ikan pari bakar

Resepi kali ini membawakan anda tiga variasi ikan pari bakar yang menjanjikan rasa yang enak dan tekstur yang lembut. Aromanya sahaja untuk memikat perut yang lapar, apatah lagi rasa isinya yang empuk fuh pasti terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Cara penyediaan ikan pari bakar tidaklah sesukar yang disangka, namun kita mestilah mempunyai ramuan utama iaitu ikan pari. Ikan pari boleh didapati di pasar pagi mahupun pasar raya berdekatan rumah anda. 1kg ikan pari berharga sekitar RM32.

Baiklah, jangan buang masa, mari lihat 3 resepi ikan pari bakar yang cukup sedap seperti kami kongsikan di bawah. Tapi, anda jangan baca saja tau, cuba lah!

RESEPI IKAN PARI BAKAR DENGAN PENCICAH AIR ASAM

Bahan-bahan ikan pari:

  • Ikan pari
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Daun pisang secukupnya

Bahan-bahan pencicah air asam:

  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 1 batang cili merah – hiris
  • 2-3 biji cili api – hiris
  • 1/2 biji tomato – potong dadu
  • 1-2 biji limau nipis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

Kaedah penyediaan ikan pari:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Susun daun pisang dalam kuali ajaib dan bakar ikan sehingga masak. 
  2. Balikkan sehingga ikan garing cantik di kedua dua belah permukaan. 
  3. Setelah ikan garing, angkat dan hidangkan dengan air asam.

Kaedah penyediaan pencicah air asam:

  1. Ambil sebahagian dari bawang, buah tomato dan cili dan kisarkan dengan pes asam jawa dan sedikit air. 
  2. Masukkan gula, garam dan perah air limau nipis ke dalamnya.
  3. Kacau sebati. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

Ikan Pari Bakar Bersambal – Resepi Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:

  • Potong isi ikan pari sederhana besar yang telah digaram kunyit
  • 3 biji bawang merah dikisar
  • 1 biji bawang putih dikisar
  •  1/2 inci halia dikisar
  •  1/2 inci kunyit hidup dikisar
  • 1 batang serai dikisar
  • 3 biji cili api merah dikisar
  • 2 biji limau kasturi dibelah dua
  • 1 batang cili merah dikisar
  •  7 tangkai cili kering dikisar
  •  1/2 inci lengkuas dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut dihiris nipis
  • Daun pisang

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
  2. Gaul rata jangan sampai hangus. masukkan garam dan perasa.
  3. Bila dah garing , angkat dan ketepikan.
  4. Alas daun pisang diatas dulang pembakar . Letak sedikit sambal kemudian letak ikan, letakkan sambal ke atas ikan sekali lagi dan bakar ikan hingga masak.
  5. Setelah hampir 3/4 masak, perahkan limau di atas ikan, kemudian tutup dan biar hingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan

IKAN PARI BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan perap:

  • 1/2 biji bawang besar (kisar)
  • 1 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci kunyit (kisar)
  • 3 biji cili padi (kisar)
  • Garam
  • Gula
  • Maggie Cukup Rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Kisar bawang, cili dan daun kunyit.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Perap selama 15-30 minit.
  4. Tuang sedikit minyak pada ikan yang diperap dan balut menggunakan aluminium foil.
  5. Preheat air fryer pada suhu 185 darjah selama 5 minit. Kemudian bakar ikan selama 20 minit.
  6. Setelah 20 minit, ikan anda sedia untuk dihidangkan dan dinikmati.

Kedengaran lazat bukan walaupun dengan hanya baca resepi? Resepi ini mengambil masa kurang sejam untuk dihidangkan. Jom masak ikan pari bakar bersambal dan juga lain-lain resepi ikan pari bakar hari ini. Boleh makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://www.aziekitchen.com/2019/10/ikan-pari-bakar-dengan-air-asam-pencicah.html

2) https://www.resepimudah.com/resepi/ikan-pari-bakar-bersambal/

3) https://cookpad.com/my/recipes/13909124-ikan-pari-bakar-air-fryer-mak-liha

Summary
3 Resepi Ikan Pari Bakar Yang Wangi dan Sedap
Article Name
3 Resepi Ikan Pari Bakar Yang Wangi dan Sedap
Description
Resepi kali ini membawakan anda tiga variasi ikan pari bakar yang menjanjikan rasa yang enak dan tekstur yang lembut. Aromanya sahaja untuk memikat perut yang lapar, apatah lagi rasa isinya yang empuk fuh pasti terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: