Kentang Goreng zukini
Ini adalah resepi kentang zukini bersama keju parmesan yang rangup dibakar menggunakan ‘air fryer’.

Ini adalah resepi kentang zukini bersama keju yang rangup dibakar menggunakan ‘air fryer’. Resepi ini adalah mesra diet karbohidrat dan keto malah adalah “kerepek” yang ringan, rangup dan penuh dengan rasa yang enak. Di samping itu, ia hanya mengandungi kandungan 3 karbohidrat bersih bagi setiap hidangan dan dapat disediakan dalam masa kurang 15 minit!

  • Masa penyediaan – 15 minit
  • Masa memasak – 10 minit
  • Tahap – Mudah
  • Pengukuran: Sukatan
  • Saiz hidangan: 4

Peralatan yang diperlukan:

  • ‘Air fryer’

Bahan-bahan:

  • 2 buah zukini bersaiz sederhana
  • 1 biji telur bersaiz besar dipukul
  • 1/2 cawan tepung badam atau serbuk roti panko/ serbuk roti Itali
  • 1/2 cawan keju parmesan diparut
  • 1 sudu kecil perasa Itali (Italian seasoning) atau perasa pilihan
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih (pilihan)
  • Secubit garam dan lada
  • Minyak semburan zaitun atau minyak lain atas pilihan (pilih minyak yang sihat)

Cara penyediaan:

  1. Potong buah zukini menjadi dua dan menjadi batang (atau kentang goreng) setebal 1/2 inci dan panjang 3 hingga 4 inci.
  2. Dalam mangkuk cetek, campurkan tepung badam (atau serbuk roti), keju parmesan diparut, rempah dan secubit garam dan lada. Gaul hingga sebati.
  3. Sadurkan buah zukini ke dalam telur dan kemudian di dalam campuran tepung badam dan letakkan di atas pinggan atau loyang. Semburkan zukini dengan semburan minyak sebanyak yang anda mahukan.
  4. Masak dalam  kumpulan, letakkan kentang goreng zukini dalam satu lapisan di dalam ‘air fryer’. Masak selama 10 minit pada suhu 400F, atau hingga kentang kelihatan garing.

Catatan:

  • Pilihan perasa: Sediakan kentang goreng zukini ini sendiri dengan menyaluti mereka dengan campuran perasa kegemaran anda. Anda tidak akan membuat  salah dengan perasa Itali tetapi perasa cajun, perasa taco, perasa ‘ranch’ atau campuran perasa kegemaran anda akan membawa kentang goreng zukini ke tahap yang lebih hebat!
  • Pilihan roti: Untuk memastikan kentang goreng zukini sesuai untuk diet rendah karbohidrat dan keto, pilih tepung badam dan elakkan penggunaan serbuk roti. Sekiranya anda tidak mengamalkan diet keto, anda boleh menggantikan tepung badam dengan serbuk roti panko. Ianya ringan dan akan menjadikan kentang goreng zukini anda sangat garing.
  • Jika menggunakan ketuhar: Ikuti resipi seperti yang diarahkan dan bakar selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 425°F atau sehingga ia berwarna keemasan dan garing.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Kentang goreng Zukini menggunakan ‘Air fryer’
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: