healthline.com/health/most-common-cancers

https://www.webmd.com/cancer/most-common-cancers#1

Summary
8 Jenis Kanser Ini Semakin Banyak Dihidapi di Era Milenium Kini
Article Name
8 Jenis Kanser Ini Semakin Banyak Dihidapi di Era Milenium Kini
Description
Kanser adalah antara penyakit yang sering dihidapi oleh golongan yang semakin berusia. Namun kajian yang ada sekarang ini mendapati sesetengah jenis kanser yang dihidapi oleh mereka yang berusia turut terdapat pada golongan muda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: