ikan lolong

Terdapat pelbagai resepi ikan lolong yang boleh dipelajari. Bagi bukan penggemar ikan ini, anda boleh menggantikannya dengan ikan tongkol, ikan selayang atau ikan kembung.

Di sini saya ingin tunjukkan cara yang mudah dan cepat untuk memasak ikan lolong dan yang pasti rasanya sangat sedap.

RESEPI 1 – IKAN LOLONG MASAK PINDANG

Bahan-bahan

  • 8 ekor ikan Lolong Mata Besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inci halia 
  • 2 batang serai
  • 8-10 tangkai cili api
  • 2 ketul kecil kunyit hidup (jika ada)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh garam
  • 1 teh ajinomoto
  • 1 cawan air asam jawa  (tiada dalam gambar)
  • 400 ml air

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Tumbuk menggunakan lesung atau blender bawang merah, bawang putih dan halia.  Serai dan kunyit hidup di ketuk serta cili api di tumbuk manja.
  2. Rebus air sehingga mendidih dan terus masukkan bawang putih, bawang merah, halia, cili api, kuyit hidup, serai garam, ajinomoto dan serbuk kunyit. 
  3. Gaul dan reneh lebih kurang 2 minit kemudian tambahkan air asam jawa. 
  4. Setelah mendidih masukkan ikan.  Rebus lebih kurang 7 hingga 10 minit atau sehingga masak.  Hidangkan bersama nasi panas.  Sangat sedap, seperti meminum air rebusan halia.

RESEPI 2 – IKAN LOLONG BALUT DAUN PISANG

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan lolong
  • Daun pisang secukupnya
  • 10 helai daun limau purut [dihiris halus]
  • 200gm cili hidup merah
  • 100gm lada kering
  • 2 labu bawang besar
  • 3 labu bawang putih
  • 2 inci halia muda
  • 1 biji limau kasturi
  • Kicap manis secukup rasa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
  2. Letak ikan di atas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
  3. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
  4. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk di barbeku.

NOTE: kesemua bahan yang telah dikisar, tumis sampai masak terlebih dahulu dan lepas tu lumur dekat ikan.

RESEPI 3 – IKAN LOLONG SINGGANG

Bahan-bahan :

  • 3 ekor ikan lolong saiz sederhana yang telah dibersihkan
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1-2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa/ajinomoto (pilihan)
  • 5-6 biji cili padi (pilihan)

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, asam gelugor dan diikuti cili padi.
  4. Rebuskan sehingga ikan betul-betul masak.
  5. Tambah gula dan garam secukup secukup rasa.
  6. Sesudah mendidih, lauk ikan singgang sedia untuk dihidangkan.

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Sesuai untuk dijadikan menu hidangan tengah hari. Selamat mencuba!

SUMBER:

https://edanursuri.blogspot.com/2020/09/resipi-ikan-lolong-mata-besar-masak.html

https://www.wanisukarno.com/2012/09/ikan-lolong-balut-daun-pisang-grilled.html

https://hafizrahim.com/resepi-ikan-singgang-mudah/

Summary
3 Resepi Mudah Menggunakan Ikan Lolong
Article Name
3 Resepi Mudah Menggunakan Ikan Lolong
Description
Terdapat pelbagai resepi ikan lolong yang boleh dipelajari. Bagi bukan penggemar ikan ini, anda boleh menggantikannya dengan ikan tongkol, ikan selayang atau ikan kembung.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: