Kanser mata
Kanser mata adalah istilah biasa yang digunakan untuk menggambarkan jenis kanser yang boleh berkembang di permukaan atau di dalam mata. Apabila bercakap tentang kanser ini, mereka biasanya merujuk kepada melanoma okular, jenis kanser mata yang paling biasa yang terdapat pada orang dewasa. Walau bagaimanapun, kanser mata boleh berlaku pada kanak-kanak dalam bentuk penyakit yang dikenali sebagai retinoblastoma.

Simptom

 Tanda-tanda kanser mata berbeza-beza dari individu ke individu yang lain berdasarkan jenis kanser yang dialami. Pada orang dewasa, gejala yang paling umum termasuk:

  • Penglihatan kabur pada salah satu mata
  • Floaters (seperti benda kecil, bintik-bintik “terapung” dalam lingkungan penglihatan)
  • Perubahan pada warna iris
  • Satu atau beberapa bintik gelap pada iris
  • Mata merah dan / atau menyakitkan
  • Mata membengkak
  • Kehilangan penglihatan peripheral

Pada peringkat awal kanser mata hanya sedikit, malah berkemungkinan untuk tiada petanda. Malah, bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seorang pakar optik untuk menjadi invidivu pertama yang melihat tanda-tanda ini semasa peperiksaan mata.

 Simptom Melanoma Ocular pada Dewasa

Melanoma okular paling umum berkembang di sel-sel uvea, lapisan vaskular mata diapit di antara retina (lapisan tisu pada dinding belakang biji mata) dan sclera (putih mata).

Melanoma sering berkembang sama ada di lapisan depan uvea (dipanggil badan iris dan ciliary) atau belakang (lapisan choroid). Kadang-kala ada kemungkinan ia boleh berlaku pada lapisan paling luar di hadapan mata (konjunktiva), di soket yang mengelilingi mata, atau kelopak mata itu sendiri.

Simptom Retinoblastoma pada Kanak-kanak

Bentuk kanser mata kanak-kanak yang paling biasa adalah retinoblastoma, penyakit yang menjejaskan kira-kira 300 kanak-kanak di A.S. setiap tahun. Walaupun ia didiagnosis kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak berusia dua tahun dan ke bawah, ia juga boleh menyerang pada kumpulan umur yang lain.

Simptom retinoblastoma termasuk:

Anak mata putih (leukocoria)

Ia bukan sesuatu perkara yang biasa untuk ibu bapa dapat melihat petanda ini ketika mereka melihat foto anak mereka. Mereka mungkin menyedari bahawa salah satu mata kanak-kanak itu bertindak balas kepada pemancar (mencipta “mata merah” biasa) manakala yang lain menunjukkan anak mata putih terang. Dalam beberapa kes, mata mungkin menyerupai “mata kucing” atau keadaan mata abnormal yang lain.

Apa yang Harus Dilakukan Jika Anda Memiliki Simptom Kanser Mata

Jika anda mengalami apa-apa perubahan pada mata dan / atau penglihatan anda, hubungi doktor anda, yang mungkin akan merujuk kepada ahli pakar mata. Diagnosis adalah mudah, biasanya memerlukan pemeriksaan visual mata dengan otoskop (alat perubatan ringan).

Sementara itu, jika anda mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mempunyai simptom retinoblastoma, segera berjumpa dengan doktor anda. Retinoblastoma adalah sejenis kanser kanak-kanak yang agresif tetapi juga salah satu yang paling mudah untuk dirawat. Pengesanan awal adalah kunci untuk mengelakkan sebarang gangguan penglihatan atau kerosakan pada mata.

Selain itu, jika anda mengesyaki orang dewasa atau kanak-kanak berkemungkinan mempunyai simptom kanser mata, jangan suluh lampu secara langsung pada mata, yang boleh menyebabkan kerosakan (terutama pada kanak-kanak yang masih berkembang retinanya). Ini kerana otoskop yang telah ditentukur secara khusus memancarkan jumlah cahaya yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, tidak seperti lampu suluh.

SUMBER

https://www.cancer.net/cancer-types/eye-cancer/symptoms-and-signs

https://www.webmd.com/cancer/ss/slideshow-eye-cancers

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/eye-melanoma/symptoms-causes/syc-20372371

https://www.healthline.com/health/optic-glioma

Summary
Tanda-Tanda Umum Kanser Mata Yang Sering Kita Terlepas
Article Name
Tanda-Tanda Umum Kanser Mata Yang Sering Kita Terlepas
Description
Kanser mata adalah istilah biasa yang digunakan untuk menggambarkan jenis kanser yang boleh berkembang di permukaan atau di dalam mata. Apabila bercakap tentang kanser ini, mereka biasanya merujuk kepada melanoma okular, jenis kanser mata yang paling biasa yang terdapat pada orang dewasa. Walau bagaimanapun, kanser mata boleh berlaku pada kanak-kanak dalam bentuk penyakit yang dikenali sebagai retinoblastoma.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: